BAHU KIRI AKU SAKIT LAGI. Hampir 4 hari bahu kiri Sis ni sakit, tak tau kenapa, nak kata salah bantal, leher elok aja, tapi tang bahu tu jer sakit. Pernah kena dulu, Sis sapu minyak, urut, dan tampal koyok, tetap juga sakit, kalau lega tu sekejap aja, then hilang sendiri. Now dia datang lagi sakitnya, aduii..
Kalau tanya kengkawan, semua kata takut bahu Sis ni frozen shoulder. Bila Sis google, ermm mungkin juga kot, takut saraf terhimpit. Ada masa sakitnya tak boleh bawa bincang. Punca jadi macamtu tak tau kenapa, nak kata angkat berat, apa jerr di angkat, takat menaip keyboard ni, takkan lerr jadi punca ekk..
Tapi kalau di fikir-fikir ye juga kot, sejak-sejak ni Sis banyak habis masa duduk lama depan laptop mengedit blog orang, kurang rehat baring dan telentang, banyak duduk aja, mungkin juga itu puncanya.
Now Sis sapu Yoko Yoko aja untuk legakannya. Kalau makin teruk dan sakit, kena serah diri gak lerr ke hospital. Kenapa hospital bukan klinik? Sebab boleh cover insurans lerr kalau apa-apa hal (warded)..
Sakit bahu merupakan masalah yang berlaku pada bahagian bahu. Sakit akan terjadi apabila pesakit melakukan aktiviti atau pergerakan yang melibatkan tangan dan bahu. Kebanyakan daripada kes mungkin berpunca daripada sendi bahu atau daripada kawasan sekitar lapisan tisu luaran sendi bahu, otot, ligamen, tulang retak atau patah, sendi bahu teralih dan sendi yang ketat.
Selain daripada itu, terdapat juga penyakit-penyakit lain yang boleh menyebabkan sakit pada bahagian bahu seperti serangan sakit jantung dan masalah batuhempedu. Kesakitan pada bahu yang berasal daripada masalah atau struktur yang lain dikenali sebagai 'referred pain', iaitu sakit yang dirujuk oleh tempat lain.
Kebiasaanya jika sakit yang melibatkan referred pain, rasa sakit tidak akan bertambah apabila melakukan pergerakan pada bahu.
Punca-Punca Sakit Bahu
Terdapat pelbagai perkara yang boleh menjadi punca kepada masalah sakit abahu ini. Antaranya:
- Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat atau pergerakan tidak betul.
- Urat yang tegang disebabkan oleh postur badan yang membongkok.
- Kecederaan akibat dari (kemalangan, bersukan secara berlebihan, kecederaan sukan dan sebagainya.
- Patah atau retak pada tulang bahu.
- Shoulder Dislocation’ / ‘Recurrent shoulder Dislocation’ / Tulang bahu yang terkeluar daripada soketnya disebabkan oleh struktur otot yang lemah.
- Penyakit sendi seperti arthritis.
- Bahu terkehel.
- Sendi bahu beku (frozen shoulder).
- Saraf yang terhimpit.
- Osteoarthritis: Sendi yang semakin terhakis selalunya disebabkan faktor penuaan.
- Rheumatoid arthritis.
- Systemic Lupus erythematosus.
- Penyakit tulang.
- Ketumbuhan.
Frozen Shoulder
Frozen shoulder juga dikenali sebagai adhesive capsulitis. Ia menyebabkan bahu terasa sakit dan sukar untuk mengangkat tangan melebihi paras kepala. Pekerjaan harian menjadi semakin sukar seperti memakai baju t-shirt, menyikat rambut, mengangkat barang dan pelbagai lagi.
Frozen shoulder ini pecah kepada beberapa peringkat iaitu:
1. Freezing Stage – Bahu mula menjadi sakit dan terasa sedikit sukar untuk mengangkat ke atas. Peringkat ini biasanya berlaku dalam tempoh 6 – 9 minggu.
2. Frozen Stage – Peringkat ini berlaku selepas freezing stage. Dalam peringkat ini kesakitan mula kurang tetapi kesukaran untuk mengangkat tangan melebihi paras bahu semakin sukar. Jangka masa bagi peringkat ini adalah dalam lingkungan 4 bulan sehingga 6 bulan.
3. Thawing Stage – Peringkat ini bahu mula bertambah baik dan kesakitan semakin berkurangan. Pergerakan perlahan- lahan semakin mudah untuk digerakkan dan tempoh masa bagi peringkat ini adalah dalam masa 2 tahun.
Simptom Frozen Shoulder
- Sakit yang berlarutan dan bertambah teruk
- Semua pergerakan bahu terjejas
- Bahu kaku atau kurang julat pergerakan bahu
Rawatan Fisioterapi
Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Antara rawatan yang akan dijalankan di IFIX Physiotherapy adalah seperti berikut:
- Pemeriksaan akan dijalankan dahulu sebelum rawatan diberikan.
- Mengurangkan sakit pada bahagian yang terlibat menggunakan modalitis atau terapi manual.
- Myofascia Release / Soft Tissue Manipulation.
- Shoulder Joint Mobilization (AP, Caudal, PA).
- Mobilization With Movement.
- Mulligan Technique.
- Deep Tissue Release
- Pendulum Exercise.
- Senaman regangan.
- Senaman menguatkan otot.
Kesimpulannya, dapatkan rawatan segera jika sakit berlarutan..
P/S : Puaslah ikut petua tepuk-tepuk bantal selawat, sidai bantal, ehhh sakit juga.. Laki gurau kata, ada anak jin tenggek eeeeee sabo je laa..
SA plak selalu sakit belikat...part ni memang kadang- kadang x tahan..ubatnya kena pi urut la...
ReplyDeleteKalau pelikat, urut aja boleh hilang SA, ni tak tau laa bahu ni, sampai sekarang still sakit...
DeleteSemoga tak ada apa-apa dan cepat sembuh.
ReplyDeleteMasih sakit Shai.. terima kasih ..
Deletemoga cepat sembuh sis. kalau kenal sesiapa pandai urut sure cepat lega sakit tu.kalau LM biar lama dia jadi keras bahagian tu.makin sakit bawa sampai belikat.
ReplyDeleteUrut tak lagi, minggu ni baru ingat nak urut..
DeleteSemoga tiada yg memudaratkan, insyaAllah.. Amiiinnn YRA
ReplyDeleteTerima kasih Kak Seri ..
DeleteMoga segera sembuhnya.
ReplyDeleteAamiinn.. makaseh Azira...
Delete