MENU BERBUKA PUASA SEMALAM ASAM PEDAS IKAN PARI. Selagi ada daya dan jika tidak kemana-mana, Sis berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Alhamdulilah Allah beri kesihatan yang baik setakat harini. Cuaca pun elok aja, Pasir Gudang hari-hari hujan, ada juga time panasnya, tapi buat masa ni memang hujan hari-hari.
Semalam menu berbuka puasa, Sis masak Asam Pedas Ikan Pari beserta Pecel Sayur untuk Sis. Anak bujang tu tak pandai makan Pecel-pecel gini, tapi Sis buat lebih dan beri pada jiran sedikit. Tapi lauk asam pedas ikan pari tu memang kegemaran kami anak beranak.
Ikan Pari tu Suami beli di Econsave Pengerang sebelum kami balik ke Pasir Gudang dari jalan-jalan ke Desaru Mini Zoo tu. Sis belanja sekali barang dapur dan basah untuk rumah. Suami buat masa ni dia stay di Pengerang sebab plant tengah shutdown, nak ulang-alik memang jauh ke Pasir Gudang tu, kesian.
Sis pulak buat masa ni memang tengah takde event, jemputan event tu ada, cuma Sis tolak, entahlah nak berehat sekejap dan tumpu pada blog ni aja. Lebih suka menulis tanpa rasa terdesak dengan draft dan due date. So memang Sis habiskan masa aja di rumah, masak, tonton Netflix, baca buku dan mengadap blog ni.
Asam pedas semalam sedap, ladanya tak pedas, ikannya pun lembut, cuma potongan ikan parinya agak besar-besar, Sis nak potong kecil macam terlalu kecil, so Sis biarkan aja seketul-seketul begitu. Sayur bendi banyak, Sis beli dengan kawan yang baru petik dari kebunnya, tapi Sis tak masukkan dalam asam pedas tu, Sis hanya celur aja bendinya dan makan ratah bersama Pecel Sayur.
Muda-muda bendinya, sekilo kawan jual RM7 sahaja. Sis beli 4 kilo, dan Sis bagi-bagikan kepada jiran. Bagus makan bendi ni tau, boleh ubat sakit lutut. Lagipun kan bagus makan sayur lebih, awet muda hahahaha..
P/S : Harini rasa nak masak Mee Kari laa, sedapnyaa ..
Laaa.. sama kita Lin semalam masak Asam Pedas Ikan Pari. Tapi akak letak daun limau putu, takde daun kesom. Pernah lalu econsave Pengerang yg kat tepi jalan sangat tu kan, tak berpagar econsave tu.
ردحذفLimau purut bukan putu, typo, hahaha.
حذفLama tak masak asam pedas ikan pari ni Kak, bila jumpa memang daku beli..
حذفBetul Kak, Econsavenya tepi jalan aja begitu.. luas dan bersih ..
sama lak menu kita semalam Lin, kak ana masak asam pedas juga tapi ikan keli :)
ردحذفWaaa sedap tu asam pedas ikan keli Kak ...
حذفPatutlah, banyak masa terluang sekarang ye. Apa pun yang penting happy & enjoy dengan apa yang dilakukan.
ردحذفIyaa begitulah.. habiskan masa di rumah, just love myself hehehehe
حذف