REZEKI HARI ASYURA. Hari Asyura, yang jatuh pada 10 Muharam dalam kalendar Islam, adalah hari yang penuh keberkatan dan makna. Umat Islam di seluruh dunia memperingati Hari Asyura dengan pelbagai amalan, termasuk berpuasa sebagai tanda kesyukuran dan mengingati peristiwa penting dalam sejarah Islam.
Puasa pada hari ini mempunyai kelebihan besar, antaranya adalah diampunkan dosa-dosa kecil setahun yang lalu. Selain itu, Hari Asyura juga memperingati penyelamatan Nabi Musa dan pengikutnya daripada kezaliman Firaun.
Oleh itu, Hari Asyura menjadi simbol kekuatan iman dan ketabahan menghadapi ujian hidup, mengingatkan umat Islam tentang pentingnya bersyukur dan beribadah.
Selamat berpuasa buat korang yang berpuasa harini, juga buat Sis sendiri, alhamdulilah Allah beri kesihatan yang baik untuk berpuasa harini. Lagipun memang takde apa-apa event, so relax di rumah sambil siapkan mengedit blog orang.
Dan harini seawal jam 3pm tadi Sis dah siap masak. Harini masak Kari daging Korban dan juga ada baki beberapa keping ikan merah, Sis rebus dan curah sos stim limau, nak buat ratah. Jadilah Ikan Stim Limau versi express!.
Lepas Asar tadi ada kawan mesej tanya ada rumah tak, Sis memang ada, katanya tunggu kejap, dia nak hantar barang. Sampai aja kawan tu, dia jinjing seplastik di tangannya. Terus hulur di pagar dan terus nak balik, nak amik anak sekolah katanya.
Sis beri juga kawan sebekas Kari Daging untuknya, kongsi rezeki. Sempat juga Sis buka plastiknya dan lihat, masaallah ada Botok-Botok Ikan Tenggiri dan juga sebekas petai dah di kupas, Allahuakbar, keduanya kesukaan Sis. Rezeki Hari Asyura boleh Sis buat berbuka puasa harini, alhamdulilah ..
Terima kasih Nor, moga di murahkan rezekimu selalu..
Menaip sementara tunggu Cikgu ngaji sampai..
P/S : Malam ni misi cari durian!! Arghh sedapnya..
tengok botok botok ni teringat arwah mak ako sbb dia sorang je yg suka botok botok ni.. n jiran lama ako mmg suka masak botok2 n share ngan kitrg..
ردحذفOoo ko pun tak pandai makan ke? Sedap Ret, aku suka, lagi banyak daunnya, lagi sedap...
حذفAlhamdulillah kat sini ada orang buka order kat group 'niaga' area Kelana Jaya dapatlah merasa bubur asyura versi utara.Nasib lah tak terlalu manis, jadi dapatlah menikmatinya dengan 2 kali hadap. ha ha ha. RM 12 juga sebekas.
ردحذفOoo aku try gak versi Asyura macamtu, tapi tekak tak boleh telan huhuhu...
حذف