MAKAN ASAM PEDAS D'LAKSA DI AEON TEBRAU JOHOR BAHRU

Sis Lin
8
MAKAN ASAM PEDAS D'LAKSA DI AEON TEBRAU JOHOR BAHRU. Lama nak cuba, tapi belum kesampaian, sebab Sis dah jarang ke AEON Tebrau tu. Tapi bila asyik lalu-lalang aja video orang makan asam pedas D'Laksa ni, memang tak boleh nak tahan dah. Kebetulan Jumaat lepas Sis keluar dengan Geng Bas Sekolah, Sis ajak Ima keluar awal dan pergi AEON Tebrau ni makan tengahari dulu. 

Perjumpaan Hi-Tea GBS kami sebelah petang selepas solat Jumaat, so sempatlah Sis dan Ima keluar dan makan dulu di sini. Ima pun pestime juga nak mencubanya. Sis pun tak tau laa, di Johor ni di mana ada lagi cawangan Asam Pedas D'Laksa ni, yang Sis tau, so far hanya di AEON Tebrau sahaja. 

Makan Asam Pedas D'Laksa Di AEON Tebrau Johor Bahru

Makan Asam Pedas D'Laksa Di AEON Tebrau Johor Bahru

Pilihan asam pedasnya hanya ada 3 pilihan, iaitu; Asam Pedas Ikan Pari, Asam Pedas Ikan Tenggiri dan juga Asam Pedas Udang (sedap ke ek udang masak asam pedas). Semua terjual dalam bentuk ala-carte RM12.90 tapi kalau korang beli set RM19.90, pun ada, lebih jimat, sekali dengan nasi dan juga minuman. 

Menu ala-carte lain RM5.90, antaranya; Sayur Pak Choy, Sayur Bendi, Sayur Taugeh dan juga Tauhu Goreng dan Telur Dadar, dan yang pasti, sambal belacan dia sedap gilerrrr... Set nasinya pun lengkap dengan timun, salad dan juga telur asin. 

Makan Asam Pedas D'Laksa Di AEON Tebrau Johor Bahru

Makan Asam Pedas D'Laksa Di AEON Tebrau Johor Bahru

Korang order di kaunter, kemudian tunggu sehingga menu korang siap, mereka masak panas-panas lagi, bukan yang dah tersedia ya. Memang puashatilah. Sis dan Ima amik Asam Pedas Ikan Pari dan size ikannya memang agak besar juga potongannya, puas makan, isinya lembut dan ikannya fresh. 

Jujur cakap, memang kuah asam pedasnya sedap, terasa asam dan juga rasa pedas ladanya, ada daun kesum juga bendi dan kuahnya tidak terlalu pedas sangat. Tauhu Goreng bersama sambal belacan tu pun sedap, sayur pak choynya pun sedap, tak lokek minyak bawang putih yang di curahnya, sangat sedap. 

Makan Asam Pedas D'Laksa Di AEON Tebrau Johor Bahru

Makan Asam Pedas D'Laksa Di AEON Tebrau Johor Bahru

Next time Sis nak bawa Suami pula makan di sini, mesti Suami suka akan rasa asam pedasnya, sebab Suami agak cerewet bab makan asam pedas ni, tapi tekak kami sama, so kalau Sis kata okay, mesti di tekak Suami pun okay. Ingat nak ajak harini, tapi tadi dah makan Nasi Padang dengan Suami hehehehe.. 

Korang kalau nak cuba, Sis sangat rekemen, cubalah tapi korang google laa cawangan mana yang berdekatan korang. Kalau mereka yang berada di Johor, setahu Sis Asam Pedas D'Laksa ni hanya ada di AEON Tebrau sahaja, di area food court, silalah pergi dan mencubanya yaa .. 


P/S : Harap-harap masa korang cuba, sama sedapnya masa Sis makan yaa hahahahaa ... 

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ako bkn pengemar asam pedas tapi kalau asam pedas tu mmg betul2 pedas berbanding masam nya ha mmg bolejadi bertambah2 nasi tu heheh :p

    ردحذف
    الردود
    1. Waa ko suka pedas ek, boleh rasa asam pedas aku nanti hahahaha..

      حذف
  2. Nampak pekat kuahnya tu. cie makan asam pedas pari. Tapi bukan favourite la.

    ردحذف
    الردود
    1. Pekat dan rasanya sedap Cie.. Boleh cuba kalau ada berdekatan...

      حذف
  3. Nampak sedap ni Sis Lin. Tadi pun makan tengahari pun asam pedas gak....

    ردحذف
  4. Baru lepas makan Asam Pedas juga di Melaka.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!