MAKAN-MAKAN DI MATHAF BERSAMA BLOGGER NONA!

Sis Lin
10
MAKAN-MAKAN DI MATHAF BERSAMA BLOGGER NONA!. Apa itu MATHAF? MATHAF adalah singkatan dari nama Malaysia Thailand Halal Food Festival yang sedang berlangsung di dataran Mydin Taman Rinting bermula 12 Julai hingga 21 Julai ini. 

Ini kali kedua Sis pergi. Kali pertama haritu pergi dengan Suami, semata nak beli Sotong Buncit Garagon yang berharga RM25 seekor tapi memang sedap, penuh telur sotong dalam perutnya. 

Ada juga beli makanan lain termasuk Sup Campur dan Mee Celup. 

Sotong Buncit

Sotong Buncit

Dan malam semalam Sis ajak Nona Sani teman Sis ke sini lagi untuk mencari makan berbuka puasa. So masa azan Sis hanya minum air dan makan 2 ulas durian sahaja. Di MATHAF baru kami makan. 

Sis dan Nona beli makan dan duduk makan di situ. Lama juga kami duduk lepak hampir 2 jam ekk Nona hahahaha. Lagi duduk lagi nak makan itu ini. Nona tu yang katanya diet, tiba-tiba lupa ingatan hahahaha.. 

Makan-Makan Di MATHAF Bersama Blogger Nona!

Makan-Makan Di MATHAF Bersama Blogger Nona!

Antara makanan yang kami beli, Vietnam Roll Udang RM15, Kerabu Suun Sotong RM10, Kerabu Maggi Sotong RM10, TongMo 3 RM15, Cucuk-Cucuk 3 RM15, Kerang Rebus RM10, Air Longan 2 RM20, Corn Ribs RM10 dan Cucur Jagung RM10. 

Nampak jer banyak tapi makanannya ringan-ringan untuk meratah jerr. Borak-borak, licin semua. Yang tak habis, Nona bawa balik. Tapi puashati, semua yang kami makan semua not bad sedapnya, tekak boleh masuk. 

Makan-Makan Di MATHAF Bersama Blogger Nona!

Makan-Makan Di MATHAF Bersama Blogger Nona!

Tapi paling best beli Air Longan fresh tu, sedap betullah! Buah longannya fresh dan tidaklah terlalu manis. Manis-manis buah gituhh.. tapi memang sedap!., 

Makin lama duduk makin macam-macam nak makan, sebelum kembong baik kita balik Nonnn oii hahahahaa.. Nona soping gak Jajan Viral Hatyai. Nak beli jeruk macam tak menarik pulak, so tak beli. 

Masa balik kami tak terus balik… 
.. habis tu kemana? 
Tunggu next posting ya! Hahahaha ..


P/S : Agaknya kalau pergi Hatyai dengan Nona ni, memang makan aja kerjanya ekk hahahaha .. 

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedap sedap la menu yang kita belii! Puas hati datang.. Memang hancuss diet malamku..hahahaha.. Thanks sis ngajaknya..harini repeat lagi lahh.. Makan aiskrim kelapa pulak...Kah kah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nona puashati makan kann, jomlah kita repeat lagi sebelum habis festivalnya..

      Delete
  2. Nanti nak plan g Hatyai..Hahaa

    ReplyDelete
  3. Bestnya, kalau dekat tu nak join sekaki jugak biar hancuss diet berjemaah! 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, lagi ramai lagi best gituhhh hahahahaha

      Delete
  4. Kat sini femes dgn Pasar Saloma. 3 hari berturut aku pergi jln2 cari makan. Entrynya hujung bulan ni (auto update) yg berderet. He he.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti banyak engko beli dan makan kan hahahaha

      Delete
  5. Seruuuuu 😍😍. Apalagi banyak pilihan ya kak. Paliiing suka saya ke tempat begini. Dan kuliner Thai memang lah fav sangaat 😁❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Fanny, sama Sis, suka pergi festival macam ni, banyak pilihan ..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!