TAKDE MOOD NAK MENULIS BLOG?. Nak tau tak cara macam mana nak kembalikan mood menulis blog korang? Sis ada masa malas juga nak menulis tapi bila tengok adsense merundum bila tak update so kita kena gigihlah cari idea untuk menulis dan update.
Tapi bagi korang yang rasa ‘lantaklah’, so tak payahlah update, tapi tak rugi ke, tiap-tiap tahun bayar hosting, berpuluh ringgit, ada yang beratus-ratus ringgit, tapi ada blog taknak update. Sis yang bayar RM43 setahun pun rasa ruginya kalau aku tak aktif blog aku.
Hurmm tapi.. Terpulanglah hak memasing, blog engko kan ..
Bagi Sis menulis adalah hobi Sis, berkongsi sebab rasa nikmat kepuasan, tanpa terhad, nak tulis, nak luah, nak cerita, semuanya di sini, tapi ada batasnya. Sebab ramai di luar sana yang kita tak kenal akan buka membaca blog kita, so kena ada batas menulis.
Kadang apa yang kita nak tulis, jangan terlalu 100% jujur sangat, dan jangan terlalu details, nanti ada aja yang irihati dan dengki dengan kebahagian dan kesenangan kita, berpada-pada, kena ingat sentiasa ‘Hati-hati Cik Salmah ada yang memandang’.. hohohoho ..
Berbalik pada cara nak naikkan mood menulis, salah satunya sebagai blogger, korang tukarlah template blog korang. Dah jemu pakai yang ada kan, so kasi tukar yang baru. Mana tau bila tukar template baru, mood menulis pun masuk. Tak caya cuba!..
Lagi satu cara, kalau malas nak tukar template, korang tukar Theme Font, atau warna Theme Blog macam Sis selalu buat untuk blog sendiri. Ini ada kesannya menaikkan mood kita. Bila kita update, then dah post, kita scroll view baca blog sendiri, sendiri tengok pun suka!.
Ada macam-macam font dan warna tersedia, korang tukarlah mana yang feel menulis korang, korang rasa bahagia. Gituhhh..
Dan last sekali, kalau malas juga dan takde mood menulis, dah kau biorkan jer laa bersawang.. log-off dan ‘pencen’ jerr jadi blogger, kau jadi influencer jerr hahahahaha .. kalau ada job blogger, jangan plak kau amik, beri peluang blogger lain, yer laa, dah blog kau pun setahun sekali update kann, tiberr ngaku blogger hahahahaha ..
Dah tu jer nak share..
Kot ada sapa nak tukar template, meh laaa PM tepi, Sis ada buat servis, harga tak mahal, dua kilo harga Musang King jerrr hahahahahaa .. sekian ..
P/S : Esok nak tukar color blog laa ..
cayok-cayok kak... akak kene rajin menulis, kalau macam dana ni takde apa heheheh jenis blog takde apa ehhehe
ردحذفMinat menulis kita tulis aja apa yang kita rasa nak tulis Dana, jangan kata blog takde apa, setiap penulisan kita tu, kita manfaatkan kepada orang lain.. keep it up Dana ..
حذفKadang2 mood nak menulis tu ada tapi bila kena edit gambar tu terus jadi tergendala hmm.... minum teh dulu la lepas tu scroll IG hehe 😜
ردحذفYaa samlah kita, kena take time rehat pekena kopi ke baru start menulis hehehehe
حذفNasib blog dah auto update sampai awal bulan Julai 2024. Ha ha ha ha.
ردحذفPerghh makk aiii rajinnya engko Shai hahahaha
حذف