KARI KEPALA IKAN JENAHAK RESEPI CHE NOM

Sis Lin
2
KARI KEPALA IKAN JENAHAK RESEPI CHE NOM. Sis ni orangnya suka masak dan mencuba resepi orang. Kadang-kadang merata Sis google dan cari resepi. Tapi Sis pilih yang mudah aja bahannya, jenis bahan timbang-timbang ni Sis malas, suka jenis yang guna sukatan. Cuma kadang tu laa, ikutlah resepi macam mana, tetap juga derhaka, last-last masak campak-campak aja kan. 

Baki kepala ikan yang kawan Suami beri dulu, ada baki lagi 4 ketul kepalanya Jenahak. Haritu dah Sis masak Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak, so kali ni Sis nak masak Kari Kepala Ikan Jenahak pulak, mesti sedap kan, nanti kuahnya cecah makan dengan roti atau lempeng, fuhhhh punah diet.. 

Bendi pun dah last tinggal beberapa batang aja, so Sis masukkan bendi yang tinggal. Selagi ada bendi, hari-hari menunya sayur bendi, kata anak bujang hahahaha.. Untuk resepi kali ni, Sis kongsikan Kari Kepala Ikan Jenahak resepi Che Nom .. 

Kari Kepala Ikan Jenahak Resepi Che Nom

Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak 

Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk kari kepala ikan:
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 sudu kecil halba campur
  • 3-4 biji bawang merah kecil
  • 2 biji cili hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air (untuk bancuh  rempah)
  • anggaran 1/4 cawan air pati asam jawa
  • 300g-400g /1 kepala  ikan
  • 1/2 cawan santan fresh atau 1/3 santan kotak kecil
  • garam secukup rasa
  • 10 batang sayur bendi
  • daun ketumbar (optional)

Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk  kari kepala  ikan:
  1. Hiris nipis bawang merah kecil dan hiris kasar bawang putih beserta halia.
  2. Tumbuk atau kisar bahan hiris kasar sehingga halus.
  3. Belah cili hijau dalam dua bahagian lalu potong memanjang dan hiris kasar sebiji tomato.
  4. Panaskan minyak lalu masukkan halba campur. Tumis bawang merah kecil hingga kekuningan.
  5. Selepas itu, masukkan cili hijau, bahan tumbuk, daun  kari dan tomato. Kacau kesemua bahan sehingga naik bau dan tomato menjadi layu.
  6. Bancuh pekat  rempah dan serbuk cili bersama sedikit air.
  7. Tuangkan sekali bancuhan  rempah bersama bahan tumis dan tambah sedikit air menggunakan bekas bancuhan rempah. Masak sehingga kari pecah minyak.
  8. Masukkan air asam jawa dan tambah air dua-tiga kali sehingga rempah betul-betul masak. Jika tidak, rasa  kari akan menjadi tidak sedap.
  9. Kemudian, masukkan kepala ikan dan renehkan sehingga ia masak.
  10. Masukkan sedikit santan dan tambah sedikit air.
  11. Taburkan garam secukup rasa.
  12. Masukkan bendi dan batang ketumbar (pilihan). Teruskan memasak kari sehingga bendi agak layu.
  13. Kari kepala ikan siap untuk dihidang dan dihias bersama daun ketumbar (pilihan).

Tip:
 Kari kepala ikan jika dimasak awal dan lagi lama dipanaskan,  kuahnya akan menjadi lebih sedap.

Selamat mencuba .. 


P/S : Semalam Suami mancing dapat ikan tenggiri bedar dan ikan cencaru, sedapnyaaaa masak berlado kannn.. 

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Telan air liur tengok kari ikan dengan bendi. nak kena pergi cari ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Inshaallah one day ko datang Johor aku masakkan ...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!