SUKA CUCU AKU MAIN AIR DI WATER PARK LEGOLAND® MALAYSIA RESORT. Budak mana yang tak suka main air, jangankan budak, Mak Pak pun kalau di ajak main air, memang suka juga. Lagi-lagi kalau taman tema air gini, memang sesilap yang bawa anak-anak kena lepak dari pagi sampai ke petang laa gayanya, selagi tak puas.
Untuk kali ni Sis bawa Cucu, Yana dan anak bujang ke LEGOLAND® Malaysia Resort sempena Splash Carnival mereka yang berlangsung bermula 4th Julai hingga 4th Ogos. Dan bermacamlah aktiviti air berlangsung dan juga pada 13th Julai ni akan ada artis datang, Han Byul Oppa gituhhh.. siapa nak jumpa Oppa, silalah datang pada date tu yaa..
Balik dari majlis perkahwinan di Rumah Abang Jamil tu, kami terus ke Legoland, cuaca pulak kus semangat kemain panas, tapi baguslah panas dari hujan, kalau hujan, nanti semua tempat main air mereka tutup, hujan aja takpe, tapi kalau guruh petir, terus tutup semua huhuhu..
Cucu dah kemian excited bila nampak bebudak berlari main air, terkinja-kinja dia atas dukungan Uncle Mat dia. Sebelum tu, kami sewa locker dulu, size besar RM40. Kemudian salin pakaian mandi dan barulah masuk ke taman tema. Korang nak bawa bag pun boleh, tapi kalau malas nak hangkut, simpan locker.
Masa ni jam dah hampir jam 12.30pm, orang dah ramai dah, sesak mata tengok ramainya manusia dalam air tapi masih ada ruanglah nak duduk dan bermain air. Sis tak mandi, hanya anak bujang dan Yana aja yang duduk melayan Cucu Sis.
Dari satu tempat ke satu tempat kitaorang pindah dan bermain. Cucu dah happy sangat dah, dari mata mengantuk nak tidur terus segar biji matanya hahaha.. bab main air dia memang suka. Paling dia suka masa Yana dan Uncle Mat dia bawa masuk naik pelampung tu, terkepak-kepak kaki dan tangannya dalam air kata Yana hahaha..
Tu kalau Ayah dia ada, mesti happy tengok anaknya, menantu on-duty so tak dapat nak join, tu yang anak bujang ikut sekali. Penat bermain kitaorang beli makan guna baucer dan kali ni pestime nak makan ayam goreng Legoland, cuma tak amik gambar pulak hahahahaha.. tapi sedap wooo.. next time boleh makan lagi ayam dia..
Lepas makan, siap solat semua, sambung lepak main air lagi sementara tunggu show parade all star dia. Masa show tengah berlangsung, tiba-tiba semua di arahkan naik atas, wisel sana sini kedengaran, entah kenapalah agaknya. Selesai aja show, memang kosonglah dalam kolam mandi besar tu, semua orang duduk tepi. Pelik juga kenapa ek?..
Sis datang dekat dengan salah seorang crew dan Sis bertanya, kenapa? Dia kata, crew belakang jumpa ketulan taik, ada orang buang air besar dalam tu, hahhhhh???? biar betul? So mereka kena tukar cuci airnya dulu.. astaghfiruallah, boleh macam tu ekkk.. buat susah orang aja, kot ye pun nak berak, pergilah tandas oiiii.. pengotor betul..
Dah gitu, terus aja lah kami balik.. tak tau laa berapa lama proses pembersihan air di jalankan, cuaca pulak tetiba mendung, so kami balik jer... balik dengan muka ada senyumm itu budakk hahahahahaha.. next time Nenek bawa lagi yaaa..
P/S : Rezeki Cucu dapat sambung keseronokkan di Legoland .. alhamdulilah ..
seronok nau dia yer.. budak-budak jumpa kolam memang suka laa kan :)
ردحذفIyaa Kak Ana, tu belum pandai cakap, esok-esok dah pandai, mau taknak balik hahahaa
حذفWeii jap ako gelak besar dl... adoii taik anak sape tu oiii!!!! Haha kot dh x tahan patut kluar la dr pool tu dl... adoiyaiii haha ok smbg gelak jap .. 😆
ردحذفTau takpe, terkejut aku dengonya, boleh dia berak dalam kolam tu oii hahahaha
حذف