CUCU MASUK HOSPITAL TERKENA JANGKITAN KUMAN PARU-PARU

Sis Lin
4
CUCU MASUK HOSPITAL TERKENA JANGKITAN KUMAN PARU-PARU. Selasa lepas pagi-pagi Yana dah bagitau nak bawa anaknya ke Klinik, tak jadi pergi Play School sebab Cucu Sis tu batuk tak baik-baik. Dan suhu badan panas. Kawannya Ira teman Yana. 

Tengah Sis nak masak, tiba-tiba Yana bagitau kena pergi Hospital sebab Doktor tengok banyak kahak dan penafasan Cucu Sis berbunyi. Sebab takut effect apa-apa, so Doktor cakap refer ke Hospital. Terus Yana ke KPJ Pasir Gudang

Bila kata Yana anaknya kena warded, apalagi, bergegas Sis bersiap terus ke Hospital. Ikan Ayam semua simpan semula dalam freezer, hati dah risau dengan keadaan Cucu. 

Cucu Masuk Hospital Terkena Jangkitan Kuman Paru-Paru

Sampai Hospital, terus masuk dalam bilik kecemasan. Nampak Cucu terbaring, sedihnya lahai hati Nenek. Kata Yana Khalish kena Neb setiap 2 jam untuk cairkan kahak. Dan kena warded nak X-Ray dan amik darah untuk ujian kuman. 

Sekejao tu Doktor suruh tunggu luar sebab Nurse nak cucuk pasang jarum drip, dari luar dengar tangisan Cucu Sis menjerit nangis, aishh Nenek pun sama nangis, Allahuakbar sian dia. 

Settle semua di wad kecemasan, terus dapat naik tingkat 7. Dapat bilik single. Yana balik rumah sekejap amik baju anak dan baju dia, Sis jaga Khalish di wad sekejap. Nasiblah tak meragam sangat Cucu. Bukak Youtube, senyaplah dia. 

Cucu Masuk Hospital Terkena Jangkitan Kuman Paru-Paru

Tengah layan Cucu, Suami call bagitau Abang Iparnya meninggal, Suami ajak balik Sabak Bernam petang tu juga. Terus Sis balik kemas-kemas baju. Terpaksalah tinggalkan Yana dan Cucu walau hati ni risau memikirkannya. 

Gerak dari Pasir Gudang hampir jam 9pm, terus ke Sabak Bernam, Sis drive dulu, kemudian tukar di KL Suami pula drive, tapi sampai Kuala Selangor Suami mengantuk, so kami singgah bermalam di Hotel sana. Esoknya baru gerak ke rumah Kakaknya Suami. 

Jenazah dah selamat di kebumikan lepas Isyak semalamnya, jadi kami hanya ziarah Kakaknya Suami dan ziarah kuburannya aja. Moga arwah Bang Sapuan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, aamiinn .. 

Cucu Masuk Hospital Terkena Jangkitan Kuman Paru-Paru

Dari kampung Yana update, Doktor jalankanlah kerjanya, semua di check-up dan prosedur pesakit semua berjalan terus. Memang ada kahak penuh di paru-paru bila Doktor tunjuk result X-Ray Cucu. Kuman dalam darah pun agak tinggi, so antibiotics kena masuk terus. 

Tiga hari Cucu warded, selesai buat psio semalam, petangnya Cucu dah boleh discharged. Doktor kata semuanya dah okkay cuma ubat kakak dan antibiotics kena terus makan. Syukurlah takde apa yang serius. 

Cucu Masuk Hospital Terkena Jangkitan Kuman Paru-Paru

Balik dari event Johor 1st Content Creator Convention di DoubleTree Johor Bahru semalam, terus Sis ke KPJ Pasir Gudang melawat Cucu. Tolong kemas apa yang patut, Menantu sampai baru Sis balik. 

Moga selepas ni Cucu Sis sihat-sihat aja dan terima kasih buat semua yang mendoakan Cucu Sis. Alhamdulilah syukur. 


PS : Pertama kali nampak Suami begitu risau fikirannya bila tau Cucunya sakit, gabra semacam 🥺.. 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Allahu... kesian Khalish kena jangkitan kuman paru-paru ye. Semoga Khalish cepat sembuh, risau atuk & nenek bila Khalish tak sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Karni, 3 hari duduk wad, semalam malam dah balik dah ..

      Delete
  2. Semoga cucu kak lin cepat membaik yaaa. Yg penting antibiotik dihabiskan. Dengan cuaca tak menentu skr, banyak memang masalah pernapasan ini. Rasanya banyak anak2' terkena apalagi Krn sistem imun mereka belum sekuat orang dewasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, sekarang Cucu baik-baik aja Fanny, makseh mendoakannya..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!