LEPAS RINDU ORANG MEKAH!. Tiap kali habis musim raya Haji, sahabat Geng Bas Sekolah Sis, Haslin yang menetap di Mekah akan pulang bercuti ke Malaysia. Tapi kalau nak jumpa dia, kena plan awal-awal sebab Haslin akan sibuk bercuti sana sini dalam Malaysia bawa family dia.
Haslin pulang bercuti dalam 2 bulan di Malaysia. Hampir 9 tahun dia menetap di Mekah. Suaminya bekerja di menara jam Mekah tu. Rezeki dia dapat menetap di sana.
Sebab itu jika ada Geng EX-SMMB menunaikan Umrah/Haji, pasti akan berjumpa dengan Haslin sekeluarga di sana.
Perjumpaan pertama kami di penginapan Homestay Haslin di Permas Jaya. Sis pergi seorang sebab Suami tak sempat nak balik awal dari Pengerang. Sempat Sis gorengkan menu kegemaran Haslin dan Suami, Kue Teow Goreng.
Kebetulan family Haslin pun ada sekali semua. Geng Bas Sekolah kami pun semua ada kecuali Lily & Jep ajer takde sama. Tu pun dah meriah dengan aksi anak-anak, Cucu dan anak saudaranya Haslin.
Sambil makan sambil sembanglah kami semua. Hampir jam 11pm, kami pun pulang tapi memasing dah rancang perjumpaan lain sebelum Haslin pulang ke KL dan kembali ke Mekah.
Dan pada 8 Ogos lepas, kami berjumpa lagi dan makan tengahari di Muara Steamboat & Grill Senibong Cove. Kali ni semua Geng Bas Sekolah ada kecuali Jep (memang selalu takde jer).
Kali ni jumpa, kitaorang borang panjang sambil makan. Sekali menyambut birthday Ima. Kami makan promosi lunch kemerdekaan RM48 makan sampai kenyang! Fuhhh berbaloi-baloi rasanya. Puashati semua makan.
Kitaorang bincang juga pasal nak buat Umrah DIY tu, Suami Haslin akan bantu uruskan. Moga dipermudahkan semuanya buat kami. Lepas makan memang acara kami bergambar jer laa.
Lama juga kami makan dan lepak, sampai semua solat Zuhur pun di situ. Terima kasih juga buat staff Muara Steamboat atas kerjasama yang di berikan. Servis tip-top!.
Now Haslin dah di KL dan akan pulang kembali ke Mekah pada 17 Ogos ini. Moga segala urusan untuk Haslin sekeluarga dipermudahkan. Doakan perjalanan mereka ya sahabat.
Kami pasti merinduimu Haslin. Inshaallah ada rezeki dan umur kita berjumpa di sana. Sayang semua dunia akhirat 🤍.
P/S : Mood update blog sedang dalam proses hu³ ..
Senangnya bisa ketemu teman lama ya kak 🤗. Apalagi jauuuh pula di Mekkah sana. Semoga pertemanan kalian bisa kekal sampai bila2 , dan dimudahkan urusan sahabat kakak selama di Malaysia hingga balik nanti
ردحذفIyaa Fanny, setahun sekali mereka pulang ke Malaysia. Kami pasti berjumpa dengannya..
حذفBeruntungnya dapat ikut suami bekerja di luar negara, Mekah pulak tu.
ردحذفYaa Kak, sampai ada anak lahir di Mekah. Anaknya pun fasih berbahasa Arab.. rezeki mereka sekeluarga ..
حذف