SINGGAH KE LORONG SENI MASAI WAKTU MALAM. Sebenarnya waktu siang pun Sis tak pernah singgah dan ini kali pertama singgah di Lorong Seni Masai selepas balik dari MATHAF bersama Nona malam tadi.
Mulanya nak terus balik, tiba idea datang ajak Nona ke Lorong Seni Masai ni, sajer nak tengok apa yang ada. Kalau takde geng memang takdenya Sis nak menyinggah.
Nona pun pestima juga singgah dan baru tau di mana lokasi Lorong Seni Masai ni, next time dia kata nak datang lagi time siang. Boleh OOTD bebanyak katanya, sebab semalam pakai tak cantik, gituhhh hahahaha..
Pada 3 Ogos nanti, di Lorong Seni Masai ni akan di adakan event Saudagar Lorong Seni, dan akan di adakan pelbagai aktiviti dan juga jualan dan hiburan di sini. Comfirm laa meriah nanti.
Event tu berlangsung dari jam 2pm hingga 12am. Dan di anjurkan dengan kerjasama Tourism Johor dan pihak-pihak korporat dan NGO berkaitan. Korang kalau free 3 Ogos tu, jemputlah datang.
Memang cantik tempatnya, walaupun hanya lorong, tapi lukisan mural di semua dinding dan setiap sudut sangat menarik. Kalau korang pandai nak beraksi bergambar, pasti gambar korang cantik. Buat simpan kenangan.
Macam Sis dan Nona datang malam, so lighting tu tak berapa laa nak terang tapi still nampak lawa, pandai edit lagi mantap! Tapi malas Sis, sajer amik gambar bersama Nona jadikan kenangan kami. Just suka-suka..
Banyak lagi lukisan mural yang ada di situ tapi Sis tak amik semua, lagipun dah malam kan, malas pulak nak lepak bergambar situ lelama, dah lerr asyik gelak jer dengan si Nona ni, kang ada pulak yang memerhati, ahhh serammm ..
Program ini bertujuan untuk mempromosikan Lorong Seni Masai sebagai sebuah produk pelancongan baharu di Pasir Gudang khususnya dan Johor Bahru amnya.
Antara pengisian utama program:
1. Aktiviti Perniagaan Orang Muda Johor
2. Persembahan Muzik & Tarian
3. Pameran Hasil Seni
4. Demonstrasi Lukisan Mural
5. Konvoi Motosikal dan banyak lagi
Jom kita meriahkan!
Jumpa sana!
P/S : Port Nasi Padang paling best, semestinya di Masai hahahahaha …
Whoaaa.. Promotekan diri i sekali la..
ReplyDeleteHi, sy Nona.. sy single.. Tibberr! Memang nak kena gi lagi.. dapatkan cahaya siang pulak... Gituh!!! Dengan nak makan nasi padang sana.. sis g la bergambo ngn Encik Sabar 😂
Hahahaha engko ingat egen cari jodoh ke sini oiii hahahahah
DeleteBestnya sis. Cantik2 keseniannya. ;)
ReplyDeleteKannn, majulah Pekan Masai sekarang Ibu Sal ..
DeleteOk. Next time akan singgah sini kalau tersesat.
ReplyDeleteEngko kalau ke sini Shai, memang OOTD aja laa ko hahahaha
DeleteTempat seperti ini memang cuma cocok bagi yg suka foto 😁. Saya sendiri biasanya hanya jadi fotografer kalo ke tempat begini. Suami saya yg suka difoto. Saya sendiri tak terlalu suka 😅
ReplyDeleteBetul, mereka yang suka OOTD, amik gambar apa aja, sudah cantik kannn
Delete