NAIK BECA DI TENGAH BANDAR JOHOR?

Sis Lin
8
NAIK BECA DI TENGAH BANDAR JOHOR?. Korang ada tengok tak video Sis naik beca di tengah bandar Johor baru-baru ni? Yaa naik beca, jangan tak percaya Johor sudah ada beca, ingat Melaka dan Penang aja ke ada?. Jap, negeri lain ada beca juga tak? Hahahahaha.. 

Tapi teruja laa sebab bila kata Johor ni ada beca, wowww impresif yaa.. Masa mula Sis dapat jemputan perlancaran 'Trishaw Tales: JB Town Heritage Tour’ beca ni, terfikir juga, sekadar display aja ke atau nanti naik beca atau macam mana? Pastu fikir pulak, nak pusing mana aja naik beca dengan jalanraya bandar Johor yang sesak ni, hurmm. 

Naik Beca Di Tengah Bandar Johor?

Bila dah sampai di tempat kejadian, ooo betullah, ada beberapa beca di sediakan dan becanya sangat unik. Dari jauh dah nampak color oren-oren mewarnai beca yang menandakan kolaborasi Amari Hotel dan juga PS Holiday. Kalau korang perasan laa, Amari Hotel logo kan color oren. 

Sebelum perlancaran, kitaorang Media di sajikan dengan menu kudap-kudap dan juga Teh Tarik special di ruang masuk Level-1. Meriah suasana, ramai pengamal media yang hadir, antaranya team Visit Johor, DJ Lin dari BestFM, Keyin Saxephonist, Iskandarian dan lain-lain. Abang Penjara pun ada hahahahaha.. 

Naik Beca Di Tengah Bandar Johor?

Majlis di mulakan dengan ucapan aluan dari pihak Amari Hotel dan juga PS Holiday sebagi peneraju utama. Kemudian ada tarian Zapin dari anak-anak Sekolah Seni Johor. Dan seterusnya majlis perlancaran di mulakan. 

Becanya ada 5 aja, dalam hati, aku dapat ke tak ni naik beca hahahaha.. sekali nama Sis di panggil, woww teruja ko Sis meloncat terus naik becanya hahahaha.. naik berdua dengan Norfy dari Iskandarian. Memang pada masa tu dia beri peluang para pengamal media naik beca, untuk baca pengalaman dan juga untuk kasi feedback. 

Naik Beca Di Tengah Bandar Johor?

Yang menariknya, beca-beca yang di sediakan tidak sama sekali dengan beca di negeri-negeri lain tu ya. Beca Johor ni ada 20 gear speed dan juga tayarnya besar ukurannya (alamak Sis lupa), tayar yang lebar, ;ebih kukuh dan tebal. Keluasan tempat duduknya pun lebar dari beca biasa. 

Dan jika di perhatikan, di tepi kiri kanan beca itu adalah simbolik Kuda Kepang Johor, haa perasan ke tidak tuu.. dan lagi satu kalau korang perhatikan, driver beca tu di belakang penumpang, bukan di tepi penumpang ya. So lebih mudahlah korang nak bergambar, berborak dan duduk dengan selesa tanpa abang beca di tepi hahahaha.. 

Naik Beca Di Tengah Bandar Johor?

Kitaorang di bawa pusing bermula dari Amari Hotel kemudian melalui di tepi-tepi jalan menuju ke Galleria Kotaraya, Kuil India, kemudian terus ke Hua Mui Jalan Trus untuk pit stop pertama. Di situ kitaorang turun dan mereka ada sediakan Guide Tour untuk menerangkan sejarah-sejarah Johor di tepi Sungai Segget kikikiki..

Fikir lagi dalam otak, lepas ni naik balik ke becanya? (sambil lihat abang-abang beca terus berlalu pergi), nanti balik hotel naik apa? ahhh pikiran terus aku.. 

Panas cuaca tak boleh bawa bincang yaa.. ingatkan berdiri isitu 5 minit, sekali tunggu punya tunggu hampir 20 minit tak siap lagi penceritaan Guide Tour mengenai Johor, memasing dah berkerut dahi, last-last ada yang bersuara mau pulang sebab ada tugasan lain, nak taknak, kami semua di minta berjalan kaki menuju ke Kuil India tu, hurmmmm ..

Naik Beca Di Tengah Bandar Johor?

Naik Beca Di Tengah Bandar Johor?

Miss communication katanya.. spoil mood terus ketika tu.. tapi takpelah best juga masa jalan kaki tu, punya lama tak jalan-jalan di Sungai Segget tau, asyik naik kereta aja, so dapatlah lihat pemandangan bandar Johor dengan berjalan kaki ketika itu. Sampaikan terpinga-pinga juga lihat bangunan lama dan baru di Johor ni. Jakun kejap dah macam pelancong luar pulak Sis hahahaha.. 

Sampai Amari Hotel, kami di sajikan dengan Mini Buffet ala Hi-Tea. Jamahlah sikit makan-makan dan minum buat hilang dahaga, sambil berborak dengan pengamal media lain. Sambil tu kita luah feedback yang kita dah laluinya pada haritu, alhamdulilah mereka take in action dan akan take a noted. 

Naik Beca Di Tengah Bandar Johor?

Naik Beca Di Tengah Bandar Johor?

Buat pengetahuan korang, beca ni dalah kolaborasi Amari Hotel dengan PS Holiday untuk Stay-In di Amari Hotel. Bagi sesiapa yang stay di Amari Hotel akan dapat satu pakej naik beca ni. 

Tapi jika korang nak walk-in untuk naik beca, korang boleh datang terus ke Level-1 tu dan bagitau pihak yang bertugas korang nak naik beca, nanti mereka akan uruskan. Better korang call booking slot hari & masa dulu. 

Beca berjalan SETIAP HARI (mengikut slot masa)
Bayaran adalah PERCUMA . 

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila layari www.amari.com/johorbahru atau hubungi +60 7-266 8888. 

Video IG naik beca : IG akusislin
Video TikTok : TT akusislin


P/S : Rindu KOMTAR dulu, tempat Sis melepak ponteng sekolah hahahaha.. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. zaman-zaman sekolah je gigih jalan area2 tu semua.. zaman dah tua2 ni cam malam plak nak berpanas bagai hahaha tp beca tu menarik... ni akan ada sentiasa ke lin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Ret, lama gilerr ko tak jalan situ, sekali pergi jakun pulak aku tengok badar Johor sudah lain hahahaha

      Delete
  2. uyooo bestnya naik beca keliling bando weh!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Sangat unik Wak, lain dari yang negeri lain punya beca ..

      Delete
  4. Dah lama tak naik beca. Kali terakhir naik dekat melaka dengan najla dan mak dia. Beca hello kitty di malam hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa nanti ke Johor bolehlah naik beca ni pulak yaaa

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!