PAGI-PAGI DAH DUDUK DEPAN TV!. Harini seawal jam 6.30am Sis dah keluar bristwalk ke Bukit Layang-Layang, yer harini awal sikit sebab nak balik cepat nak duduk depan tv tonton istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong XVII.
Sampai rumah jam 8.15am macamtu, balik mandi terus ON tv bukak Astro Awani secara langsung. Then terus masuk dapur tengok apa yang boleh kita makan, sebab pagi tadi tak sempat nak rebus telur.
Lagipun nak makannya pun sorang, kita buat laa mana yang ado dan cepat di masak.
Tengok periuk nasi banyak nasi semalam. Pepagi sebelum keluar Sis dah keep warm kan, so elok laa sangat kalau buat Nasi Goreng. Bahan pun ada, so goreng aja laa nasi, kenyang sampai tengahari.
Bukak peti ais nampak baki Petai, Sis hiris-hiris then masuk dalam nasi goreng tu bersama ikan bilis goreng. Takde rencah lain, terlupa nak pecah telur, kacang panjang pun takde, takpe laa mana ada jer laa kita campak, jadi juga Nasi Goreng Petai.
Siap aja terus bawa ke depan, makan depan tv hahahaha. Tak senonoh ekk, alaa rumah aku, so what? Hahahaha .. now belum bermula lagi istiadat, sedang berlangsung sekarang ketibaan tiba Sultan-Sultan negeri dan seluruh kerabat, dif-dif kehormat juga VVIP semua.
Seronok tengok, Sis suka tengok gaya penampilan Permaisuri-Permaisuri semua. Tak berkedip mata tengok. Korang tak tengok ke? Rugi tak tonton, hujung minggu ni santai-santai jer relax depan TV, kang baru fikir nak masak apa.
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Baginda Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke-17.
Sembah takzim daripada admin @akusislin
#daulattuanku #agongkita
P/S : Tiba-tiba rindu Laki kita! 😆
Alhamdulillah
ردحذفBangganya raja kita jadi YDPA
Betul Wak.. #agongkita
حذفSamalah ni, Lin. Tengah duduk depan tv, hehe.
ردحذفRugi rasa tak tonton istiadat gilang gemilang penuh bersejarah ini kann
حذفHari ini pergi pusing2 Perlis.
ردحذفKemain.. dapat makan harumanis tak tu?
حذف