Sekiranya korang mencari sebuah kediaman yang tenang daripada kesibukan ibu kota dan mempunyai pelbagai fasiliti menarik, kediaman Bayu Sutera yang terletak di Bandar Sri Sendayan ini pastinya sesuai untuk korang.
Ciri utama projek Bayu Sutera adalah taman sentral yang dinamakan Breezeway yang mana lokasi taman ini seiring dengan laluan angin pantai barat Semenanjung Malaysia.
Kempen Umrah Eksklusif
Bagi menonjolkan perkembangan menyeluruh Bayu Sutera, mereka dengan bangganya memperkenalkan usaha kediaman terbaru mereka juga berserta Kempen Umrah eksklusif untuk projek Bayu Sutera di Bandar Sri Sendayan. Selain itu juga mereka teruja untuk memperkenalkan butiran terbaru projek mereka yang menampilkan Lakeside Residences yang dilengkapi dengan ciri-ciri rumah pintar terkini.
Bukan sahaja jualan rumah, tapi mereka juga ada menyediakan pakej Umrah, memberikan peluang kepada umat Islam untuk merealisasikan impian mereka untuk menunaikan Umrah sambil memiliki rumah di Bayu Sutera.
Mengapa perlu pilih Bayu Sutera?
Bayu Sutera merangkumi kawasan seluas 216 ekar dan fasa pertama pembangunan ini dilancarkan pada tahun 2021. Penjualan cepat pada fasa sebelumnya membuktikan penerimaan luas terhadap produk mereka. Fasa-fasa pelancaran sebelumnya telah dilaksanakan dengan lancar, dengan kejayaan penyempurnaan dan penyerahan 963 unit kepada pemilik rumah.
Keselesaan dan privasi tertinggi buat pembeli
Memperkenalkan siri rumah terbaru di Bayu Sutera, sebuah komuniti kediaman tepi tasik yang menggabungkan kehidupan moden dengan ketenangan alam semula jadi. Rumah-rumah baru ini bukan sahaja menawarkan pemandangan tepi tasik yang indah, tetapi juga dilengkapi dengan ciri-ciri rumah pintar terkini, memastikan gaya hidup yang selesa, selamat, dan terkoneksi bagi penghuni.
Sorotan mengenai ruang hidup yang serba boleh, susun atur yang sepenuhnya diperluaskan, bilik tidur yang luas, dan bilik mandi ensuit. Kawasan kejiranan ini dilengkapi dengan taman penduduk sendiri dan merupakan kawasan berpagarkan, memastikan ketenangan fikiran untuk semua penduduk.
Komuniti ini mempunyai pos kawalan keselamatan dan pagar perimeter dalam pembangunan. Dan mereka baru-baru ini memenangi Anugerah StarProperty untuk: Anugerah Cornerstone – Pembangunan Landed Terbaik (Cemerlang) 2024.
Selain daripada kawasan kediaman, mereka mempunyai Bayu Biz, pembangunan hab komersial terbaru di Bayu Sutera. Terletak strategik di antara jalan-jalan kediaman yang sibuk di Bayu Sutera dan kawasan sekitarnya, Bayu Biz dijangka menjadi hab pusat untuk perniagaan, membeli-belah, dan aktiviti sosial dalam komuniti.
Berdekatan dengan hospital, sekolah dan pusat membeli belah.
Buat pembeli, jarak antara kemudahan seperti sekolah dan hospital juga penting. Kedudukan Bayu Sutera dilihat strategik kerana jarak untuk ke sekolah, hospital dan pusat membeli belah adalah dalam lingkungan bawah 15km sahaja.
Pembangunan ini terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti, termasuklah d’Tempat Country Club, X Park Sendayan, Sekolah Antarabangsa Matrix, hab komersial, stesen minyak, dan lain-lain.
Sekiranya korang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perumahan Bayu Sutera, boleh terus klik : website umrahbersama.bayusutera.com/4
Kempen Jom Umrah Bersama
Ini adalah kempen unik yang menggabungkan peluang untuk memiliki rumah di Izara atau Elonia @ Bayu Sutera dan korang berpeluang untuk menunaikan Umrah. Memiliki rumah di komuniti seperti ini menawarkan keselesaan dan kestabilan, sementara Umrah memberikan ganjaran rohani dan keberkatan yang besar. Inisiatif ini pasti memberi kesan kepada mereka yang mencari kepuasan material dan rohani.
Ye la kan, orang kata rezeki nak mengerjakan Umrah atau Haji ni terletak pada kemampuan dan dengan izin dariNya. Sis sendiri sebagai surirumah juga masih tidak percaya sudah pun dapat mengerjakan Umrah tanpa mahram.
Jadi inilah peluang untuk korang merebut peluang rezeki ini dengan memiliki sebuah rumah di Bayu Sutera dan dapat pakej mengerjakan Umrah dengan yang tersayang.
Tempoh kempen : 20 Mei – 20 Ogos 2024.
Projek yang terlibat : Bayu Sutera 3a (Izara II) dan 4a3 (Elonia III) – unit Bumi sahaja.
Tempoh kempen : 20 Mei – 20 Ogos 2024.
Projek yang terlibat : Bayu Sutera 3a (Izara II) dan 4a3 (Elonia III) – unit Bumi sahaja.
Pakej Umrah:
- Setiap unit yang dibeli berhak mendapat 2 Baucar Tunai Umrah bernilai RM8,000 setiap satu.
- Perjalanan ke Arab Saudi selama 11 Hari 10 Malam.
