KHASIAT MEMAKAN SAYUR BENDI

Sis Lin
8
KHASIAT MEMAKAN SAYUR BENDI. Siapa sini suka makan sayur bendi? Kalau korang jiran dengan Sis, boleh Sis beri bendinya, sebab di rumah ni banyak stok. Sis beli dengan kawan Sis fresh dari ladang. Kawan bru petik terus hantr ke rumah Sis. 

Esok pun katanya ada petik bendi lagi, kawan Sis hanya jual mulut ke mulut aja dengan kengkawan, tapi kalau ada kedai makan nak borong di alu-alukan katanya. PM tepi jika berhajat. Dah 3 kali Sis masak sayur bendi ni. Haritu celur Sis merath cecah sambal belacan. Semalam celur juga buat makan dengan Sayur Pecel, harini masak lagi buat Asam Rebus Bendi, sedap betul.. 

Khasiat Memakan Sayur Bendi
Berbudi dengan tanah, hasilnya lumayan, alhamdulilah

Dulu-dulu Sis tak pandai makan sayur bendi ni, jujurnya Sis geli tengok lendirnya. Nak di jadikan cerita, permulaan Sis makan bendi ketika itu Mak Sis masak asam rebus bendi letak daun selasih. Masa kuahnya mendidih, bau dia kemain sedap, sangat menyelerakan. Tanya Emak masak apa, dia kata masak asam rebus bendi. 

Masa makan, Sis nampak Emak ceduk dalam mangkuk, kemain lazat Sis tengok, Sis hirup kuahnya waduh sedap betul. Then Sis amik sebatang bendi dan cuba makan, ternyata sedapnya Ya Allah huhuhu.. dari situ terus Sis dah mula suka makan bendi hingga ke harini. Emak kata bagus makan bendi, banyak khasiat. 

Asam Rebus Bendi
Asam Rebus Bendi

Resepi Asam Rebus Bendi

Bahan-bahannya :
● Bendi - Di potong dua dan di bersihkan
● Bawang merah*
● Bawang putih*
● Lada merah*
● Ikan bilis*
● Asam keping atau asam jawa
● Garam secukup rasa
● Air secukupnya

Cara-cara memasaknya :
1. Masukkan bahan bertanda (*) ke dalam periuk
2. Masukkan air dan asam keping/aam jawa secukupnya
3. Biarkan mendidih
4. Bila dah mendidih, masukkan bendi
5. Masukkan garam dan perasa secukup rasa
6. Biarkan seketika sehingga bendi empuk
7. Angkat dan hidang

Khasiat Memakan Sayur Bendi

Sayur bendi, atau okra, merupakan sejenis sayur yang mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Salah satu kebaikan utama memakan sayur bendi adalah kandungan seratnya yang tinggi. Serat memainkan peranan penting dalam melancarkan sistem pencernaan, mencegah sembelit, dan mengurangkan risiko penyakit usus besar. 

Sayur bendi juga rendah kalori, menjadikannya pilihan yang baik untuk individu yang ingin mengawal berat badan. Selain nutrien penting tersebut, sayur bendi juga mengandungi antioksidan lain seperti flavonoid dan polifenol yang dapat melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan. Antioksidan ini berperanan dalam mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser.

Secara keseluruhannya, sayur bendi adalah sayuran yang kaya dengan pelbagai nutrien yang memberikan banyak manfaat kesihatan. Dengan menjadikannya sebahagian daripada diet harian, kita dapat menikmati kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai penyakit. Oleh itu, amalkan pengambilan sayur bendi dalam hidangan harian korang untuk menikmati semua kebaikannya.


P/S : Terus tak jadi masak Mee Kari harini hahahaha ... 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. SA suka bendi...sygnya Kita jauh..hahaha..PZ tengahari semi benih bendi sis..nanti bleh la SA petik bendi plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa kalau dekat dah ku beri sebungkusnya ...

      Delete
  2. tak tahu lah sejak bila suka makan bendi tapi rasanya sejak zaman belajar lagi. lagi berlendir, lagi sedap haha. selalu buat goreng dengan telur tak pun rebus pastu cicah sambal belacan sebab buat menu tu je tak hilang sangat lendir dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Sis pulak kalau boleh taknak lendir-lendir tu, rasa geli hahahahaha...

      Delete
  3. My fav, bagi sepokok pun boleh habis rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau kawan tu ada petik, Lin hantar ke Akak yaa..

      Delete
  4. Suka makan bendi yang letak dalam kari @ gulai. #layan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!