JOHOR 1st CONTENT CREATOR CONVENTION. Pertama kalinya laa di Johor ni ada event khas begini bagi meraikan semua Content Creator, Influencer dan juga Blogger macam Sis ni haa. Tapi rasanya Sis sorang aja kot wakil dari Blogger Johor yang hadir, yang lain ramai semua content creator dan influencer.
Sis dapat jemputan dari BrandCulture PR & Marcom Agency dan bila Sis baca pada tajuk event tu, woww agak menarik 'Johor 1st Content Creator Convention' gituhhh.. so Sis blogger ni perlu ke hadir? Ermmm bila di fikirkan, memang haruslah Sis pergi sebagai mewakili blogger Johor. Nak tengok dan dengar apa sebenarnya tujuan dan highlight event ini di adakan.
Sis beranikan diri pergi seorang diri. Dan Sis pun tak tau siapa aja laa yang akan hadir sama. Event ini berlangsung di DoubleTree by Hilton Johor Bahru. Event start jam 9am. Sis sampai agak lambat tapi tepat pada waktunya. Lepas daftar terus masuk ke ballroom dan dapat duduk di barisan Marcom Johor yang Sis kenal, so ada laa kawan gituhh..
Bila di perhatikan pada tetamu yang hadir, memang kebanyakkannya semua influencer dan content creator Johor yang Sis tidak kurang kenal. Maklumlah kita ni blogger, banyak kerja belakang tabir dan tak menonjol ke depan hahahaha.. so bukan Sis jer tak kenal mereka, mereka pun tak kenal Sis hahahaha..
Majlis di mulakan dengan sharing talk dari Grace Chiam, Operations & Creative Services, Director Brand Culture selaku pembuka acara. Grace banyak bercakap mengenai 'Professionalism and an Understanding of Brand Collaboration'. Contohnya; macam mana satu brand tu nak invite media dengan lebih profesional.
Grace berkata; 'The role of influencers and content creators has evolved in shaping brand narratives, calling for Professionalism and an Understanding of Brand Collaboration. In this convention, we aim to aquip brands & content creators with tips & tricks that will not only elevate your work but also build tetsting relationships'.
Kemudian di ikuti dengan sharing dari Afif Ezhar, Creative Director Brand Culture PR. Afif berkongsi tips mengenai 'Building A Personal Brand', bagaimana sesaorang itu boleh menjadi contents creator yang berjaya dengan cara yang betul. Dan dia banyak bercakap mengenai personal brand yang kita perlu bina untuk kekalkan indentiti kita sendiri.
Afif Ezhar berkata; 'Content creation is more than just a medium - It's a movement. It's where your ideas, values, and voice come together to inspire and connect with others. As you navigate this convention, remember that the strength of your influence lies in the authenticity of your indentity'.
Seterusnya yang ramai tunggu akan kemunculannya, Shahrul Othman, PR & Events, Director Brand Culture PR, yang menjadi sorakan gemuruh sebaik aja dia naik pentas hahahaha. Ramai selesa bekerjasama dengan Shahrul ni dalam menghandle media. Shahrul banyak berkongsi mengenai 'KOL & Client Management', di mana lebih mengenai hubungan kerja brands dan media semasa dan selepas berkolaborasi.
Shahrul berkata; 'Building trust and rapport is essential for effective KOL and client management. By following a solid client management strategy, you can strengthen relationships, achieve outstanding results, and create opportunities for future growth'.
Selesai semua, ada Coffee Break sekejap, dan hidangan di sediakan. Sis minum secawan kopi sahaja, walau masa tu perut lapar sangat. Kemudian majlis di teruskan dengan panel-panel bicara yang lain termasuk Faiz Ibrahim, Content Creator The Faiz Ibrahim, dan Yvonne Loh, MAH Johor Chapter Secretary.
Kali ni panel-panel menjawab soalan yang di ajukan oleh pengacara James Leow. Sis lupalah soalan-soalannya, yang Sis ingat antaranya; job berbayar atau free review, soalan mengenai engangement posting, dan ada laa lagi beberapa soalan.
Faiz Ibrahim lebih bercakap mengenai pengalaman dia sendiri sebagai content creator, sampaikan tayar kereta kawan dia gegar pun dia cerita hahahaha dan Faiz berkata; 'Not every influencer is a content creator, and not every content creator is an influencer, but the best among them are those who bring value and goodness to others. True impact comes from creating with purpose and a genuine desire to uplift and inspire'.
Dan panel seterusnya Yvonne Loh yang mewakili hotelier dan Marcom seluruh Johor dalam biacaranya. Kata Yvonne Loh; 'In today's fast-changing media landscape, staying informed and maximizing influencer impact is key for businesses. This convention offers valuable insights to strategically engage influencers and achieve business goals.'
Dan tanpa di sangka-sangka ehhh boleh pulak rezeki pada haritu, Sis menang Lucky Draw dan dapat hadiah Stay di DoubleTree by Hilton Johor Bahru, yehaaaaaa... rasanya dah dua kali dapat invitation staycation di sana tapi timimg tak kena, akhirnya dapat juga stay sana, alhamdulilah rezeki.
Lepas habis event, kami semua di hidangkan dengan Lunch. Sis makan juga beberapa menu, tapi di sebabkan makan lambat, perut dah masuk angin, meragam terus ke tandas, segala isi perut keluar semua, huhuhuhu bikin spoil betul.
Yang bestnya masa tu Sis dapatlah jumpa Marcom-Marcom hotel yang lama tak jumpa. Juga sambil tu dapatlah networking sesama semua kenal antara satu sama lain, walau hanya 'Hi Hi Bye Bye' jer. Cuma maaflah, Kakak ni segan sikit nak menonjol ke depan, bukan sombong tapi 'siapalah kita' hehehehe..
Kesimpulannya, sangat berbaloi Sis hadir di event ini. Padat dengan segala tips, sharing dan dapat kenal ramai kenalan baru. Tak banyak amik gambar pun, sebab perut meragam tu. Tak memasal dapat lucky draw, satu ballroom tu tau laa siapa 'Sis Lin' kannn hahahahahaha.. harapnya next time akan ada lagi JOHOR CONTENT CREATOR CONVENTION 2.0.
Tahniah Brand Culture 👏
Jangan lupa jemput Sis lagi yaaa ..
P/S : Bolehlah bawa Suami stay di sana nanti, as reward untuknya yang banyak support 'hobi' Isterinya ni.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.