BAWA CUCU JALAN-JALAN KE DESARU MINI ZOO. Punyalah jauh kan nak pergi Zoo. Menunggu Zoo Johor buka Ogos nanti, memang takde tempat nak bawa Cucu jalan-jalan. Dan bila Datuknya bekerja di Pengerang Johor, maka dengan itulah Datuknya mengajak ke Desaru Mini Zoo ni di Pengerang Johor.
Sis dan anak pun baru tawu juga kewujudannya Mini Zoo ni haa, ada pernah tenampak dalam facebook ada orang share, tapi sebab jauh, memang tak laa nak ke sana kan. Dan semalam kelmarinya kebetulan Datuknya balik Pasir Gudang (cuti hujung minggu), Datuknya mengajak Yana dan Cucunya pergi Desaru Mini Zoo ni.
Menantu Sis on duty, so kami pergi bertiga aja. Dah lerr semalam dari awal pagi hujan, kejap lebat, kejap renyai, Datuknya dah hampir frust dah tak dapat bawa Cucunya ke Zoo, tapi alhamdulilah Allah tu beri peluang, sampai aja di Pengerang, hujan terus berhenti, cuma cuaca aja mendung dan berangin, rezeki awak laaa Khalish.
Tiket masuk ke dalam ni RM20 Dewasa, dan umur macam Khalish bawah 3 tahun FREE. Masa beli tiket di kaunter, mereka akan offer korang untuk beli makanan haiwan sebakul tu RM20. Korang kena belilah, sebab masuk dalam tu, korang boleh beri binatang-binatang tu makan secara dekat. Seronok bebudak.
Suasana tempatnya bersih, luas dan deko Zoo mereka sangat instagrammable ya. Yang suka OOTD tu memang suka laa, banyak tempat cantik boleh bergambar termasuk bergambar dengan binatang-binatang. Dan korang juga boleh naik Kuda atau Keldai untuk kanak-kanak. Bayarannya Sis tak tanya pulak.
Ada binatang yang dalam kandang dan sangkar, tapi korang boleh datang dengan dekat. Binatang-ninatang tu tak ganas dan buas, korang aja kena behave sikit kalau nak pegangnya, jangan cuba menakutkannya, kalau mereka rasa terancam, ada kang kena gigit, begitulah pihak penjaga Zoo kata. Dan ada juga Fish Spa untuk korang cuba, ermm Sis tak berani lerr..
Khalish seorang yang berani, memang dia tak takut dekat dengan semua binatang, semua yang depan dia semua dia nak pegang, Sis pulak yang menjerit takut dia kena gigit hahahaha.. Selain dari melihat binatang-binatang, ada juga aktiviti naik ATV juga Ride Tank.
Aktiviti menangkap ikan pun ada, juga beri makan ikan sekolam besar yang mana korang boleh beri makan dengan tangan korang sendiri. Punya banyak ikan dalam kolam tu, naik geli Sis tengok besar-besar. Suami Sis berani, dia beri makan guna tangannya. Bila tanya tak gigit ke? Dia kata tak gigit, ikan tu sedut aja, erkkkk.. serammmm ...
Memang bestlah datang sini bawa anak-anak dan family, boleh santai-santai, dan ada juga beberapa Cafe dalam tu (Letih malas nak amik gambar). Tapi korang boleh juga bawa minuman dan makanan dari luar, masa masuk entrance tu, tiada pemeriksaan bag, so memang boleh bawalah air untuk hilang dahaga.
Spesis binatang dalam Desaru Mini Zoo ni pun banyak, dari ikan, burung-burung, lembu, kambing, unta, ayam, itik, kura-kura, hamster, dan banyakkk lagi semua pun ada. Binatang musuh utama Sis pun ada, si Angsa tu, rasa nak pulas-pulas aja lehernya tau.. kalau ingat-ingat sejarah hitam dengan Angsa ni, memang gerammmm Sis hahahahaha..
Cuma semalam kami tak tau pulak ada taman permainan Little Bee Indoor Playland dalam tu, bila bukak facebook page mereka barulah tau adeii rugi betul tak masuk bawa cucu bermain dalam tu. Tapi takpelah, lagipun ngam-ngam masa kitaorang dah habis pusing, hujan dah mula turun renyai-renyai dan kami terus balik.
Sebaik masuk kereta, hujan pun turun hahahaha alhamdulilah selamat semuanya, rezeki Khalish dapat enjoy hampir 3 jam kami dalam Desaru Mini Zoo tu sebelum hujan mula turun. So korang kalau takde idea nak bawa anak-anak, boleh datang ke Desaru Mini Zoo Pengerang Johor ni. Perjalanan kalau dari Johor memang jauh. Tapi berbaloilah. Janji anak-anak happy.
Tandas banyak di sediakan. Cafe juga ada, baik dalam mahupun di luar. Cuma Surau tak pasti. So far keadaan di sini sangat bersih, staff yang mesra pelanggan dan crew penjaga binatang sangat bagus dalam menjaga keselamatan pengunjung tiap kali pengunjung dekat dengan binatang. Sangat bagus.
Kita tunggu pulak pembukaan Zoo Johor di jangka bulan Ogos nanti. Agak-agak masih RM2 hengget lagi ke bayaran masuk? ...
Desaru Mini Zoo
103-A, Jalan Damai 10,
Kampung Sungai Kapal,
81620 Pengerang, Johor
Di buka SETIAP HARI
Dari Jam 9am - 7pm
Tiket : RM20 (Dewasa), Free (Kanak-Kanak bawah 3tahun)
Contact: +6019-603 6868
P/S : Moga Allah beri kami kesihatn dan kekuatan untuk melihat Cucu-Cucu membesar, inhshaallah ..
Ada bdk kecil sonok bw g zoo kan.. dah besar² ni drg x pandai nak hargai sgt gi zoo wakakaka
ReplyDeleteHahaha termasuk aku laa, dah tua gini pergi Zoo jeling sana sini takut ternampak Ular hahahaha
Deletelama betul plan nak bawak anak-anak ke sini,tapi belum kesampaian lagi.Banyak jugakkan aktiviti kat dalam ni.Mesti bebudak suka
ReplyDeleteSilalah pergi, anak ko dah besar mesti seronok, macam-macam aktiviti ada ...
DeleteDan binatang yang paling ditakuti sis lin ialah Ular. Kan..kan..kan..
ReplyDeleteAda tapi aku gan Yana lari jauhhh hahahahaha
Delete