JALAN-JALAN CARI MAKAN BERSAMA IBU MENGANDUNG. Lama dah plan dengan Yayayiyo ni nak keluar jalan-jalan cari makan dengannya, tapi ada jerr tak menjadi. Biasa kalau jumpa Yaya ni bila kami ada event sama, tapi sebab dah lama tak keluar pergi event sama-sama, so lama laa kami tak jumpa.
Baru ni Yaya tanya lagi bila nak keluar dan bila Sis free, kebetulan Sabtu baru ni Sis free dan Yaya nak datang amik Sis di rumah, so Sis ON aja laa, sebab Sis takde kereta, MiNi masuk bengkel.
Dah bagitau Yaya, keluar awal so kita brunch terus. Destinasi pit stop pertama kami di Ruang Makan. Tengok orang review macam best aja, so kita cuba. Menu lauk-pauk banyak (tak amik gambar sebab ramai orang) juga dessert-dessert dan kuih-muihnya. Pelbagai pilihan termasuk pilihan air balang.
Sis dan Yaya memang terus ceduk nasi dan lauk then terus duduk, nasib baik ada meja kosong, ramai orang tengah makan. Tunggu staff mereka datang kira tak datang-datang, so kami terus aja makan, masa nak bayar, kami tunjuk gambar makanan yang kami amik (better korang buat macamtu).
So far semua okkay, cuma komen Sis, susun atur lauk dan nasi tu agak menyusahkan orang nak gerak dan pusing amik nasi dan lauk. Dan harga pun boleh tahan yaa.. timun seketul tu rm50sen, petai sebiji RM50sen hahahahaha … total makan termasuk sepinggan kuih 5 ketul RM58 sekian ..
Dari Ruang Makan, kitaorang ke Kedai Manja Ku di Taman Rinting, Sis nak belikan Yaya hamper baby sebab fikir-fikir bilalah nak jumpa dia lagi, so beli sesiap dan serah terus kat Yaya. Sis suruh Yaya pilih, ikut scan baby, katanya baby Boy, so kita pilih color Biru.
Banyak sangat comel-comel semua, tak tau nak pilih mana, Yaya pun fening hahahahaha kalau boleh semua nak!. Geramm tengokk. Last-last Sis tunjuk satu tu, then Yaya suka! Alhamdulilah .. Belikan juga Cucu baju dua pasang.. dah alang-alang sampai kan, Nenek soping sekali.
Dari Manja Ku, kitaorang pergi Sakura Dessert di Kota Masai, nak mencari kudap-kudap buat lepak makan dan minum menghabiskan masa bersama. Pestime juga Sis sampai sini, padahal dekat jerr dengan rumah.
Sampai situ, fuhhh banyaknya makanan, masa mula Sis sampai, makanan atas meja tu 3 tingkat, kemudian turun ke 2 tingkat, lama-lama dah jadi setingkat, memang orang tak putus datang membeli, meriah!.
Sis beli Vietnam Roll dan Bubur Lambuk, Yaya beli Kerabu Ayam Lemon dan Durian Crepe, kebetulan ada meja di sediakan, kitaorang lepak duduk makan situ.
Dah lega sikit perut, kitaorang gerak, Yaya ajak ke Kafe Rumah Kopi 38. Sejak dah berpindah ke Kafe, Yaya belum pernah pergi, tapi sebelum-sebelum ni kami selalu lepak di Rumah Kopi 38 di rumahnya.
Haritu Sis cheat-day laa melayan Ibu Mengandung, so Sis order Kopi Sarawak yang jadi kegemaran Sis kalau ke Rumah Kopi 38 ni. Yaya amik air cokelat, nak beli dessert, memaaing perut dah full! So kami hanya duduk minum kopi sahaja.
Kami sembang lebih kepada macam Ibu dan Anak, Sis beri Yaya tips, petua penjagaan sebelum dan selepas bersalin nanti, bagi dia semangat untuk dia terua kuat membawa perut nanti. Now dah 7 bulan, di jangka bersalin penghujung bulan 8 nanti.
Lepas dah habis minum kopi, ajak Yaya ke ECO Plus sekejap, saja nak mencari mainan Cucu hahahaha. Lepas tu terus Yaya hantar Sis balik. Alhamdulilah sempat Zuhur di rumah dulu baru Yaya balik. Syukur, hari yang indah buat kami berdua.
Walaupun nampak penat dan mengah Yaya tapi dia okayy, Sis bagitau dia, lagi nak dekat bersalin ni, kena banyak bergerak dan berjalan, supaya senang nak bersalin, Yaya iyekan aja hahahaha..
Sis doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Yaya sebelum dan selepas bersalin nanti dan Yaya dan baby sihat sempurna semuanya, inshaallah .. terima kasih Yaya ..
P/S : Selamat berpuasa buat mereka yang berpuasa harini, inshaallah sama-sama kita ..
Amboi petai sebiji 50sen... melampau nau 😅 Bestnya ada geng JJCM. Geng JJCM saya semua bz time ni lepas tu sejak kena pantang makan ni mcm malas nak keluar makan pulak.
ReplyDeleteTau takper, timun tu haaa, seketul 50sen gak hahahaha
DeleteJom gather Jb jommm
Ingatkan Ibu mengandung tue Yana.he he he.
ReplyDeleteHahahah Yana dah pencen hahahaha
DeleteSebijiiiiii petai doang 50 Sen kak??? 🤣🤣🤣. Ya allah mahaaaaal. Saya kalo makan petai tuh bisa serenteng sendiri hahahahah.. Dah habis berapa dah 🤣😅
ReplyDeleteHahaha tau tak apa, kalau kita ni jenis makan berbiji-biji, baik bawa petai dari rumah hahahaha
Delete