CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL

Sis Lin
2
CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL. Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji (Korban), makanya akan adalah daging-daging korban yang akan di agihkan kepada yang berkenaan. Jika ada rezeki merasalah kita, jika tiada mungkin bukan rezeki kita. 

Tapi kalau banyak sangat daging tu, rezeki kita lebih, kita simpan elok-elok, supaya daging tu kekal segar bila kita masak, dan masih rasa manisnya rasa daging baru. Di bawah ni ada tip penyimpan daging korban. 

Cara Meyimpan Daging Korban Yang Betul

Jangan Cuci Daging Korban Sebelum Di Simpan

Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.

Jangan Simpan Daging Dalam Kuantiti Yang Banyak Dalam Di Dalam Freezer

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

Cara Meyimpan Daging Korban Yang Betul

Jangan Terus Simpan Daging Di Dalam Ruang Sejuk Beku/Freezer

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

Jangan Cairkan Daging Beku Dengan Menggunakan Air Panas! 

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.

Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

Cara Meyimpan Daging Korban Yang Betul

Tips tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!!

Baarakallah
Semoga memberi manfaat

Kredit kepada Chef Mawi
Art Of Butchery Inovasi Evolusi
BUTCHERY TRADING & CONSULTANCY
Butchery Gear and Proper Equipmentsb


P/S : Tiap tahun rezeki dapat 1kg daging korban kawan bagi, tu pun dah syukur sangat! Alhamdulilah .. 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!