DAPATKAN KUIH BULAN HALAL SEMPENA MID-AUTUUM FESTIVAL DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL. Bagi mereka yang gemarkan mooncake atau kuih bulan, pasti akan tertunggu-tunggu festival mooncake yang akan berlangsung dari bulan Julai sehinggalah ke bulan September sempena Mid-Autum Festival. Ya, bukan senang nak jumpa dan makan kuih bulan ni tau. Hanya bila ada festivalnya aje dia muncul.
Dan nak cari yang HALAL juga bukan mudah. Rata-rata kalau yang jual tu memang kita nak beli pun was-was kan? Sedangkan kuih bulan ni kalau di lihat pada bahannya semuanya bahan-bahan buat kek dan kuih macam orang Melayu jer, tapi still kita was-was. Lagi satu nak cari yang betul tradisional pun agak susah, sekarang banyak di buat menggunakan mesin.
Cantik betul kombinasi warna dan corak pada kotak Mooncakes mereka tahun ni |
Sebab itulah tiap kali tibanya Mid-Autuum Festival ini, setiap tahun Sis akan cari peluang untuk hadir sama-sama memenuhi jemputan Mooncake Chef's Table dari Renaissance Johor Bahru Hotel ini untuk datang dan lihat sendiri demontrasi macam mana kuih bulan ini di buat secara manual dengan menggunakan tangan oleh Chef Kent's dari Wan Li Restaurant yang berpengalaman selama 25 tahun dalam pembuatan kuih bulan ni.
Bukan itu saja, tetamu yang hadir (Media) juga di beri peluang untuk mencuba sendiri buat kuih bulan itu menggunakan peralatan yang di sediakan. Yaa semuanya homemade yaa, tidak menggunakan mesin. Memang cara tradisional lama membuatnya. Atok Sis dulu pun buat kuih bulan dengan cara macam ni juga. Sekarang nak jumpa macam ni, dah susah dah.
Korang yang teringin nak rasa tapi tidak tahu di mana nak beli mooncake HALAL tu, jangan risau, datanglah ke Renaissance Johor Bahru Hotel untuk mencuba & membelinya. Semua kuih bulan dari Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel ini adalah buatan tangan dan dibuat setiap hari dengan bahan-bahan semulajadi yang segar dan berkualiti tanpa pengawet.
Sis sendiri dah mencubanya setiap tahun dan memang takkan lepaskan peluang untuk merasainya, terutamanya Snow Skin Mooncakes dia, perghhh sedap sangatt yaaa, lagi-lagi perisa Durian Musang King tu, makan dua ketul pun tak puas, memang rasa durian yang betul-betul rasa kayangan.
Tapi ada juga yang suka makan jenis Tradisonal Baked Mooncakes tu, kalau Sis jenis macamtu Sis suka Lotus Paste with Double Yolk dan juga Red Bean Paste, itu memang kegemaran Sis. Lain-lain okayy juga cuma pilihan Sis yang itu laaa.
Lepas demontrasi tu, kami semua di hidangkan dengan menu-menu dari Wan Li Restaurant. Macam biasalah kan, menu mereka memang tak pernah mengecewakan. Juga di hidangkan kami dengan kesemua aneka jenis Mooncakes mereka yang sedia ada. Antara MOONCAKES yang menjadikan pilihan ramai ialah Traditional Baked & juga Snow Skin Mooncakes antaranya:
TRADITIONAL BAKED MOONCAKES
🥮 Pure Lotus Paste
🥮Lotus Paste with Single Yolk
🥮Lotus Paste with Double Yolk
🥮Red Bean Paste
🥮Jade Custard
🥮Green Tea Paste with Single York
🥮Assorted fruits & Nuts
SNOW SKIN MOONCAKES
🥮Durian Truffle
🥮Golden Peach Truffle
🥮Orange Truffle
🥮Strawberry Truffle
🥮Chocolate Crunchy Pearl
🥮Matcha Truffle
🥮Taro Paste Truffle
Traditional Baked Mooncakes priced at RM188 per box of four pieces.
Snow Skin Mooncakes priced at RM168 per box of eight pieces.
Durian Snow Skin Mooncakes priced at RM198 per box of eight pieces.
Gaya dah macam aku makan sorang ekk hahahaha |
Korang kena cuba Durian Snow Skin Mooncakes dia, memang puashati beli dan makan. Juga korang boleh dapatkan diskaun dengan setiap pembelian Mooncake di dalam satu resit.
10% off for purchase up to 20 boxes
15% off for purchase up to 50 boxes
20% off for purchase up to 100 boxes
25% off for purchase above 100 boxes
10% off for Maybank, RHB & UOB credit cardholders
10% discount for Marriott Bonvoy Member
15% discount for Club Renaissance Johor Bahru Member
Terima kasih Renaissance Johor Bahru Hotel for the Mooncakes gift |
For any order or more information:
Atau korang boleh terus Walk-In ke Lobby mereka bermula dari jam 11am hingga 8pm..
Lebih banyak gambar menu : Facebook Page akusislin
IG posting : akusislin
Tiktok Posting : akusislin
P/S : Esok nak masak siput sedut laaa hahahahaha
Belum pernah makan lagi kuih bulan ni
ردحذفBoleh cuba nanti Wak, sekarang dah banyak di jual .. pastikan Halal ..
حذف