SEDAP KE RASA SUP TORPEDO LEMBU?

Sis Lin
4
SEDAP KE RASA SUP TORPEDO LEMBU?. Semalam di TikTok Sis asyik lalu lalang video orang masak torpedo lembu. Korang tau tak apa tu torpedo lembu? Torpedo lembu adalah Zakar lembu jantan, boleh di katakan makanan rare eksotik juga laa, sebab tak semua orang boleh makan dan tau makannya. 

Dan semalam banyak betul video orang masak Sup Torpedo lalu lalang di wall TikTok Sis, dan harini ehhh ada pulak keluar di facebook hahahahaha.. Jujurnya kalau kita tak biasa mungkin kita akan rasa kotor atau geli, tapi bila korang tengok video-video cara memasaknya, dari cara awal membersihkannya hingga siap di masak, nampak elok aja dan nampak sedap macam daging/ayam. 

Sedap Ke Rasa Sup Torpedo Lembu?
Inilah dia Torpedo Lembu Jantan (Sumber carian google)

Tapi sebab seumur Sis hidup ni, tak pernah lagi makan torpedo lembu tu, baik di masak Sup atau Goreng Kunyit, so Sis tak tau laa apa rasanya. Cuma tak tau laa kan kot Sis ada TERmakan tanpa pengetahuan Sis masa kecik-kecik dulu yang Mak Pak kita rahsiakan hahahaha.. kita mana tawuuu kannn.. 

Boleh ke makan zakar lembu? ..

Ada penjelasan tentang hukum makan sup torpedo ni yang di huraikan oleh Muftiwp. Ianya bukan haram tapi makruh. Ini kerna zakar lembu jantan termasuk bahagian yang halal dimakan namun makruh hukumnya jika dimakan kerana ia termasuk dalam kategori anggota yang menjijikkan. Oleh itu, halal makan sop torpedo yang mana bahan asasnya adalah batang zakar lembu jantan.

Sedap Ke Rasa Sup Torpedo Lembu?
Gambar dan Resepi Sup Torpedo, korang klik SINI 

Dengarnya Sup Torpedo ni memang sudah biasa terjual di negeri Pantai Timur. Sup torpedo ini biasanya dihidangkan di warung-warung atau restoran mamak. Sup torpedo ini biasanya akan dihidangkan dengan sebuku roti Benggali untuk mencicah sup tersebut. 

Harganya ialah diantara RM 5.00 hingga RM 8.00 semangkuk, bergantung kepada kebesaran mangkuk hidangan. Dagingnya agak kenyal dan rasanya seperti daging lembu biasa. Si Filipina, sup ini dikenali dengan nama Soup Number Five (Sup Nombor Lima). 

Kiranya memang dari dululah orang makan Sup Torpedo ni yaa.. maaflah Sis baru tawu dan mungkin dah tau cuma tak berapa terdedah dengan makanan menu sebegini, ni tiba musim Korban, barulah naik lalu lalang resepi Sup Torpedo ni haaa orang share hahahaha.. 

Sis taknak cuba ke? Gulp ... 
Maaf .. belum ada rasa mahu mencubanya.. 


P/S : Sup Lidah pun aku tak makan, lagikan Sup Torpedo hahahaha. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mantap sungguh rasa sup torpedo katanya. Ada yang panggil sup lato-lato. Selamat memasak sis. Cuba sekali je

    ردحذف
  2. haritu nampak ada orang masak goreng kunyit . nampak sedap la pulak.haha tapi tak tertelan kot sebab tak pernah makan. zaman LM kecil, benda ni orang lelaki pakcik2 duk masak apa ntah , kalau ada kenduri kahwin diorang pakat masak makan ramai ramai sesama dia

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, orang dedulu pandai masak dan makan, tapi sekarang pun Sis tengok, ramai dah mula pandai masak dan makannya. Tapi Sis tak reti..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!