MAKAN-MAKAN DARI JOHOR HINGGA KE PAKA. Bukan dekat yaa dari Johor ke Paka tu, ikut pemanduan memasing, biasanya kalau Sis yang drive, lebih kurang 6jam dah sampai, tu pun dua tiga kali benti solat dan buang air kecil/besar.
Baru ni Sis menemani Suami ke Paka ada meeting, sebab sekali jalan nak balik kampung ziarah kakak iparnya yang baru kematian Suami (Abangnya Suami). Kami tak dapat balik semasa hari kematian sebab Suami masih berada di China, so bila ada peluang dan masa, dah alang-alang kami turun Paka, kami terus naik KL then ke Perak.
Dari Johor berhenti laa makan di Ulu Tiram, sebab dua-dua tak makan pagi, so kita makan laa 'brunch' sebelum memulakan perjalanan. Apalagi laki bini ni pantang nampak kedai Nasi Padang, mulalah rasa nak mencubanya hehehehe.. kedai belakang bus stand, nampak kecil, tapi not bad lauk-pauk banyak dan rasa masakannya pun sedap.
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan, macam biasalah memang Sis yang memandu dan Suami rehat di sebelah tidur sepanjang jalan. Sis kalau memandu habislah, kelajuan ikut kesesakan dan paling best karaoke laa nyanyi lagu kegemaran Sis, Suami memang dah lali dah, tidur nyenyak lagi ada hahahaha..
Sampai di Pekan, kami berhenti rehat di Selera Pekan. Ingat nak minum aja, alamakkk ternampak pulak lauk-pauk udang galah dan patin tempoyak, apalagi.. ceduk ar nasi hahahaha.. Suami kata nak makan amik jer laa, perghhh sekali dua ekor Sis cedok okayyyy.. cuma rasa masakannya kurang sedap, tau amik patin tempoyak, lagi sedap agaknya..
Takpelah, makan buat alas perut aja, sebab kemungkinan nanti sampai Paka, malam baru kami makan, nak rehat-rehat dulu aja di homestay. Selesai makan Suami pulak drive, agaknya dah segar dan kenyang perut, itu yang dia offer nak drive pulak hehehehe ..
Sis kalau duduk sebelah memang tak reti nak tidur, jauh macam mana perjalanan sekalipun, memang tak reti tidur, baik dalam kereta, bas, kapal terbang mahupun keretapi, mata terjegil aja berjaga lihat pemandangan luar dan jalanraya..
Padahal tengok orang lain kemain sedap kann tidur kalau orang lain memandu, ermmm Sis takdenyaa.. susah nak tidur.. sebab tu agaknya Suami suka bawa Sis buat teman dia hehehehe.. mulalah mulut Bininya membebel aja kann sepanjang jalan buat hilang mengantuk.
Sampai Paka agak petang, sebab pemanduan kami kali ni memang santai-santai aja. Singgah ofis Suami sekejap, kemudian balik terus ke homestay kami. Rehat, mandi, tunggu Maghrib jamak sekali Isyak, kemudian tu baru kami keluar cari makan malam.
Bagitau Suami malam ni taknak makan nasi laa, dah dua kali makan nasi dalam sehari, so nak makan yang western ke atau ringan-ringan. Suami bawa ke Twins Bistro Cafe dekat area bandar Paka aja. Cantik Cafe dia dan meriah. Banyak pilihan menu dan Sis makan Chicken Chop aja. Woww puas rasa makan kali ni, sedap laaaa.. boleh repeat lagi nanti makan sini.
Habis makan terus balik homestay. Tengok TV3 999, belum habis pun ceritanya, dua-dua dah mengantuk terus tidur tak sedar diri hahahahaha... tau-tau dah azan Subuh.. penat sangat makan-makan dari Johor hingga ke Paka ekkkk ...
P/S : Ooo ada yang menanti ceritaku di sini yaaa hahahahaha ... werkkkkkk
Best jalan² & makan². Kita pun skrg tak tido dah wpun tak drive. Co-pilot mana boleh tido kan.
ردحذفKann Kak, kalau tidur rugi, nanti tak dapat singgah tempat makan best, tau-tau dah sampai hahahaha
حذفJauh berjalan, luas pemandangan. Acewahh gitu ^^ Co pilot paling best nii. Mesti geng2 husben suka dapat co pilot gini
ردحذفBenar begitu.. sesekali celik mata nikmati keindahan alam...
حذف