AYAM MASAK KICAP PEDAS UNTUK TETAMU SEMALAM

Sis Lin
2
AYAM MASAK KICAP PEDAS UNTUK TETAMU SEMALAM. Masa melawat Cucu Sis di Hospital KPJ Pasir Gudang kelmarin, kebetulan kawan-kawan Yana juga ada datang melawat sekali, Ira dan si cantik manis Erin. Mereka ni dah macam anak-anak Sis juga, so bila kata mereka rindu nak makan masakan Emak, Sis pun pelawalah datang rumah semalam untuk makan-makan.

Kebetulan Cucu pun dah keluar dari Hospital dan semalam Yana hantar Cucu ke rumah Sis sebab nak settlekan customer dia nak test drive kereta, so sambil jaga Cucu, sambillah Sis memasak. Yana minta masakkan Ayam Kicap Pedas sebab katanya lama tak makan. Ira dan Erin tu makan aja apa yang Sis masak. 

Ayam Masak Kicap Pedas Untuk Tetamu Semalam

Bila menjaga Cucu ni, so timing masak tu kena adjust. Time Cucu leka bermain, Sis dah sesambillah siapkan bahan. Yana mintak ayam kicap pedas tapi taknak ayamnya di goreng, just nak terus masak reneh aja katanya, lagi senang kerja Sis, so sambil mereneh ayam bolehlah tengok Cucu.

Nasib juga bahan semua ada, so nak memasak tu jadi mudahlah. Nak lawankan menu Ayam Kicap Pedas tu, Sis goreng Sayur Kacang Tumis Telur, goreng Ikan Asin, ulam Timun dan Sis buat Sambal Getok. Memang sedaplah makan lawan dengan sambal tu haa, pedas-pedas manjah ajaaa.. ikutkan nak lagi pedas tapi takut pulak bebudak tu tak boleh makan hahahaha.. 

Ayam Masak Kicap Pedas Untuk Tetamu Semalam

Suka tengok mereka makan, nampak memasing lapar betul nauuu. Ira jenis selamba dekkk, Sis suka cara dan gaya dia sebab jujur sangat orangnya. Sedap dia kata sedap, tak sedap pun dia kata sedap hahahahaha.. Erin pulak macam malu-malu, maklumlah muda mudi, kurus sepapan pulak tu, so makan pun tak banyakkk.. Ira tukang perabis hahahaha.. 

Ajak sekali menantu datang makan. Lepas solat Jumaat menantu sampai. Menantu suka kalau lauk ayam gini, memang Sis masak banyak, biar puas makan bertambah. Lepas makan berborak laa memasing sambil dengar apa jerr laa colotehnya si Ira. Ada jer yang menghiburkan. 

Ayam Masak Kicap Pedas Untuk Tetamu Semalam

Petang tu Sis ada jemputan makan malam di St Giles Southkey JB, so dalam jam 5pm Sis dah bersiap nak gerak dan semua pun sekali keluar balik. Suami Sis pagi tu dah ke Paka, so Sis pergi sendiri aja laa, mulanya dah berjanji Suami nak teman, tapi last minit kena pergi Paka. 

Sis mesej Sunah dan ajak dia teman Sis makan malam semalam. Tak tau pulak dia dah balik Johor. Kemain bizi dia sekarang, nak duduk minum kopi pun tak nyempat-nyempat ekkkk.. terima kasihlah Sun yaa teman Sis semalam. 

Belum apa-apa, memasing Yana, Ira dan Erin dah minta menu lain pulak nak makan, Menu apa? Mereka nak Laksa Sarawak hahahaha.. okayyy next time oakayyyy.. 


P/S : Rasa letih badan, nak pi Spa manjakan diri laaa esok .. 

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Saya penasaran dengan sambal yg Kaka buat. Nampak sedap. Saya pun suka pedas soalnya 😍😍.

    Ayam kecap tuh pun sukaaa. Tp memang saya lebih suka kalo digoreng LBH dulu. Hanya saja dimasak langsung pun tak apa, yg penting pedas 🤭😍

    ردحذف
  2. Sambal ala seperyi sambal gesek Fanny, di gorengs emua kemudian di tumbuk.. Ayam tu ada masa di goreng juga dulu tapi masak atas permintaan, ini kali anak mau tidak di goreng

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!