BILA SUAMI AJAK SINGGAH KAFE RUMAH KOPI 38. Semalam petang Suami balik masuk aja rumah terus cakap, ‘Lepas Maghrib kita keluar’, katanya nak beli barang memancing untuk esok (harini). Sis ON aja.
Pergi kedai Shimano di area Taman Cendana (kot), Sis malas nak keluar, Sis tunggu aja dalam kereta. Lama juga tu menyoping, hampir setengah jam sidai Bini dalam kereta.
Settle aja semua, Suami pergi ‘cucuk duit’, Sis pesan, ‘cucuk lebih lebih sikit yer’, hahahahaha ..
Lepas tu Suami tanya, ‘Nak makan apa?’, Sis jawab, ‘Taknak, nak makan kat rumah dah masak’, bukannya apa, Sis dah stanby nak malan malam dengan Khairul Aming. Tu yang menolak makan di luar (rugi betul!).
Pusing Petronas Taman Bukit Dahlia tu, tiba-tiba Suami park kereta depan Kafe Rumah Kopi 38 ni. Aittt nak singgah ke? Aduhhhh Sis kali ni macam tak ready nak pergi Kafe Rumah Kopi 38 ni huhuhu …
Bukannya apa, hampir 2 minggu sis tak minum kopi, so bila nak masuk Kafe Rumah Kopi 38 ni, tiberr Sis blur. Suasana dalaman dia sangat cantik! Ini pertama kali Sis jejak kaki semenjak mereka buka Kafe di sini.
Tapi FULLHOUSE ya! Cashier tanya, ‘Nak minum sini ke bungkus?’, Suami kata, ‘Bungkus aja’, lagipun ramai, yang kosong tempat bar Suami duduk tu jer. Lain semua full.
Cuma keadaan di sini selesa dan luas berbanding masa mereka meniaga di rumah perumahan mereka. Situ nak parking pun susah. Limited person aja yang boleh masuk laman rumahnya. Ye laa kawasan kejiranan kan.
Sis order Eden Garden Tea dan Suami punya Americano Ice. Mula kelakar, Suami boleh order KopiO ais, Sis terus toleh Suami, mana ada KopiO ais Bang oii sini hahahahaha ..
Haaa tu bukti pergi malam semalam hahahaha. Bila dah ramai, korang kena sabar ya menunggu, mana-mana kedai kalau ramai memang slow, kena sabar. Tapi menunggu dalam Kafe tu pun selesa, berhawa dingin.
Siap aja kami terus balik tapi tetap Sis tak puashati! Sebab kalau boleh nak datang Kafe Rumah Kopi 38 ni Sis nak lepak duduk makan dan minum di situ, kali ni sebab main terjah jer kan, so kita kena repeat next time!.
P/S : Moga Allah beri kesembuhan kawan Sis yang menghidap cancer rahim stage4. Kau kena kuat Yong! ..
ala nak repeat balik.Lupa tnye hari tu ada wifi tak cafe dia
ReplyDeleteTau takpe, kena duduk lepak situ minum baru feel Rumah Kopi hahahaha..
DeleteTak silap macam ada ...
best tgok kedai ni...rumah Kopi 38 ye..masuk wishlist la kalau nak balik JB lepak sana..kita ni x jadi sewa rumah kat sana, suami plak tender resignation nak stay Seremban, x sampai hati tinggalkan Pak Zain sorang2...
ReplyDeleteMemang best, Kopi Sarawak dia sedap SA, boleh cuba..
DeleteTapi SA, mungkin rezeki lebih baik di Seremban tuu.. moga dipermudahkan urusan SA sekeluarga...
Ooo..tak amek kopi Sarawak kaaa...Yaa.. Kena repeat la next timee..hehehe.. Saya pun belum sempat Makan minum situ.. Nanti la try sekali sekala..Huhu
ReplyDeleteTak Non, tengah cut kopi.. nanti jomlah lepak sama, aku cheat day nanti ..
Delete