ASAM PEDAS AYAM DUA EKOR. Kalau adik-adik datang memang tak sah kalau tak masak asam pedas ayam. Memang masak atas permintaan. kalau tak asam pedas ayam, Sis masak asam pedas ikan pari, tapi ikan pari agak susah sikit nak jumpa, kalau ada pun pari tuka tu, Sis kurang suka, suka beli pari batang.
Lately ni memang susah nak jumpa ikan pari batang, dalam pasar online Sis tu ada menjual tapi bila tanya katanya tinggal tang tepi pari, ermm Sis tak suka, suka bahagian tengah, kalau Suami suka bahagian tepi pari, bagi Sis rugi kalau beli pari batang tapi dapat bahagian tepi.
Masak menu gini memang menyelerakan kann ... |
Kerja senang masak aja Asam Pedas Ayam bila adik-adik datang. Kalau semua datang memang tak cukup seekor oii, Sis kena masak dua ekor. Kalau seekor cukup tapi kena makan sekat-sekat, maksudnya sorang seketul dua aja, ishh tak retilah Sis nak sekat-sekat makan ni, nak bagi makan biar puas sekali, so masak dua ekor, haa makanlah selagi nak makan.
Air tangan memasing memang tak sama, baik air tangan Sis, adik-adik atau air tangan Emak. So far setakat ni laaa, air tangan Sis kalau masak asam pedas untuk adik-adik memang semua suka, katanya macam air tangan Mak masak, syukurlah ilmu memasak Mak menurun kat Sis walau tak semua masakannya Sis belajar.
Tuang kicap bebanyak baru sedap hahahahaha |
Tapi terbalik pulak kalau Sis, Sis lebih suka air tangan anak Sis,Yana kalau masak asam pedas, dia punya asam pedas level macam makan kat kedai, Suami (menantu) dia pun puji dan kemaruk asam pedas Bini dia hahahaha.. Ayahnya pun puji juga. Pun ikut resepi arwah Mak cuma air tangan Yana lebih sedap.
Dan baru ni, dapat jugalah makan Asam Pedas Ikan Pari, Suami beli tiga batang di KipMart, masak sekaligus habis, memang licin sekuali. Anak bujang pun suka, apatah lagi Suami, memang semua dalam rumah ni suka asam pedas ikan pari.
Ingat esok nak ke Pasar cari ikan pari gak laa, buat stok simpanan, dalam freezer tu dah hampir kosong takde ikan, yang banyak tulang dan daging korban, takkan hari-hari nak makan daging kannn...
P/S : Terbayang-bayang muka si 'penyangak' dalam mimpi malam tadi ...
Bila lah nak dapat rasa air tanggan 'anak mak' tu?
ردحذفOne day datang Jb bagitau awal-awal hahahaha
حذف