KAMI BERJIRAN, TAPI JARANG BERJUMPA

Sis Lin
4
KAMI BERJIRAN, TAPI JARANG BERJUMPA. Orang kata hidup berjiran ni kena berbuat baik, yang lebih dekat dengan kita adalah jiran. Tapi... tu dulu, buka aja tingkap terus jerit, 'Senah, kau masak apa harini?'.. beza dengan sekarang, jangan kata nak jerit, nampak jiran buka tingkap pintu pun tak hahahaha.. 

Macam juga Sis, kami berjiran, tapi jarang berjumpa, jumpa bila time raya pergi Marhaban atau pun ke kenduri kahwin jiran, time tu laa jumpa semua orang dari lorong depan sampai lorong belakang. Maklumlah duduk rumah teres, memasing pulak ramai bekerja, so siang sampai ke malam memang susah nak jumpa jiran walau jiran melekat sebelah rumah. 

Kami Berjiran, Tapi Jarang Berjumpa
Tumpang kamera orang, blurr plakk hahahahaha

Kami Berjiran, Tapi Jarang Berjumpa
Kamera sendiri haa baru clear hahahaha

Semalam Sis dapat jemputan kahwin jiran selorong Sis anaknya melangsungkan perkahwinan di Juwita Event Hall, Kota Masai. Hari Khamis tu dah ke rumahnya, sebab kami ada majlis Khatam Quran, masa tu tak semua jiran Kak Ana jemput, hanya selorong dan ahli jawatan kuasa aja. Jadi jumpalah Sis dengan jiran selorong. 

Dan semalam pula, majlisnya berlangsung. Awalnya Sis nak pergi dengan Suami, tapi sebab majlisnya berlangsung dari jam 4 - 9pm, so tak sempatlah Suami nak balik awal, apalagi Sis terus tanya jiran Sis, nak pergi saing dengan mereka, pulak tu memasing pun tak bawa Suami. Lepas Asar kami gerak sesama. 

Kami Berjiran, Tapi Jarang Berjumpa
Cantik event hall baru ni ..

Kami Berjiran, Tapi Jarang Berjumpa
Tetamu masih belum ramai

Bila dah tak bawa Suami, korang faham-faham aja laa, mulalah lepak dari ruang dalam membawa ke luar sembangnya, kebetulan pulak tetamu belum ramai, so memang selesa laa kita duduk lama-lama tanpa rasa bersalah. Tuan rumah pulak kemain sporting melayan kami hahahaha.. 

Gitulah kannn walau berjiran, tapi jarang berjumpa, bila dah jumpa, macam-macam pulak ceritanya. Tapi biasalah kalau Mak-mak bercerita, kalau tak cerita pasal anak memasing, cerita pasal soping barang, paling best cerita pasal kesihatan wanita, haa keluarlah segala ubat-ubat kuat semua hahahaha adoii LOL... 

Seronok rasa laa semalam bersembang sampai nak ke Maghrib, pakkal lerr memasing solat, agaknya kalau semua uzur, mau sambung kedai kopi pulak ekkk hahahaha.. 


P/S : Harini adalagi majlis kahwin nak kena hadir, hujan pulak harini .. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kejiranan ibu banyak kaum cina sis. Sangat baik orangnya. Alhamdulillah! Asal jumpa mesti bertegur sapa. Bila kami x ada dirumah dia tlg tgk² kan rumah. 😊

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo macam kejiranan lama Lin laa Ibo.. yang sekarang ramai Melayu tapi ramai bekerja ..

      حذف
  2. nasib kita tak berjiran kan... kalau berjiran, rasa nya x nak balik2 rumah sendiri hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Kannnn.. ee bestnya kalau berjiran dengan kau.. meh laa pindah depan rumah aku, ada kosong ni hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!