TONTON TEATER HARIMAU JOHOR, JAUHAR TANAH PERMATA BERSAMA GENG JDT BLOGGER

Sis Lin
2
TONTON TEATER HARIMAU JOHOR, JAUHAR TANAH PERMATA BERSAMA GENG JDT BLOGGER. Berakhir lebih dua minggu sudah pementasan teater Harimau Johor, Jauhar Tanah Permata di  Audtorium JOTIC Johor Bahru. Dan Sis berpeluang untuk menyaksikan sendiri pementasa teater itu sendiri bersama Geng JDT Blogger Sis dan juga ada sorang tu Geng JDT gak tapi fans club JDT bola sepak hahahaha.. 

Ucapan penghargaan dan terima kasih tak terucap buat pihak pengurusan teater tersebut yang sudi menerima kami sebagai jemputan 'khas' menonton teater Harimau Johor ini. Dan tahniah buat tuan pengarahnya, En Senjakala yang berjaya menarik hati penonton untuk datang melihat teater ini, tiket boleh di katakan SOLD OUT sepanjang pementasan di pentaskan. Hebat bukan.. 

Tonton Teater Harimau Johor- Jauhar Tanah Permata Bersama Geng JDT Blogger
Bersama Tuan Pengarah, En Senjakala

Dia ada orang dia aja yang minat tonton teater ni. Jenis yang tak minat, bukan kata nak pergi, dengar teater pun terus cakap taknak, tapi Sis memang suka, terjebak tonton teater sejak pementasan teater Mok Cun dulu, semua pementasan Sis pergi tengok. Turun ke KL dari JB semata nak tengok teaternya di Istana Budaya, so bila ada peluang di Johor ni, memang Sis taknak lepaskan peluang. 

Ternyata bila dah tonton, memang tak rugi masa Sis, setiap topik yang ingin di sampaikan dalam pementasan itu, kita mudah faham dan pelakon-pelakon juga penari-penarinya snagat memberi impak yang sangat bagus dalam setiap gerak geri lakonan dan tarian. 

Penampilan istimewa artis dan pelakon Airis Yasmin dan juga Hairi Safwan membuatkan perjalanan  cerita dan lakonan hebat mereka terserlah dalam teater ini. Juga tahniah buat semua pelakon pementasan teater ini. 

Tonton Teater Harimau Johor- Jauhar Tanah Permata Bersama Geng JDT Blogger

Tonton Teater Harimau Johor- Jauhar Tanah Permata Bersama Geng JDT Blogger

Kalau tonton teater ni yang bestnya lagu-lagunya. Di nyanyikan oleh pelakon penyanyi latar yang berada di bahagian musician, kalau orang tak tau, ingat pelakon tu yang menyanyi kan, tapi ada juga yang memang real suara sebenar pelakon cuma tak semua. Sis sebab duduk berdepan dengan musician, so memang nampak laa si penyanyi sebenarnya di depan tu hehehehe.. 

Pementasan telah berlangsung pada 24 Mei 2024 Jam 8.30 malam & 25 Mei 2024 Jam 3.00 petang & 8.30 malam, bertempat di Audtorium JOTIC Johor Bahru. Harimau Johor, Jauhar Tanah Permata merupakan pementasan ke-dua dan pertama kali produksi ini dipentaskan pada tahun 2022 di Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru sempena Jelajah Teater Sejarah Johor anjuran Majlis Teater Negeri Johor.

Tonton Teater Harimau Johor- Jauhar Tanah Permata Bersama Geng JDT Blogger

Tonton Teater Harimau Johor- Jauhar Tanah Permata Bersama Geng JDT Blogger

Matlamat dan Objektif Majlis Teater Negeri Johor ini, mereka ingin menghasilkan pementasan teater bersendikan kepada sejarah Johor melalui cetusan dari pautan sejarah Bangsa Johor sebagai pengetahuan kepada generasi muda masakini untuk mengenali sejarah bangsa dan berpegang kepada jatidiri Bangsa Johor, kerja keras berpasukan yang ditonjolkan oleh pemain teater ini diambil sebagai semangat anak Bangsa untuk meneruskan legasi Kesenian Teater Tradisional, Teater Moden dan Teater Rakyat. 

