MINUM PETANG DI MELOR HOUSE BERSAMA GENG BAS SEKOLAH

Sis Lin
6
MINUM PETANG DI MELOR HOUSE BERSAMA GENG BAS SEKOLAH. Ini kali pertama kali Sis jejakkan kaki di Melor House by Nurul ni. Sebelum ni beberapa kali jemputan food review dari mereka Sis tak dapat join, tapi alhamdulilah kali ni Sis datang bukan jemputan food review tapi datang untuk meraikan birthday salah seorang Geng Bas Sekolah Sis. 

Mulanya Sis dah booking untuk table duduk di dalam, tapi ada salah faham pihak yang tolong booking, bila sampai katanya takde booking, maka table dalam semua full, terpaksalah kami duduk di luar aja, tapi okayy laa selesa juga dan view pun still cantik dan tidak panas dan luas mata memandang. 

Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Memang elok pun kami duduk luar, gelak mengilai memasing macam tak ingat orang kiri kanan belakang, bayangkan kalau kami duduk dalam hahahaha.. tapi suasana dalamnya lagi lawa. Cuma Sis tak amik gambar dalam sebab ramai kan, tak elok pulak, takut privacy pelanggan di ceroboh, gituhh.. 

Melor House by Nurul ni di buka seawal pagi. Mereka ada bufet sarapan. Harga Sis tak pasti berapa, korang boleh tengok di laman sosial mereka ya. Tapi Sis dan Geng Bas Sekolah datang minum petang aja, dalam jam 3pm kitaorang dah sampai. 

Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Tengok menu-menunya banyak juga pilihan. Yang bestnya memang Sis tau ada Laksa Johor, itu yang Sis nak cuba. Lain-lain menu ada Me Bandung, Set Nasi Berlauk, Roti Jala, Lempeng, Set Kuih-Muih, Dessert dan banyak lagi laa.. Kitaorang order pun banyak juga, memasing kebulur, cuma Sis dan Ima laa dah kenyang, sebelum ke sini dah bedal Asam Pedas D'Laksa hahahaha.. 

Sis suka layanan pekerja di Melor House by Nurul ni, sangat friendly dan sangat peramah. Bagus betul layanan mereka kepada pelanggannya. Servis pun cepat dan makanan di hantar dengan presentation yang mantap sekali. 

Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Kesedapan menu-menunya pun not bad, untuk Laksa Johor tu memang padu habis, sedap betul Laksa Johornya, betul-betul rasa rempah dan ikan dalam kuahnya, terasa memanglah itu Laksa Johor bukan rasa Mee Kari hahahahaha.. 

Set Minum Petang mereka untuk dua orang tu memang berbaloi-baloi, harga RM35 beserta minuman Kopi/Teh, dan menu dalam set tu semua sedap, terutama Cucur Udang dan Goreng Pisangnya, crispy dan cecah dengan sambal-sambal yang di sediakan memang mantap habis.. 

Pstt jangan lupa order Air Sirap Selasih Pandan dia, perghh sedap gilerrrr.. 

Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Selesai makan, yang kelakarnya memasing toleh dia, dia toleh dia, bukannya apa, kitaorang nak minta izin staffnya nak makan durian hahaha.. Salah seorang geng kitaorang beli durian dan bawa ke sana, lawak betul, kuat gilerrr bau duriannya sampai nak termuntah hahahaha.. mana taknya durian D13 dan durian ioi, giler pahit baunya.. 

Bila staff mereka kata BOLEH, haa kau apalagi memasing, makan durian macam tak makan setahun hahahaha.. uishh sedap betul laa weeyyyyy.. syukur alhamdulilah puashati dan puas makan durian kali ni, terima kasih Lily belanja kami semua makan durin mahal ni.. hahahaha.. meletop anak tekak .. 


Minum Petang Di Melor House by Nurul Bersama Geng Bas Sekolah

Untuk minum petang haritu, birthday boy,Izam yang belanja makan, alhamdulilah, terima kasih Zam, moga di murahkan rezekinya dan sihat-sihat selalu. Happy birthday yang ke 48 tahun hehehehe.. Seleai semua, apalagi, seisi bergambar lerr memasing yaa.. 

Next lepas ni kami plan nak makan-makan sempena menyambut kepulangan salah seorang sahabat kami yang tinggal di Mekah pulang bercuti ke Malaysia dan sambut birthday bulan Julai .. inshaallah .. moga semuanya sihat dan kita berjumpa berkumpul semuanya.. inshaallah ... 

Sayang korang dunia akhirat, sahabat syurga .. 

Melor House By Nurul 
No 16 jalan skudai straits view, 
Johor Bahru, Malaysia

Di Buka SETIAP HARI
Dari Jam 7am hingga 6pm
Contact : 013-600 1090


P/S : Staff mereka kata, kami semua tak macam 48 tahun, hahahahaha.. dah tua dah dikkk, jiwa jer masih muda hehehehe..

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Boleh masuk dalam list terjahan ni. Ops!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time ko singgahlah sini, ada kolam mandi juga kalau nak mandi hahahaha

      Delete
  2. OK nanti masuk dalam list kalau singgah ke JB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang Jb nanti bagitau, boleh kita pergi sesama yaaa

      Delete
  3. Melor House ni dulu kat bandar kan restorannya, dia buat bufet jugak utk bfast & lunch. Tapi masa tu nama lain, memang sesuai la skrg dia letak nama Melor House.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul Kak, now dia buat sebuah di sini pulakk.. cantik klasik tempatnya.. macam makan di rumah sendiri gaya dia..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!