KELEBIHAN BACA SURAH AL KAHFI SETIAP HARI JUMAAT. Hari Jumaat sangat sinonim dengan amalan membaca Surah Al Kahfi. Tapi apa kelebihan surah ini sehingga ianya menjadi satu galakan pada setiap hari Jumaat?
Surah Al Kahfi adalah surah yang ke-18 dalam turutan surah-surah di dalam Al Quran dan mempunyai 110 ayat. Nama surah ini diambil sempena kisah utama dalam surah ini sendiri iaitu kisah pemuda yang tertidur di gua (kahfi) selama 309 tahun selepas mereka melarikan diri daripada pemerintah yang kufur pada ketika itu.
Sebenarnya terlalu banyak hadis-hadis sahih yang membicarakan tentang kelebihan surah ini. Antaranya adalah :
Pertama : Disinari cahaya di antara dua Jumaat
“Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat” (HR An-Nasa’i dan Baihaqi)
Kedua : Diampuni dosa di antara dua Jumaat
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” (HR. Abu Bakr bin Mardawaih.
Ketiga : Dilindungi dari fitnah (ujian) Dajjal bagi yang membaca sepuluh ayat terawal
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan Surah Al Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal” (HR. Darimi)
Keempat : Dilindungi dari fitnah (ujian) Dajjal bagi yang menghafal sepuluh ayat pertama \ terakhir
Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi saw bersabda, “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari Surah Al Kahfi, nescaya dia akan terlindung(HR. Darimi).
Banyak rupanya kelebihan-kelebihan Al Kahfi ni. Rugi sangat kalau tak berusaha untuk lazimi surah ni setiap hari Jumaat.
Dalam pengiraan waktu dan hari mengikut kalendar Islam, yang dimaksudkan dengan baca pada hari Jumaat ialah bermulanya pada waktu Maghrib hari Khamis sehingga sebelum Maghrib hari Jumaat.
Jadi, bila bermulanya azan Maghrib hari Khamis, anda bolehlah mula membaca Surah Al Kahfi ni bagi mendapatkan kelebihan-kelebihan seperti yang telah dinyatakan dalam hadis-hadis di atas.
Jangan buang masa lagi. Jom ambil Quran masing-masing dan habiskan baca Surah Al Kahfi. Kalau mampu, lagi bagus dapat hafal, faham, amal dan sampaikan kepada orang lain juga.
P/S : Anda buat Anda dapat.. Salam Jumaat 🤍
Banyak kelebihannya sayangnya kadang kita terleka dengan kesibukan duniawi.
ردحذفBegitulah Kak, sama-sama kita cuba amalkannya ..
حذفTk perkongsian bermanfaat
ردحذفSama-sama, moga bermanfaat buat semua ..
حذفPerkongsian yang bermanfaat.
ردحذفAlhamdulilah ..moga mendapat manfaatnya ..
حذفAissssh, saya membaca surah ini setiap jumat tapi bermula dari subuh, lalu tamat saat magrib. Jadi sebaiknya sebelum magrib sudah tamat ya kak?
ردحذفSebenernya memang saya biasakan sangat utk baca al Kahfi setiap jumat. Tapi tuh lah, belum bisa rutin. Benar2 nak saya biasakan mulai sekarang
Iyaa Fanny, lebih elok di baca sebelumnya..
حذفMoga bermanfaat buat kita ya Fanny istiqomah ..