ISTIADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-17. Daulat Tuanku!! Ini adalah salah satu dari keunikan Malaysia yang tidak dimiliki oleh negara-negara lain. Negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan secara bergilir setiap lima tahun..
Dan untuk tahun ini, kita akan meraikan upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang sedang bersiaran secara langsung ketika ini di Istana Negara.
Dan untuk tahun ini, kita akan meraikan upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang sedang bersiaran secara langsung ketika ini di Istana Negara.
Keberangkatan tiba semua kerabat diraja dan Yang Dipertua Negeri bermula jam 8.50 pagi itu disambut Menteri Komunikasi selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong Fahmi Fadzil dan isteri Azrina Puteri Mohamed Mahyuddin.
Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.
Motif gambir dan lada hitam yang cukup sinonim dengan Johor buat pertama kalinya diangkat menghiasi tengkolok atau destar Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.
Kedua-dua motif itu merupakan komoditi yang popular pada era Sultan Abu Bakar dan disifatkan sebagai memberi tuah dan kekayaan kepada negeri itu.
Motif itu sehingga kini masih digunakan antaranya pada dokumen kerajaan, seni bina di bandar-bandar negeri itu termasuk Istana Johor.
Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri.
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Daulat Tuanku!
Dirgahayu Tuanku!
Sumber : Bernama & Awani
P/S : Siapalah make-up Permaisuri Agong, cantik berseri sekali.
Alhamdulillah dah Selesai Istiadat tersebut. Selepas Pahang kini Johor. Next?
ردحذفAlhamdulilah #agongkita ...
حذفPermaisuri Agong memang cantik kan.
ردحذفKann, harini bertambah tererlah kecantikkannya.. siapalah MUAnya kan..
حذف