LUNA LIGHTS WONDERLAND MALAYSIA KINI DI BUKIT LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG JOHOR. Korang ada yang dah pergi ke? Bagi mereka yang duduk di Pasir Gudang ni, kalau ada lalu di laluan Bukit Layang-Layang time malam, mesti terperasan kan, ada cahaya meriah di sana. Yaa sekarang berlangsungnya Luna Lights Wonderland Malaysia Tour 2024, dan sekarang mereka berada di Johor Bahru.
Semalam Sis nampak geng JDT Blogger Sis, Nona Sani pergi ke sini dan berOOTD, kemain lagi lawa gambar-gambarnya Sis tengok. Nona kata memang cantikk dan berbaloi pergi. Keluasan Bukit Layang-Layang tu penuh dengan cahaya katanya, korang boleh pusing macam pergi bristwalk dan bergambar di setiap sudut dan tempat katanya Nona.
Korang layan aja lah gambar teaser yang Sis minta dari Nona ni. Thanks Nona ..
Untuk pengetahuan korang, Luna Lights Evo Sepcial Edition ini telah mendapat iktiraf Malaysia Book of Record yang telah mempamerkan dan mempersempahkan pesta lampu terbesar setakat ini. Memang kalau tengok pada video-video yang mereka kongsikan, sangat cantikkk..
Kini mereka telah mula "Tour Malaysia di 10 stesen Negeri", dan stesen ke-7 adalah Negeri Johor yang sedang berlangsung di Bukit Layang-Layang.
Antara yang menarik di Luna Lights Wonderland Malaysia ni adalah ;
- 5 Tema [SPACE / AQUATIC / ANIMAL / ROMANCE / FOREST]
- 1.4 Juta biji LED blinking
- Aurora River
- LASER Space
- Terowong " LOVE"
- Terowong " STARWARS "
- Terowong " AVARTA "
- Gerai Makan / Pemainan
Untuk pembelian tiket, TIADA jualan tiket online di sediakan, korang just walk-in dan beli di tempat event berlangsung sahaja. Korang boleh beli dan membayar dengan menggunakan CASH atau TNG sahaja.
Harga Ticket :
Dewasa : RM 15 Sahaja
Kanak (12 & ke-bawah) : RM 8 sahaja
Tarikh : Bermula 20 Jun 2024 hingga 29 Julai 2024
Masa : 7pm - 12am
Tempat : Taman Bandar Pasir Gudang (Taman Layang-Layang), Johor
Lokasi GPS/ WAZE : https://g.co/kgs/E9h1Uzn
Juga ada gerai-gerai jualan makanan yang di sediakan. So bagi korang yang tak tau nak bawa anak-anak ke mana hujung minggu ni, bolehlah ke sini dan menyaksikan keindahan cahaya lampu di Bukit Layang-Layang. Mesti bebudak teruja kan.
P/S : Moga cuaca baik sepanjang event ini berlangsung ... inshaallah ..
Memang cantik Sis Lin..SA dah pergi yang Seremban punya bulan 9 Tahun lepas
ReplyDeleteItu laaa cantikkann.. ingat nak bawa Cucu laaa ke sini ..
Deletekalau free nanti pegi jugaklah
ReplyDeletePergi Eda bawa anak-anak, mesti mereka seronok ...
DeleteCantik sangat! Saya suka! Blink blink mataku! ❤️💛😄
ReplyDeleteHehehehe jomm teman Sis pergi pulak hahahaha suka tengok cahaya malam gituuu
Delete