10 TIPS BERCUTI KE KUNDASANG

Sis Lin
12
10 TIPS BERCUTI KE KUNDASANG. Di sebabkan Sis dan family ada plan nak pergi bercuti ke Kundasang nanti, kebetulan terlihat satu posting mengenai tips bercuti ke Kundasang, dan Sis tertarik untuk berkongsi di sini buat diri sendiri juga bagi mereka yang akan bercuti ke Kundasang.

Nak pergi bercuti kena ada perancangan awal, siap sedia apa yang perlu, bukan main terjah aja, sesialap banyak kerugian sebelum dan selepas bercuti, yang dapatnya penat dan terkilan. So better rancang awal, susun jadual apa yang patut, dan buat plan A atau Plan B jika berlaku apa-apa di luar perancangan, orang kata sediakan payung sebelum hujan. 

Bolehlah kita jadikan tips di bawah ni sebagai panduan ya ..

10 Tips Bercuti Ke Kundasang

10 TIPS BERCUTI KE KUNDASANG

1. Ambil flight awal ✈
 
Sesiapa yang bercadang terus ke Kundasang disyorkan ambil flight awal ke Kota Kinabalu (sama ada pagi/tengahari/awal petang). Kalau flight sampai Kota Kinablu (KK) lewat petang/malam sebaiknya bermalam di KK dulu, keesokan paginya baru gerak ke Kundasang menaiki kenderaan darat. Sebab apa? Sila baca seterusnya ..

2. Perjalanan 2 jam 🚗

Perjalanan KK ke Kundasang ambil masa dalam 2 jam. Mula-mula akan melalui fasa jalan lurus dari KK-Tuaran-Tamparuli. Kemudian selepas melalui Tamparuli barulah memasuki fasa jalan berbukit-bukit hingga ke Kundasang. Sila guna waze ke Kundasang sebab signboard ke sana tak banyak. Kalau jumpa signboard pun tulis ke Ranau, boleh ikut juga sebab Ranau terletak selepas Kundasang. Biasanya jalan berbukit mulai gelap berkabus dalam jam 5.30pm - 6pm. Tidak digalakkan memandu kepada mereka yang tidak biasa melaluinya sebab bahaya

3. Isi minyak di KK ⛽

Kalau ada yang nak isi minyak ke cucuk ATM ke solat ke buang air ke makan-makan ke beli snacks ke, sila buat siap-siap di area KK. Susah nak jumpa stesen minyak dalam perjalanan. Kalau terlupa jangan risau stesen minyak terakhir (kalau tak silap) ada SHELL betul-betul sebelah Rumah Terbalik Tamparuli. Kalau terlupa juga, berpusing-pusing nanti cari minyak di Kundasang. Di pekan Ranau atas lagi dalam 20minit dari pekan Kundasang ada Petronas.

10 Tips Bercuti Ke Kundasang

4. Tarikan dalam perjalanan

Apabila melalui kawasan Tamparuli bolehlah singgah Rumah Terbalik & 3D Wonder Museum betul-betul di tepi jalan belah kiri. Kalau nak singgah Jambatan Tamparuli kena pergi ke arah pekan. Terpulang nak pergi tempat-tempat tarikan ni masa perjalanan pergi mahupun waktu pulang nanti ke KK. 

5. Untuk Muslim

Selepas simpang Tamparuli nak ke Kundasang ada beberapa gerai tepi jalan kiri kanan. Tak perlu singgah ya. Gerai-gerai tu jual sinalau bakas ataupun babi hutan salai. Sila teruskan perjalanan ok!

6. Tempat tarikan Kundasang

Tempat-tempat tarikan ni jaraknya jauhjauh sikit. Sebelum sampai Kundasang akan melalui Pekan Nabalu. Bolehlah singgah beli souvenirs murah-murah sana berbanding di KK. Terus lagi jumpa Kinabalu Park (starting point hiking Gunung Kinabalu). Terus lagi sampai jumpa roundabout sayur Kobis situlah Pekan Kundasang. Bolehlah pergi Desa Dairy Farm, War Memorial, etc. Jangan lupa singgah Masjid Kundasang atas bukit tu dan juga gerai-gerai jual sayur, buah murah-murah di tepi jalan tu.

7. Kedai makan 🍚 

Tak banyak kedai makan di Kundasang. Ada yang suka fastfood ada KFC sana. Kalau nak cari tempat makan, roundabout Kobis tu dari KK belah kanan, ada Intan Restaurant & Hidayah Restaurant. Order nasi putih & sup panas-panas memang sedap dengan cuaca sejuk-sejuk ni. Jangan lupa try chicken wings Kundasang.

