BILA MUSIM DURIAN TIBA. Memang meria bila musim durian tiba. Sana sini semuanya orang jual durian, sampaikan seller Pasar Online Sis pun open order durian. Buka facebook pun iklan orang jual durian, pokoknya semua durian ya!.
Sis rasa mcm musim durian dah tentu masanya. Bila dia nak berbuah yer dia berbuah, kalau dulu, setahun sekali aja musimnya kan?. Sekarang bila-bila nak makan durian pun ada jual.
Tempoyak? Jangan cakaplah, Sis berkali-kali beli buat Sambal Tempoyak. Ada sebekas lagi tu Sis simpan, Sis nak masak Ikan Kembong Lemak Tempoyak nanti, dapnya..
Korang dah memborong ke beli buah durian?. Sis baru ni Suami balik dia beli durian sebakul, puas makan, kebetulan Yana dan menantu pun datang rumah, so makan ramai-ramai. Tapi tidaklah semua, ada sukunya kami kopek masuk bekas simpan esbox. Pun dah susut Sis makan.
Cucu Sis pun pandai makan durian. Dan ada sekali tu kawan ajak ke Gerobok Dessert di Larkin beli durian di sana. Sis beli 4 biji bawa balik buat makan sendiri. Isinya kuning pahit sedap!. Tapi harga agak mahal, makan durian ni, nak sedap kenalah bayar lebih ya.
Makan kena beringat, dah ler ada penyakit, kang terlebih makan ada duduk wad Sis ni kang hahahahaha.. takut tapi sedap! Begitulah kann. So far takde la over makan duriannya, just makan sekali lalu aja.
Sis Ingat yang dalam esbox sebekas tu nak buat Bubur Durian, boleh bagi ke jiran-jiran sikit. Dah terliur dah tekak ni uii. Tunggulah Khamis nanti buatnya, boleh buat menu berbuka puasa Sis. Inshaallah ..
P/S : Hati rasa tak sedap rasa, apalah petandanya ya ermmm ..
Alhamdulillah
ردحذفMusim buah2an tempatan dah bermula
Yerr Wak, tak lama lagi dusun Wak pun berbuah laa tu...
حذفTengah tunggu masa nak beli durian, hari kerja tak best makan durian.
ردحذفBetul Kak, beli time cuti-cuti santai-santai makan durian di rumah ...
حذفDah merasa juga sebijik durian kecik kat Hulu Langat, Nasib tak manis sangat. Boleh la buat rasa-rasa
ردحذفAku suka pahit-pahit Shai, tak suka manis
حذف