TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SEMUA

Sis Lin
4
TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SEMUA. Hujung minggu baru ni begitu padat jadual Sis dengan memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak-anak sahabat Sis dan juga sahabat Sis yang melangsungkan perkahwinan. Dua majlis di Rumah Abang Jamil berturut-turut, dan satu majlis di Danga Convention Centre

Jumaat Sis habiskan masa minum petang bersama Geng Bas Sekolah di Melor House. Sabtunya Sis hadir di dua majlis perkahwinan anak sahabat Sis,Nanu (jiran Bukit Indah dulu) di Rumah Abang Jamil dan kemudian ke Danga Convention Centre untuk hadir di majlis persandingan sahabat Media Iskandarian,Salamahafifi. 

Seawal pagi Sabtu Sis dah ke Rumah Abang Jamil dan kali ni Sis datang berseorangan, sebab Suami kerja di Pengerang tak dapat nak ikut sekali dengan Sis, anak bujang pula ada jemputan majlis kahwin juga, so seorang pun okay aja Sis, tapi sampai sana, meriah jumpa semua kengkawan Geng Setaman. 

Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Buat Semua
Pelamin Rumah Abang Jamil (pinjam gambar kawan)

Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Buat Semua
Bersama Geng Setaman Bukit Indah. Tahniah Nanu terima menantu ..

Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Buat Semua
Sama cantik sama padan psangan mempelai, tahniah FiFi & pasangan.

Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Buat Semua
Tak dapat nak bergambar dengan pengantin, kita bergambar berdua aja laa

Pantang memasing jumpa memang bergambar dululah, tapi Sis sebab rushing nak ke majlis lain, so Sis makan dulu, habis makan baru bergambar hahahaha.. itu pun nak cepat di tarik-tarik dengan geng ajak bergambar .. 

Dari Rumah Abang Jamil terus ke Danga Convention Centre berjanji dengan Farahuda di sana. Masa kitaorang sampai pengantin belum sanding, so kami makan dan tunggu pengantin bersanding. Ada Laksa Johor, tadi dah makan nasi, di sini kita makan Laksa Johor pulak. 

Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Buat Semua
Rumah Abang Jamil lagi hahahaha

Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Buat Semua
Tahniah Kak Johana terima menantu lagi

Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Buat Semua
Dulu kecik je memasing, sekarang dah Mak-Mak

Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Buat Semua

Esoknya Sabtu, sekali lagi ke Rumah Abang Jamil hadir ke majlis perkahwinan jiran setaman Bukit Indah dulu, Kak Johana. Kali ni Sis bawa Yana dan Cucu juga anak bujang sekali, sebab lepas tu kami nak ke Legoland Water Park Karnival .. 

Kalau semalam majlis Nanu takde Laksa Johor, esoknya majlis Kak Johana di Rumah abang Jamil ni ada Laksa Johor, memang Sis tak makan nasi, terus amik dua mangkuk Laksa Johor makan hahahaha.. puashati dah tiga hari berturut-turut makan Laksa Johor. 

Kali ni lepak lama sikit bersembang dan bergambar dengan Geng Setaman semua. Lagipun nak tarik masa sikit tengok cuaca panas gilerr nak gi Legoland huhuhu. Cucu pun elok tak meragam, Yana pun jumpa kengkawan dia, so Sis tak rushing laa, dah macam majlis sendiri ekk, tak ingat nak balik hahahahaha.. 

Apa pun, tahniah buat Nanu & Kak Johana terima menantu, juga buat Fifi.. selamat pengantin baru buat semua. Moga mahligai yang di bina akan kekal bahagia berkekalan hingga ke Jannah, aamiinnn.. 


P/S : Time kenduri macam ni laa jumpa kengkawan semua.. meriah suasana .

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Betul betul bila ada kenduri je br dpt jumpa kengkawan kan hahaha..ni bila ntah kita² nak jumpa reramai lg :p

    ردحذف
    الردود
    1. Iyaaa.. meriah suasana sampai lupa majlis orang hahahahah
      Pstt tunggu tahun depan kita kumpul lagi reramai ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!