SARAPAN HARI ISNIN. Assalamualaikum semua, moga semuanya sihat-sihat aja. Harini hari bekerja bagi negeri Johor tapi bagi sesetengah negeri-negeri lain ada yang cuti ganti sempena Awal Muharam semalam.
Suami Sis harini cuti, so pepagi lagi dah minta Sis buatkan Jemput-Jemput Ikan Bilis, katanya lama tak makan, okkayy baiklah, akan ku masakkan buatmu Suami tersayang.
Sambil buat Jejemput tu, nampak roti kosong ada 4 keping, sayang plak di biarkan, makanya Sis buat roti tampal telur 2 set, untuk Sis dan satu lagi untuk anak bujang. Jadilah sarapan hari Isnin kami Jemput-Jemput Ikan Bilis dan Roti Tampal Telur.
Harini ada urusan nak di uruskan. Nak hantar MiNi Sis servis, macam ada bocor entah apa tak tau laa, Sis bawa rasa tak best! So harini Suami cuti pergi hantar ke kedai. Sampai kedai, check-check kena tinggal MiNi Sis tu.
Nasib ada Viva, so pakailah Viva tu sementara waktu. Bersyukurlah masih ada kereta juga nak di guna. Kadang takde kereta susah juga yaa. Sis ni tak biasa naik Grab, berdebar-debat kalau nak naik Grab, tak tau laa kenapa hahahaha..
Macam-macam perasaan ada kalau naik Grab duduk berdua dengan drebar yang kita tak kenal, gitulah perasaannya. Lebih rela duduk rumah dari keluar naik Grab, huhuhuhu ..
P/S : Dalam hati ada taman 🤍
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.