Di samping itu juga, ianya juga dapat dinikmati oleh para pelancong dari dalam dan luar negara. Melalui Program Pementasan Teater ini juga mereka berhasrat ianya menjadi Takwim Tahunan dengan Majlis Teater Negeri Johor bagi membantu kumpulan-kumpulan NGO’s Seni Budaya lainnya untuk menghasilkan dan mementaskan sebuah Teater Sejarah dan Moden sebagai wakil Negeri Johor di peringkat Kebangsaan yang di kendalikan sendiri oleh Majlis Teater Negeri Johor di masa akan datang.

Tonton Teater Harimau Johor- Jauhar Tanah Permata Bersama Geng JDT Blogger

Tonton Teater Harimau Johor- Jauhar Tanah Permata Bersama Geng JDT Blogger

Pementasan Harimau Johor, Jauhar Tanah Permata ini melibatkan seramai lebih 60 orang karyawan Muda dan dewasa terdiri daripada tenaga produksi, pelakon, penyanyi, pemuzik, penari, krew pertugas, krew teknikal dan urusetia terlibat dalam pementasan ini.

Kebanyakan para karyawan terpilih adalah mereka yang terdiri daripada Aktivis Teater Negeri Johor, Peserta-Peserta Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun dan Ahli-ahli gabungan Majlis Teater Negeri Johor daripada pelbagai lapisan usia dan latar yang telah bertahun-tahun terlibat dalam pementasan teater di Johor, Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain termasuk pernah berlakon dalam Teater, Filem dan drama televisyen tanahair.

Keseluruhan tenaga Produksi dan Karyawan merupakan Anak Tempatan sepenuhnya.

Tonton Teater Harimau Johor- Jauhar Tanah Permata Bersama Geng JDT Blogger

Tonton Teater Harimau Johor- Jauhar Tanah Permata Bersama Geng JDT Blogger

Berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang mereka ada, mereka percaya bahawa PEMENTASAN TEATER “HARIMAU JOHOR - JAUHAR TANAH PERMATA” ini akan dapat memikat penonton serta meningkatkan minat pelancong dalam dan luar negara terhadap Seni Budaya Negeri Johor, juga menambah pengetahuan generasi belia dan golongan pelajar terhadap potensi kerjaya dalam bidang seni budaya serta memberi makna kepada seni dan budaya Johor khususnya, juga kepada negara Malaysia amnya. 

Dan Sis dengar juga akan ada sambungan dari kisah teater ini yaitu Si Bongkok Jauhar Tanah Permata 2.0 .. nantikan kemunculannya.. Sis pun tak sabar pulak nak tontonnya.. 

Tonton Teater Harimau Johor- Jauhar Tanah Permata Bersama Geng JDT Blogger

Sinopsis kisah Harimau Johor - Jauhar Tanah Permata ; Kisah perjuangan adiwira bangsa negeri Johor yang digelar Harimau Johor yang dititah oleh sultan untuk menghapuskan musuh di perairan Johor. Kisah cinta terhadap tanah jauhar berdaulat yang menitiskan keringat, darah dan air mata.

Susah nak buat huraian, sebab menontonnya sendiri aja yang faham akan apa yang nak di sampaikan.. maklumlah cerita sejarah kan, salah tulis kang, lagi susah nak faham. Itulah teater sebenarnya.. sebab semuanya secara spontan walau mengikut skrip. ada masa terbabs juga hehehehe.. 

Lihat video pementasan : IG REEL akusislin
Lihat gambar-gambar sepanjang pementasan : FB Page akusislin 


P/S : Di Johor ni jarang ada teater, so bila ada memang tak lepas peluang menontonnya. 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mak saya pun suka Teater haritu...Memang seronok katanyaaa..Hehe..Terbaik mereka yang menghasilkan Teater tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nona, next time ada lagi teater boleh bawa Mak Nona...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!