BISKUT BUTTER SEDAP - DANSKI COOKIE COLLECTION

Sis Lin
6
BISKUT BUTTER SEDAP - DANSKI COOKIE COLLECTION. Rasanya masuk bekas ketiga Sis beli buat makan sendiri. Biskut butter sedap dari Danski Cookies Collection. Kalau anak-anak sedara Sis datang, memamg sebekas tin tu boleh habis sekali makan, bebudak suka makannya. 

Ada jenama satu lagi tu biskut butter pun sedap, biasa beli jenama satu lagi tu, tapi sejak terjumpa biskut butter Danski ni di Econsave, terus tak beli jenama lain dah, lebih sedap dari jenama satu lagi tu. Korang tak pernah cuba, boleh cuba. 

Biskut Butter Sedap - Danski Cookie Collection

Biskutnya pun pelbagai jenis rasa dalam satu tin. Walau kata biskut butter tapi ada rasa butter, rasa kacang, rasa coklat dan rasa kopi, memang sedap di tekak Sis laa.. 

Dari tin biskutnya aja dah menarik perhatian kann, apatah lagi biskutnya, comel aja macam biskut raya. Ini kalau raya memang sesuai juga di hidangkan kalau takde beli biskut raya. Yang ni pun Sis beli sempena Hari Raya Haji baru ni. Ingatkan adik-adik datang, tapi bila dah semua tak sihat, takde sapa pulak datang nak perabiskan. 

Biskut Butter Sedap - Danski Cookie Collection

Tapi bukan basi pun, makan sikit-sikit buat minum petang Sis. Cecah makan dengan kopiO pun sedap. Sambil layan Netflix filem Tamil boleh makan. Suami dan anak bujang pun makan juga biskut ni, so takde laa rasa membazir membelinya, ada jerr yang makan. 

Raya Haji lepas baru ni, Sis ada juga beli Kek Marble combo sekotak. Jumpa seller dalam facebook, harga RM38 sebekas ada 4 jenis. Pun Sis beli sebab ingat adik-adik datang, bila semua tak datang, nasib baik juga kawan anak bujang tu datang malam beraya, Sis kirimkan semuanya padanya untuk hantar ke rumah adik Sis di Kampung Melayu. 

Biskut Butter Sedap - Danski Cookie Collection

Ralat terkilan kalau tak dapat kirimkan kat adik dan anak saudara tu, sebab mereka suka, so Sis pekkan menu-menu raya dan juga biskut dan kek untuk mereka. Terima kasih pada Mira yang sudi hantarkan kepada adik Sis, kebetulan Mira tu balik sana rumah Neneknya. 

Sis lupa laa harga setin biskut butter Danski tu, rasa macam dalam dua tiga belas ringgit macam tu laa, banyak dalam sebekas tu, korang boleh beli buat makan-makan atau hidang pada tetamu yang datang. Rasa dia sangat sedap, cubalah.. 


P/S : Today birthday Retna, Happy Birthday Retna.. *hadiah lambat sikit, ebab masih cuti raya hahahaa.. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Cie suka juga biskut butter tapi tak ingat brand apa. Rasanya tin warna biru. Nanti boleh try cari brand ni pulak.

    ردحذف
    الردود
    1. Ye ye tawu biskut tin biru.. tapi nanti try laa yang ni, sedap ..

      حذف
  2. OK next time nak cari yg ni. Hari tu beli gak setin biskut ni sebab Khadeeja mintak tapi rasanya tak sesedap biskut butter yg dalam tin biru tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh aja nak cuba Karni, ikut tekak memasing kan, so far Sis suka yang ini ..

      حذف
  3. Kotaknya cantik yang amat. sayang nak buang.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Shai, lepas habis biskut, kotaknya simpan buat simpan benang jarum hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!