- Tiket penerbangan untuk 2 orang, termasuk penginapan hotel, pengangkutan, dan makanan penuh untuk jemaah 3 kali sehari.
- Lawatan ke Muzium Al Wahyu di Makkah.
- Juga disediakan Kursus Umrah, Kit Umrah, Air Zam-zam, dan Mutawif yang berpengalaman.
- Terma & Syarat terperinci boleh merujuk kepada Agensi Pelancongan yang dilantik ‘TH Travel & Services Sdn Bhd’.
- Hartanah pegangan bebas
- Rumah berkembar dua tingkat
- Saiz lot 20’ x 70’ (pertengahan)
- Luas binaan 2,315 kaki persegi (pertengahan)
- 4 bilik tidur & 4 bilik mandi
- Hanya 171 unit
- Kawasan berpagar dengan pagar keselamatan tinggi dan pos kawalan
- Hartanah pegangan bebas
- Rumah berkembar dua tingkat
- Saiz lot 20’ x 70’ (pertengahan)
- Luas binaan 2,315 kaki persegi (pertengahan)
- 4 Bilik tidur & 4 bilik mandi
- Hanya 38 unit
- Kawasan berpagar dengan pagar keselamatan tinggi dan pos kawalan
- Set kunci digital
- Modul pencahayaan
- Penyaman udara IR Blaster
- Kawalan suara
- Taman tasik seluas 3 ekar dengan fasiliti seperti laluan joging, parcourse, dek plaza, ciri-ciri air dan lain-lain.
- Penduduk dapat menikmati fasiliti mereka sendiri seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse, laluan refleksologi, dan lain-lain.
- Penduduk dapat menikmati fasiliti mereka sendiri seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse, laluan refleksologi, buaian, meja piknik, dan lain-lain.
- Semua pembeli akan mendapat keahlian kelab percuma.
- Fasiliti; kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, lorong boling, snuker, bilik wayang, bilik bacaan, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, SPA, bar dan kafe.
- Dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina unik dan dalaman yang direka selepas sekolah sekolah British kolonial klasik, dilengkapi dengan fasiliti dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan asing.
- Terdiri daripada Sekolah Swasta Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix, dan Prasekolah Antarabangsa Matrix.
- Diiktiraf sebagai tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton, dan driving range.
- Terdiri daripada 163 unit pejabat kedai yang menghadap ke Carnelian Park, sebuah taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk menggalakkan interaksi komuniti.
- Dilengkapi dengan tanah seluas 6.4 ekar yang diperuntukkan untuk pembangunan pusat beli-belah di masa hadapan.
Sekiranya korang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perumahan Bayu Sutera, korang boleh hubungi pegawai bertugas di 1800-88-2688 atau laman website umrahbersama.bayusutera.com/4
P/S : Bolehlah risik-risik bisik-bisik dengan suami ni hehehe
P/S : Bolehlah risik-risik bisik-bisik dengan suami ni hehehe
Boleh risik-risik bisik kat suami tu laa kan. Menarik promosi ni
ReplyDeleteBegitulah, mana tau kan rezeki miliki sebuah dan dapat tunai Umrah Bersama kannn
DeleteMenarik ada promosi macam nie kan Lin, berbaloi kalau dapat beli..
ReplyDeleteBerbaloi Kak, rezeki buat pembeli rumah ..
DeleteBestnya pakej umrah tu. Lengkap dan meriah!
ReplyDeleteBeruntung siapa yang beli rumah di sini kan Rawlins. Beli rumah dapat tunai Umrah ...
DeleteBest giler offer daripada developer ni..2 dalam 1 tu..rumah dapat, gi umrah pun dapat
ReplyDeleteKempen yang jarang-jarang pemaju buat untuk pe,belinya kannn..
DeleteUntungnya dapat tunai umrah free
ReplyDeleteDengan syarat beli rumah sebuah hehehehe
DeleteWahhh menarik promosi Bayu Sutera this time
ReplyDeleteRezeki buat pembeli rumah di Bayu Sutera ni kannnn
DeleteImpian semua umat Islam ni...dapat jejak kaki ke Tanah Suci, rezeki betul kalau dapat miliki kediaman idaman lepas tu dapat tunaikan umrah secara percuma. Mmg dream come true laaa!
ReplyDeleteBetul Sally, tu kata rezekilah buat mereka yang membeli sebuah rumah di sini, dapat tunai Umrah ...
Deleteterbaiklah Matrix Concepts! Bertuah siapa yang beli unit Izara II dengan Elonia III
ReplyDeleteRezeki berganda buat mereka yang membeli rumah di sini...
DeleteBagus betul inisiatif pemaju yang bagi pakej umrah ni
ReplyDeleteKann Min, rumah dapat, Umrah pun dapat, alhamdulilah ..
DeleteTeruja juga dbuatnya.Beli rumah, dapat tunai umrah. Memang berbaloi la kalau dapat grab kan.
ReplyDeleteKann Anie.. beli rumah dapat tunai Umrah ..
Deleterezeki sangat ni untuk bakal pembeli lot bumi, dah lah kediaman yang bakal di miliki berciri smart home dan lanskap serta seni bina yang cantik...
ReplyDeleteKan Kak, ada rezeki beli rumah di Bayu Sutera dan dapat tunai Umrah ..
DeleteBerbaloi! Rumah Kat situ cantik dan luas. Banyak kemudahan tersedia untuk penduduk.
ReplyDeleteKan Cici, rezeki mereka yang membeli rumah di Bayu Sutera ..
Delete