GOLDEN SCREEN CINEMAS MERAIKAN WARISAN MALAYSIA DENGAN KEMPEN #MalaysiaKuBangga

Sis Lin
0
GOLDEN SCREEN CINEMAS MERAIKAN WARISAN MALAYSIA DENGAN KEMPEN #MalaysiaKuBangga. Peneraju pawagam Golden Screen Cinemas (‘GSC’), sebuah jenama tempatan, meraikan warisan Malaysia melalui kempen menyeluruh #MalaysiaKuBangga sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Kempen #MalaysiaKuBangga GSC ini menampilkan pelbagai aktiviti yang diinspirasikan secara lokal seperti, hiasan pawagam, tayangan filem, aneka makanan dan minuman, promosi konsesi terhad, kerjasama dengan jenama tempatan seperti Ouch! - syarikat pemula Takaful tempatan yang ditubuhkan untuk melindungi masyarakat – barangan dagangan dan banyak lagi sempena meraikan kemerdekaan negara yang ke-67 ini. 

Menceritakan #LokalStory GSC melalui pameran eksklusif #MalaysiaKuBangga 

Golden Screen Cinemas meraikan warisan Malaysia dengan kempen #MalaysiaKuBangga

Dengan tumpuan memupuk kebanggaan Malaysia sebagai jenama tempatan, pameran #MalaysiaKuBangga istimewa ini memaparkan perjalanan GSC dari mula ditubuhkan hingga kini secara ilustrasi, yang dipamerkan di Aurum Theatre, The Exchange mulai 30 Ogos hingga 16 September 2024. 

GSC telah berevolusi daripada hanya menayangkan filem kepada menyediakan pengalaman hiburan yang menyeluruh di bawah satu bumbung. Transformasi ini ditunjukkan dalam pameran terkini kami melalui kerjasama dengan pelukis tempatan Yellobanana, yang meraikan perjalanan GSC selama 37 tahun sebagai jenama tempatan. 

Melalui ilustrasi yang mengagumkan ini, pameran ini mengetengahkan pencapaian penting GSC- daripada merintis inovasi seperti peralihan gulungan filem ke pertunjukan digital serta pengenalan IMAX dengan Laser yang pertama di Malaysia, sehinggalah mengharungi cabaran era pandemik yang telah mengubah semula pengalaman sinematik penonton. 

Dengan semangat kemerdekaan, GSC menawarkan ganjaran kepada pelanggannya dengan pemberian hadiah tempoh terhad! Dapatkan poskad eksklusif #GSCLokalStory dengan mengunjungi pameran #MalaysiaKuBangga di Aurum Theatre, The Exchange TRX! (*terhad kepada ‘siapa cepat, dia dapat’) dan rakamkan gambar terbaik anda di paparan pencapaian #GSCLokalStory serta kongsikannya di Instagram anda untuk menerima 1,000 GSCoins. 

Menaikkan pertumbuhan #LokalFilms di layar perak 

Sebagai pempamer dan pengedar filem, GSC dan GSC Movies sentiasa mengagungkan pertumbuhan #LokalFilms dalam menyokong peningkatan landskap filem tempatan. Beberapa filem tempatan telah mencatatkan sambutan yang memberangsangkan dalam industri hiburan, dengan filem termasuk Mat Kilau (2022) telah mencapai kutipan box office berjumlah RM90 juta, mengatasi kutipan filem-filem blockbuster Hollywood. 

GSC Movies juga telah memainkan peranan penting sebagai penerbit dan pelabur bersama dalam filem filem tempatan termasuk PASKAL (2018), Air Force: The Movie (2022) dan MALBATT: Misi Bakara (2023), semuanya telah mengutip lebih RM30 juta di box office. MALBATT: Misi Bakara juga telah menjadi filem Malaysia yang pertama yang ditayangkan dalam format IMAX. 