10 Tips Bercuti Ke Kundasang

8. View gunung cantik 😍

Jauh-jauh datang Kundasang mestilah nak tengok Gunung Kinabalu kan. Gunung Kinabalu ni jelas kelihatan mulai jam 6pagi hingga 10pagi. Lebih kurang jam 11pagi gunung mulai dilitupi kabus awan. Tidurlah di Kundasang satu malam kalau tak nak terlepas peluang keemasan tu. Ada banyak pilihan hotel/homestay. Sila booking lebih awal. Best bila bangun pagi-pagi dalam kesejukan dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Subhanallah jatuh cinta! Di Kundasang sejukkk sangat tau! Lagi-lagi waktu malam dan juga waktu hujan. Menggigil-gigil badan.

9. Desa Dairy Farm 🐄 

Tengok orang lain upload gambar di Desa Dairy Farm (DDF) cantik-cantik dengan background Gunung Kinabalu, dengan ladang menghijau, dengan lembu-lembu comel. Tapi bila pergi nampak kabus, tak nampak gunung pun. Tipsnya pergi sana sebelum jam 10pagi. Bila DDF buka jam 8pagi tu pastikan sudah ada di sana. Nikmatilah pemandangan di sana puaspuas. Jangan lupa minum susu fresh yang amat sedap. Aiskrim pun sedap!.

10 Tips Bercuti Ke Kundasang

10. Tempat tarikan Ranau

Apa yang ada di Ranau? Di situlah ada Poring Hotspring (kolam air panas, canopy walk, etc), Sabah Tea Garden, Fish Massage Kg Luanti. Kundasang ke Pekan Ranau dalam 20 minit. Isi minyak siap-siap di Petronas Ranau. Tempat makan pun lebih banyak pilihan di Ranau. Ok teruskan perjalanan. Dari Kundasang ke Poring dalam 45 minit. Dari Kundasang ke Sabah Tea dalam 1 jam. Betul-betul sebelah simpang masuk Sabah Tea ada Fish Massage. Jangan terlepas tau! Kalau terus lagi alamatnya ke Sandakan pula!.

Ok sudah puas jalan-jalan Kundasang bolehlah jalan-jalan di KK pula kan. So bolehlah share tips-tips ni dengan famili, dengan kawan-kawan yang plan bercuti ke Kundasang terutamanya yg pertama kali pergi. Harap dapat membantu ya. 

Perkongsian tips ni hanya untuk memudahkan percutian/perjalanan mereka yang datang bercuti sendiri, tiada pakej percutian yang disediakan, dan bukan travel agent/tour guide service atau seumpamanya. Selamat bercuti .. 

Kredit: AL-JANNAH HOMESTAY KK


P/S : Dah dua kali plan ke sini tak menjadi, sebab anak-anak nak ke tempat lain hahahaha .. 

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tips yg diberikan mmg betul... Kalau nak cari kedai makan di Kundasang mmg susah sikit.. Org Sabah biasanya stay homestay dan barbeque sambil lihat pemandangan.. biasanya kedai2 makan byak di KK.. Mmg kena rancang perjalanan awal sbb masalah kesesakan, jalan tak okay.. kalau ikut agent mungkin okay sikit..

    ردحذف
    الردود
    1. Itu laa, Sis kongsi sini senang buat rujukan sendiri nanti ..

      حذف
  2. Selamat merancang percutian. #dahlamatakpergisabah

    ردحذف
    الردود
    1. Inshaallah Shai, banyak kali plan tapi belum menjadi lagi ni...

      حذف
  3. Rindu nak pergi KK dan naik ke Kundasang. Last pegi tahun 2018/19 kot? Masa tu budak2 kecik lagi.

    ردحذف
    الردود
    1. Now dah bolehlah pergi Karni, anak-anak dah besar, best sikit teroka KK ...

      حذف
  4. Kak lin ,berguna sangaaat nih tips nya ❤️😍. Saya dah lama buat plan nak ke KK, tapi tuh lah tak menjadi2 🤣🤣. Asik KL Penang sajaaaa tiap ke Malaysia hahaha.

    Pokoknya next, saya nak betul2 arrange eksplor KK dan sekitarnya ❤️. Kundasang inj nampak menarik juga. Apalagi sejuk . Saya selalu sukaa tempat sejuk

    ردحذف
    الردود
    1. Nak selamat ikut agen aja Fanny, lebih teratur perjalanannya nanti.. cuma letih kalau ikut travel agen ni .. moga di permudahkan segala percutian Fanny yaa

      حذف
  5. thank you share ni..kita ada plan nak ke sana tapi tak tahu la bila. sis ambil tiket Air Asia atau Mas?

    ردحذف
    الردود
    1. Kann, tengah merancang ni. Better amik AA lebih selamat, MAS sekarang banyak sangat problem...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!