BAWA KAWAN MINUM PETANG DI GBW HOTEL. Rasanya dah berkali-kali Sis kongsikan tentang set minum petang di GBW Hotel ni kan? Ye laa sebab berbaloi sangat dengan harga hanya RM35, korang boleh bawa kawan korang untuk minum petang berdua.
Tersedia dalam dua set harga, samaada set RM35 atau set RM45, keduanya untuk dua orang. Dan boleh di katakan setiap kali Sis datang makan di sini dan bawa kawan-kawan, mesti dapat pujian dan kawan Sis sendiri akan berulang datang lagi dengan kawan mereka untuk minum petang di sini.
Menu yang tersedia memang sangat sedap, mewah dengan aneka jenis juga sesuai untuk di minum petang atau brunch jika korang terlajak tak makan tengahari. Selalunya memang macamtu laa Sis dan kawan datang makan sini, kita datang hi-tea sekali merangkap makan tengahari.
Sebab selain dari set hidangan hi-tea tu, mereka juga ada menawarkan menu add-on untuk korang tambah sebagai menu 'kenyang' samaada makan tengahari atau untuk lajak ke makan malam. Serius cakap, menu add-on mereka sangat sedap dan berbaloi-baloi.
Antara menu add-on yang korang boleh cuba adalah;
Harga untuk menu add-on adalah RM15 satu hidangan. Untuk promo kali ni, korang boleh add-on menu, set terbaru mereka; Waffle, Shanghai Dumpling atau Chicken Shawarma. Sedap!. Nampak aja biasa-biasa tapi rasa dia luar biasa. Mana taknya dah berapa kali Sis pergi mencubanya! Kengkawan pun bagi feedback OK!.
Dan untuk Signature Add-On seperti Nasi Goreng Kampung, Durian Goreng, Spaghetti Bolognese atau Crabmeat Spring roll. Nampak aja hidangannya sikit sepinggan, tapi kalau dah makan sama dengan menu-menu lain, sangat mengenyangkan ya..
Untuk gambar-gambar menu lain, korang boleh ke facebook pages akusislin ni okayy.
Hidangan set Hi-Tea ni di sertakan sekali dengan minuman panas dan air suam. Samaada Kopi atau TehO. Juga di hidangkan dengan aiskrim sebagai penutup pencuci mulut. Senang cakap, lengkap laa semuanya dalam satu set hidangan Hi-Tea ni.
Untuk korang yang di katakan 'diet' laa sangat tu, haa bolehlah bawa geng diet korang minum petang di sini, nak tengok juga habis ke tidak korang makan tu kannn hahahahaha.. Kebiasaannya kalau Sis datang makan di sini, memang agak susah nak habiskan. Tu pun orang kata, 'Tu je ke RM35' hurmmmm ... kalau banyak cerewet, ko buat lempeng jerr kat rumah yaa..
Korang kalau nak mencubanya kena call in advance untuk buat tempahan ya.
Hi-Tea Set RM35 / RM45
Pada SETIAP HARI
Bermula jam 2pm hingga 6pm
Dari 22 April - 31 Julai 2024
Tempat : Coffee House (Lobby)
Contact no di bawah untuk tempahan:
📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048
📞 Ms. Aiza : +6016 723 3558
📞 Ms. Urfa : +6016 710 0073
IG posting : IG akusislin
TikTok posting : TT akusislin
P/S : Harini ada majlis Khatam Quran setaman, moga dipermudahkan semua urusannya ..
OK next time kiteorg gi JB boleh la Sislin bawak makan kat sini ye 😆
ReplyDeleteOkayyy boleh, next datang Jb kita lepak sini okayyyy
DeleteWow..berbaloi baloi tu Lin...
ReplyDeleteDah la harga mampu bayar..masa panjang pulak tu..2-6..biasa kan 3-5 je...Pakkal la jauh...ðŸ¤
Kann Mama, murah dan sedap kesemua makanan yang terhidang.. puashati ..
DeleteNak jugalah merasa. Jangan lupa bawa i juga tau!~
ReplyDeleteBoleh Shai, nanti datang Jb kita ke sini, jangan nak terjah sangat, kang melopong hahahaha
Delete