Golden Screen Cinemas meraikan warisan Malaysia dengan kempen #MalaysiaKuBangga

Dengan memupuk semangat patriotisme melalui filem, GSC Movies memiliki barisan filem tempatan yang menarik penuh aksi iaitu Takluk: Lahad Datu ke layar perak. Filem ini juga merupakan filem Malaysia yang kedua ditayangkan melalui IMAX dan juga akan tersedia dalam format Dolby Atmos.

Diinspirasikan daripada kisah sebenar semasa insiden pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013 (‘Operation Daulat’), filem ini memaparkan keberanian wira-wira negara yang bertempur demi mempertahankan tanah air yang tercinta. 

Bagi membawa semula kenangan kepelbagaian budaya Malaysia melalui filem, sebuah naskah drama romantik arahan Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Sepet, akan ditayangkan semula. Filem klasik yang asalnya dihasilkan pada tahun 2005 ini akan ditayangkan semula di beberapa lokasi GSC yang terpilih mulai 29 Ogos hingga 19 September ini. 

Sebagai sebahagian daripada usaha GSC dalam menyediakan peluang dan memupuk bakat tempatan masa depan, GSC telah memulakan siri usaha kolaborasi melalui ceramah pendidikan tentang landskap hiburan tempatan dengan beberapa universiti tempatan termasuk Taylor’s University dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Pada tahun 2023, GSC International Screens, telah memartabatkan Festival Filem Animasi Malaysia (‘MAFF’) yang tersendiri, sebagai satu platform bagi animator tempatan untuk menghidupkan kreativiti mereka ke layar perak, dan sekali lagi akan dianjurkan untuk edisi kedua  pada Oktober 2024. Usaha ini merupakan langkah-permulaan ke arah mempersembahkan karya mereka kepada rakyat Malaysia, seterusnya kepada dunia.

Mencetus selera dengan #LokalDelights

Golden Screen Cinemas meraikan warisan Malaysia dengan kempen #MalaysiaKuBangga

Golden Screen Cinemas meraikan warisan Malaysia dengan kempen #MalaysiaKuBangga

Golden Screen Cinemas meraikan warisan Malaysia dengan kempen #MalaysiaKuBangga

Golden Screen Cinemas meraikan warisan Malaysia dengan kempen #MalaysiaKuBangga

Makanan sentiasa menjadi tumpuan dan kegemaran rakyat Malaysia. Sempena Bulan Kemerdekaan ini, GSC akan menyajikan sentuhannya yang tersendiri pada makanan kegemaran tempatan dengan Nasi Lemak Popcorn, dengan cetusan rasa sambal dan ikan bilis, tersedia di semua lokasi GSC dan semua lokasi Aurum Theatre*. (*Sementara stok masih ada) 

Mulai 20 Ogos, penubuhan F&B seperti JIN Gastrobar, The Gardens Mall dan Midvalley Southkey JB serta Velvet Restaurant and Bar, 163 Retail Park akan menawarkan aneka makanan lazat yang bertemakan kemerdekaan. Sebagai pencuci mulut, Kissa Cafe and Diner di The Exchange TRX akan menyajikan pencuci mulut inspirasi Malaysia yang eksklusif seperti kuih Onde Onde dan Kek Keju Pulut Hitam.

Menghayati persembahan muzik secara langsung dengan #LokalEntertainers

Golden Screen Cinemas meraikan warisan Malaysia dengan kempen #MalaysiaKuBangga

Golden Screen Cinemas meraikan warisan Malaysia dengan kempen #MalaysiaKuBangga

Dalam menyokong bakat tempatan bersama dengan Kumpulan PPB serta meraikan semangat kemerdekaan, barisan persembahan secara langsung oleh artis-artis tempatan akan diadakan di Aurum Theatre, The Exchange TRX, Velvet Restaurant and Bar, 163 Retail Park dan JIN Gastrobar, The Gardens Mall. 

Dapatkan berita terkini mengenai persembahan yang akan datang di Aurum Theatre, Velvet Restaurant and Bar and JIN Gastrobar di sini!


P/S : Korang dah tonton ke Filem Takluk Lahad Datu tu? 

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!