BIHUN GORENG KERANG UDANG 9 MUHARAM 1446H

Sis Lin
6
BIHUN GORENG KERANG UDANG 9 MUHARAM 1446H. Alhamdulilah dari pagi sampai ke lepas Asar berfikir-fikir nak masak apa untuk berbuka puasa harini. Last-last setelah di fikir-fikirkan, harini buka puasa goreng Bihun Goreng Kerang Udang sahaja. 

Terlupa nak keluarkan sotong, kalau tak jadi Bihun Seafood. Tapi tak apalah, ada kerang dan udang tu dah cukuplah tu kan. Lagipun makan berdua dengan anak bujang, Ayahnya dah balik Pengerang. 

Bihun Goreng Kerang Udang 9 Muharam 1446H

Harini pun santai-santai layan filem Tamil di Netflix. Pepagi dah buka filem Maharaja, kali kedua menonton sebab nak fahamkan betul-betul jalan ceritanya, semalam tengok dengan Suami tak berapa fokus tapi faham laa ceritanya, cuma banyak scene yang termiss, so pagi tadi layan sekali lagi. 

Jam 6pm Sis start masak. Kalau korang nak tau kan, sebelum ni kalau Sis goreng bihun, bihun Sis akan jadi kering, walau rencahnya banyak berkuah tapi bila dah di kacau-kacau, lama-lama jadi kering, Sis suka jenis basah-basah. 

Bihun Goreng Kerang Udang 9 Muharam 1446H

Nak di jadikan cerita, satu hari tu, Sis tengok IGs Kak KM, dia goreng bihun, dia ajar cara dia, rendam bihun tu tapi bila dah lembut jangan di tapis, biarkan aja berendam, nanti bila rencah dah garing, baru ceduk bihun tu terus masuk dalam kuali. 

Pastu kacau sampai bihun masak. Start dari situ laa Sis ikut cara Kak KM, barulah bihun Sis elok jadi basah-basah. Sis suka sangat!!! .. masak sebungkus, sedekah kat jiran sebekas tadi, alhamdulilah untuk hari ini .. 


P/S : Salam 10 Muharam hari Asyura 🤍 .. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kebetulan pulak tengah baca ni sambil makan bihun goreng, hehehe. Kita pun tak tapis bihun tu, terus ceduk masukkan dalam kuali, mmg bihunnya nt lembab² paling penting jangan putus.

    ردحذف
    الردود
    1. Itu laa Kak, baru Lin tau, kalau tak bila bihun lembut, Lin tapis, rupe tak payah, patutlah bihun Lin kering ..

      حذف
  2. Adakah anda masih ingat dengan bihun goreng mak cik kantin?

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!