SEDAP KE RASA SUP TORPEDO LEMBU?. Semalam di TikTok Sis asyik lalu lalang video orang masak torpedo lembu. Korang tau tak apa tu torpedo lembu? Torpedo lembu adalah Zakar lembu jantan, boleh di katakan makanan rare eksotik juga laa, sebab tak semua orang boleh makan dan tau makannya.
Dan semalam banyak betul video orang masak Sup Torpedo lalu lalang di wall TikTok Sis, dan harini ehhh ada pulak keluar di facebook hahahahaha.. Jujurnya kalau kita tak biasa mungkin kita akan rasa kotor atau geli, tapi bila korang tengok video-video cara memasaknya, dari cara awal membersihkannya hingga siap di masak, nampak elok aja dan nampak sedap macam daging/ayam.
Inilah dia Torpedo Lembu Jantan (Sumber carian google) |
Boleh ke makan zakar lembu? ..
Ada penjelasan tentang hukum makan sup torpedo ni yang di huraikan oleh Muftiwp. Ianya bukan haram tapi makruh. Ini kerna zakar lembu jantan termasuk bahagian yang halal dimakan namun makruh hukumnya jika dimakan kerana ia termasuk dalam kategori anggota yang menjijikkan. Oleh itu, halal makan sop torpedo yang mana bahan asasnya adalah batang zakar lembu jantan.
Gambar dan Resepi Sup Torpedo, korang klik SINI |
Dengarnya Sup Torpedo ni memang sudah biasa terjual di negeri Pantai Timur. Sup torpedo ini biasanya dihidangkan di warung-warung atau restoran mamak. Sup torpedo ini biasanya akan dihidangkan dengan sebuku roti Benggali untuk mencicah sup tersebut.
Harganya ialah diantara RM 5.00 hingga RM 8.00 semangkuk, bergantung kepada kebesaran mangkuk hidangan. Dagingnya agak kenyal dan rasanya seperti daging lembu biasa. Si Filipina, sup ini dikenali dengan nama Soup Number Five (Sup Nombor Lima).
Kiranya memang dari dululah orang makan Sup Torpedo ni yaa.. maaflah Sis baru tawu dan mungkin dah tau cuma tak berapa terdedah dengan makanan menu sebegini, ni tiba musim Korban, barulah naik lalu lalang resepi Sup Torpedo ni haaa orang share hahahaha..
Sis taknak cuba ke? Gulp ...
Maaf .. belum ada rasa mahu mencubanya..
P/S : Sup Lidah pun aku tak makan, lagikan Sup Torpedo hahahaha.
Mantap sungguh rasa sup torpedo katanya. Ada yang panggil sup lato-lato. Selamat memasak sis. Cuba sekali je
ReplyDeleteHahahaha mantap ekkk... silalah masak yaaaa
Deleteharitu nampak ada orang masak goreng kunyit . nampak sedap la pulak.haha tapi tak tertelan kot sebab tak pernah makan. zaman LM kecil, benda ni orang lelaki pakcik2 duk masak apa ntah , kalau ada kenduri kahwin diorang pakat masak makan ramai ramai sesama dia
ReplyDeleteKannn, orang dedulu pandai masak dan makan, tapi sekarang pun Sis tengok, ramai dah mula pandai masak dan makannya. Tapi Sis tak reti..
Delete