BERCUTI DUA HARI SATU MALAM KE PUTRAJAYA BERSAMA GENG BAS SEKOLAH. Kitaorang ni kalau plan travel memang suka last minit, kalau plan awal-awal, manjang tak menjadi. Nak di jadikan cerita, plan travel idea ni dari seorang Geng Bas Sekolah Sis, Lily yang niatnya nak 'sponsor' bawa kitaorang seramai 7 orang naik flight dari Jb - KL berjumpa dengan sahabat kami di sana.
Dalam 7 orang tu, ada dua orang yang pertama kali nak naik kapal terbang, so korang boleh bayangkan tak macam mana riuhnya bila semua berjumpa dari mula sampai laa balik hingga semua berada di dalam perut kapal hahahaha.. adeii bikin kecoh memasing hahahaha..
Dari JB ke Senai Sis bawa kereta amik Ima then park kereta di basement Senai airport (total RM90 untuk dua hari satu malam). Semua tiba di Senai airport jam 6am, kami solat Subuh sesiap dulu sebelum boarding. Masuk ajer dalam kapal terbang, haa mulalah kekecohan dengan tali pinggang memasing hahahaha.. adoiii..
Sampai airport Klia, Juwita dah menunggu, tapi kami kena naik asing, pecah dua, separuh naik kereta Juwita, separuh lagi naik Grab. Terus ke kedai makan Juwita Pak Ngah Kopitiam di Cyberjaya. Sebab homestay kami duduk tu check-in jam 3pm.
Sampai di kedai makan Juwita, isi perut sarapan pagi dulu sambil sembang-sembang. Bertahun tak jumpa ekk memasing, macam-macam cerita. Tapi tak habis-habis cerita tali pinggang kapal terbang hahahahahaha.. haru biru ko ekk Cha oii hahahaha..
Lepas makan, kami ke ioiCity Mall merayap dulu cari idea nak makan apa untuk malam nanti. Tapi memasing ekk soping pulak tak ingat bag 7kg ekkk adeii geleng kepala hakak ko tengokkk.. Macam kat JB takde jual pulak yerrkkk.. gasakk memasing termasuk Sis juga hahahaha..
Jam 3pm kami check-in, kami stay di Lanai Putrajaya Presint 9. Besar rumahnya, ada 4 bilik dan sangat selesa. Dapur boleh masak, kelengkapan semua siap sedia tersedia, seronok laa kami lapan orang stay dalam satu rumah, Izam aja sorang lelaki sebagai 'body guard' kami dalam rumah tu hahahahaha..
Petang tu Sis keluar ber-4 pi Pasar Lorong Belakang mencari bahan nak masak untuk makan malam. Idea dari Sis masak Oden aja, Juwita bawa kambing, dan kami beli ayam panggang juga Vietnam Roll untuk makan malam. Cukup lengkap makan malam kami dan kami makan bersama sambil sembang hingga kenyang.
Then ada acara memotong Kek khas untuk Geng Bas Sekolah kami, sponsor by Juwita. Juga acara pemberian hadiah buat mereka yang sambut birthday yang lepas. Di ikuti dengan acara OOTD tema baju tidur hahahaha..
Selesai semua, lepak tonton Netflix sambil makan jajan pulak. buka cerita hantu Indon, haa apalagi memasing gelak tak hingattt sebab hantunya kelakar seram gituhhh hahahaha.. yang mana mengantuk, sanggup tidur-tidur ayam aja di depan sebab nak join gelak sama. Ye laa bukan senang nak kumpul sama kann macam ni.
Hampir jam 1am baru semua masuk tidur, tu pun dah terlelap juga dekat depan TV, tapi sebab ada Izam kan, segan pulak nak tidur luar, ada kang selimut mana, seluar ke mana, nayaaa hahahahaa.. Esoknya pepagi semua selepas Subuh dah mula bersiap kemas rumah dan dapur, sebab jam 8.30am kitaorang nak check-out terus gerak sarapan then terus ke Mitsui Outlet sebelum pulang JB.
Kami sarapan pagi di Medan Selera Presint 6. Meriah situ sarapan pagi. Sis makan Laksam, lelain semua makan menu Johor, Lontong Kuah, Mee Rebus hahahaha pi KL makan menu Johor ekkkk... Siap sarapan kami terus gerak ke Mitsui, flight kami jam 3.15pm bording.
Sampai Mitsui Outlet ahhh sudah, memasing dah macam hilang ingatan kejap, lupa diri bag 7kg aje kannn, haa beli lagi dan beli hahahaha.. Puashati semua membeli, dari Mitsui kami naik shuttle aja ke KLIA, so Juwita boleh terus balik aja. Thanks Ju for everything, next time kita gather lagi okay.
Sampai airport, masuk Zuhur, kami jamak dulu sesiap. Then ternampak kaunter check-in masuk boarding ada staff Air Asia menimbang bag semua orang, aahh sudah masakkk arr korang. Memang dah agak, siapa bawa bag travel (tarik) semua kena timbang, geng-geng Sis 4 orang bag mereka tak lepas sebab melebihi dari 7kg, so terpaksa check-in bag.
Sis, Izam dan Cha saja yang lepas sebab kami bawa bag hand-carry. Risau dah kitaorang menunggu mereka, takut kaunter bag check-in dah close, ada kang bag kena tinggal pulak, aduii.. risau menunggu hingga ke final calling, akhirnya muncul 4 orang tu masuk dalam kapal terbang, alhamdulilah legaa.. kena beli timbangan 4 bag RM280, tak memasal kan hahahaha..
Takpelah janji bag dan orangnya selamat pulang ke JB. Alhamdulilah kami sampai JB dengan selamatnya. Sampai Senai memasing balik ikut arah memasing. Sis dan Ima hantar Cha balik, kemudian sebelum balik, Sis dan Ima makan Lok Lok dulu isi perut.
Syukur semuanya di permudahkan. Terima kasih untuk persahabatan ini dan jutaan terima kasih buat Lily sebagai penaja penerbangan dan penginapan juga kengkawan lain yang sangat sporting. Orang tua kata, nak kenal kawan baik, pergilah travel sesama mereka.. so we make it HAPPY ENDING ..
Next ... kemanakah kita? Jeng jeng jeng ..
P/S : Berkawan dari darjah satu sampai ke harini.. Allah jaga persahabatan kami, alhamdulilah ...
Dapat bayangkan havoc tu camane hahaha! Seronok buat trip kawan2 mcm ni. Jarang2 dapat. Hargai persahabatan selagi semuanya masih ada 😊
ردحذفTu laa, macam-macam ragam, nasib memasing behave pandai kawal diri hahahahaha
حذفHarap la rajin ako datang balik hahaha byk btul mende nak citer tp mood ke laut sunguh haha
ردحذفSilalah update walau sepatah kata dua yaaa hahahahaha
حذفDi sebabkan ini misi #terjahselatan tak berjaya. Akan mencuba di masa akan datang. ha ha ha
ردحذفHahahaha sila cuba sekali lagi..
حذفNasib baik awal, kalau tak, lagi terus tak jumpa hahahaha
Seronok nya, moga ukhuwah berkekalan selamanya.
ردحذفAaamiinn.. doakan kami ya Mulan ..
حذفPunyalah erat persahabatan dari zaman main teng-teng ni.
ردحذفIyaa Kak, ada dua orang tu, kenal dari Tabika KEMAS hahahaha
حذف