6 BULAN SUDAH BERLALU. Korang rasa masa cepat tak berlalu? Dalam diam 6 bulan untuk tahun 2024 sudah pun berlalu, harini masuk bulan baru 1 Julai 2024. Kalau di tanya, terlalu banyak kisah-kisah dalam masa 6 bulan lepas. Dan ada kisah yang masih lagi belum selesai. Tak apa, kita tunggu dan lihat, tiba masanya, akan Sis ceritakan di sini semuanya.
Dan 6 bulan mendatang ini banyak perancangan yang kami sekeluarga plan, moga Allah permudahkan segala urusan Sis sekeluarga. Tentang kehidupan kini, Sis bersyukur masih lagi bersama insan-insan yang tersayang. Ada menantu yang baik hati, ada Cucu yang menghiburkan hati, anak-anak juga Suami yang sangat sayangkan Sis.
Kadang kita ni nak jadi seperti orang lain, tapi kita tak tau apa yang mereka lalui, maka dengan apa yang dah Allah kurniakan kepada kita sekarang ni, bersyukurlah banyak-banyak, tak semua orang bernasib baik dan ada antara mereka di luar sana, ingin menjadi seperti kita juga.
Kisah semalam, Datuk bawa Cucu ke Desaru Mini Zoo |
Sis ramai kawan yang selalu berkata, 'Bestnya jadi macam kau Lin, duduk rumah tak kerja Laki bagi duit, anak-anak dah besar, dah berkahwin, ada cucu dah'.. hurmm yaa alhamdulilah, jujurnya Sis sangat bahagia dan bersyukur kepadaNya, ini rezeki dan bahagian Sis, tapi 30 tahun mendirikan rumahtangga bukan seperti 30 hari yaa. Terlalu banyak susah dan senang kami lalui.
Yang korang lihat sekarang, yang Sis dah ada semuanya ..Korang tak lihat dan nampak apa yang kami lalui dulu. Tak semua benda terus ada depan mata, ada masanya kena sabar, kena menangis, kena paksa dan ada ketikanya juga kena diam untuk dapatkan semuanya.
Kisah kehidupan orang semua lain-lain, ada orang terus menjadi senang (keluarga berada), ada orang kena usaha bru dapat kesenangan (seadaanya), dan ada juga orang, amik kesempatan (pelakor), tau-tau jadi senang, begitulah kehidupan. Sendiri pilih jalan yang mana, antara bahagia cara kita atau bahagia atas penderitaan orang lain, pilihan di tangan korang.
Terima kasih Suamiku |
Susah nak kata zaman sekarang ni, semua benda dan barang naik harga. Harga minyak diesel naik menjadikan semua barang naik harga dengan mendadak. Mereka amik kesempatan, yang jadi mangsa, kita ni laaa, yang memang beli, guna dan makan. Jadinya semua benda kena jimat dan catu. Kesian pada mereka yang betul rasa tertekan dengan kehidupan sekarang.
Sis ada beberapa kawan yang dah mula mengeluh dengan perbelanjaan keluarga mereka. Budget lari dan semuanya kena adjust balik untuk perbelanjaan harian. Mana anak sekolah lagi, jualan di kantin pun katanya naik harga dan tambang bas sekolah ada yang amik kesempatan, pun naik harga, sedangkan mereka boleh mohon subsidi minyak. Kesian pada meraka yang terjejas.
Jenis Mak Pak yang malas nak berdebat, mereka tak amik kisah, janji anak mereka pergi sekolah, makan di kantin dan pergi dan balik dengan selamat. Sebab ibu bapa yang bekerja, malas nak fikir benda remeh gini, kerja di pejabat pun dah membebankan. Tapi mereka yang surirumah, hanya seorang yang bekerja, agak 'sakit' juga fikir, kann..
Buku paling terkesan di hati, terima kasih Geng Borak |
Sis kadang tak tau nak komen lebih, tapi Sis faham apa yang mereka lalui, sebab kami pernah susah dulu. Walau kehidupan tahun-tahun dulu tak sama dengan sekarang, tapi semuanya pun guna duit, semuanya pun kena bayar, so sama aja dulu dan kini, no money no talk.
Memang 6 bulan sudah berlalu ini terlalu banyak kisahnya. Dari hal politik, jenayah, rasuah, kisah rumahtangga, apalagi? Memang dah jadi bahan bacaan kita hari-hari, so apa kita boleh buat, Tahan dan Tenang, nanti akan datang Senang..
Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua, baik di dunia, mahupun di akhirat kelak, inshallah aamiinnn ..
P/S : Panjang pula aku membebel hahahahaha..
Ye la kan Sislin, orang nampak kita senang sekarang tapi tak tau awal2 kehidupan kita dulu macamana. Tapi kan, saya rindu la zaman kita rajin gathering dulu walaupun korang datang kena duduk atas lantai je sbb rumah kiteorg takde sofa 🤣
ردحذفYaa Karni, apa yang orang nampak sekarang, mereka tak nampak kita yang dulu..
حذفBilalah nak gatering lagi macam dulu kannn... meriah ..
Betul tu Sis Lin..susah kita orang x tau..dana kalau boleh x nak pun orang tau kan...sekarang dah boleh bernafas lega baru orang nampak...
ردحذفSangat betul.. cuma bila dah senang, kita sentiasa ingat kita yang dulu SA, orang takkan tau kisah kita dulu, kecuali orang yang datang sekarang nak tumpang nikmati kesenangan tanpa di undang... kehidupan ...
حذفBetul tue. Bahagian masing - masing.Semuanya dah tersurat sejak azali. Siapa kita yang nak menidakkan kuasa Allah. Semoga kita semua kuat & tabah mengharungi hari - hari mendatang dalam kehidupan yang penuh onak dan berduri.
ردحذفYaa kena kuat dan bersangka baik aja dengan Allah .. inshaallah akan ada kebahagian buat kita..
حذف