SABAR KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

Sis Lin
4
SABAR KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA. Bila orang tanya, dah berapa lama kawin?. 

“15 tahun dah, 20 tahun dah, 30 tahun dah …”

Wah, ini mesti pandai jaga hati pasangan, pandai masak, pandai mengemas rumah, pandai jaga badan, pandai bergaya. Seronok la boleh kekal lama macam tu…

Sebenarnya, kunci kepada lamanya perhubungan itu adalah SABAR…orang akan nampak macam 30 tahun tu adalah tempoh yang seronok, yang bahagia, walhal dalam 20 tahun tu dah macam-macam yang jadi dalam rumahtangga…

Sepanjang tempoh mendirikan rumahtangga, ada naik turunnya, ada ketikanya bahagia, ada ketikanya bermasam muka, bukan hari-hari kita gembira, dan bukan juga hari-hari kita berduka..

Sabar Kunci Kebahagiaan Rumahtangga
Comel nau tau!!

Sabar dalam rumahtangga ni tak terhad kepada sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan semata-mata .. ada orang bersabar dengan mertua, ada orang bersabar dengan ipar duai, ada orang bersabar dengan kehadiran orang ketiga, ada orang bersabar dengan kesusahan keluarga, ada orang bersabar dengan ujian kesihatan, ada orang bersabar dengan rezeki Allah s.w.t dan sebagainya.. 

Kalau sabar itu tiada dihati, dalam beberapa bulan sahaja hubungan tu dah tamat… dah diletakkan titik hanya kerana tak sabar.. 

Tak sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan, tak sabar dengan mulut mertua, tak sabar dengan karenah ipar duai, tak sabar dengan kehadiran orang ketiga, tak sabar hidup susah dan sebagainya.. 

Uniknya hati tu kerana hati sentiasa berpesan dan menasihati diri serta akal untuk terus menanti sesuatu yang tak pasti… hati kalau dah sayang, akan sentiasa meletakkan harapan dlm hubungan tu agar ianya berkekalan… selagi hati boleh bersabar, maka selagi itulah hubungan akan berjalan walaupun ianya tidak selancar yang difikirkan.. 

Sabar Kunci Kebahagiaan Rumahtangga
Sesekali kasi up laa wajah Isteri En Sabar hihihi

Untuk berada dalam tempoh 15 tahun, 20 tahun, 30 tahun perhubungan bukanlah sesuatu yang sukar, namun ianya juga tidak semudah yang disangkakan .. 

Hidup suami isteri ini bukan perlumbaan siapa nak masuk syurga dahulu. Kita semua nak. Yang pentingnya ialah saling tolak ansur, saling menghormati, saling menyayangi.

Seorang suami akan dihormati isteri sekiranya dia didik, dia asuh, dia hormat juga apa sahaja yang ada pada isterinya. Sama juga di bahagian suami, isteri juga wajar lakukan perkara sama. Hormat, tolak ansur dan sentiasa menyayangi.

Nak murah rezeki, nak hidup tenang, nak sentiasa aman dan kaya jiwa, maka kena sama-sama berusaha.
Hanya SABAR sebagai peneman ..

Dan jadikan Allah sebagai nombor satu di hati dan Suami sebagai pelengkap diri. Jika hati kuat (Allah), maka diri (suami) juga akan auto senang kita handle. 


P/S : Orang yang Sabar jangan di cabar, tau-tau viral muka masuk blog aku … 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Betul Kak, kunci segala pintu bahagia ...

      Delete
  2. perkahwinan bukan setakat 2 orang yang berbeza...tapi 2 buah keluarga yang berbeza...jadi memang kunci nya Sabar dan tolak ansur...
    mudah mudahan jodoh ini kekal berpanjangan..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Linda.. bertahun hidup bersama, kita dah kenal hati budi masing-masing, ujian aja berbeza.. jika sabar kekal, jika tidak.. berpisah lebih baik dari tidak sefahaman mendatangkan kebencian ...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!