MAJESTIC JOHOR FESTIVAL (MFJ) KINI BERLANGSUNG BERMULA 28 OGOS SEHINGGA 1 SEPTEMBER 2024. Acara tahunan Tourism Johor kembali lagi dengan menampilkan Majestic Johor Festival (MJF) Edisi Kali Ke-3, 2024 yang kini berlangsung selama 5 hari bermula harini 28 Ogos sehingga 1 September 2024.
Masuk adalah PERCUMA. Dengan pelbagai pengisian program menarik, lagi mengujakan dan dinantikan, Majestic Johor Festival (MJF) 2024 Edisi Kali Ke-3 bakal menemui korang di lokasi Puteri Harbour, Bandaraya Iskandar Puteri, Johor, bermula jam 11.00 pagi hingga 11.00 Malam.
Majestic Johor Festival (MJF) Edisi Kali Ke-3, 2024 |
Bukan itu sahaja, pelbagai jualan dan pameran juga akan berlangsung sepanjang festival. Juga konsert dari artis-artis ternama dan program Semarak Selawat juga bakal menemui korang, so apalagi, buat perancangan perjalanan korang dan datang beramai-ramai bawa keluarga, kawan juga 'jiran sekampung' untuk ke Majestic Johor Festival ini.
Untuk aturcara yang bakal berlangsung, korang lihat gambar di bawah ini ;
Day-1 |
Day- 2 |
Day-3 |
Day-4 |
Day-5 |
Dijangkakan lebih daripada 50,000 ke 80,000 orang pengunjung setiap hari yang akan datang ke Majestic Johor Festival (MJF) 2024 yang bermula hari ini (28 Ogos 2024) sehingga 1 September 2024 bertempat di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor.
Bagi korang yang berhasrat untuk hadir ke festival ini, sekiranya datang pada waktu petang mulai jam 2.00 petang hingga ke malam, orang ramai adalah dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di tempat atau lokasi yang telah disediakan oleh pihak penganjur sebagaimana maklumat dibawah ;
Parkir Awam
Zon A - Masjid Kota Iskandar
Zon B - Dataran Mahkota
Zon D - Bangunan Dato' Muhammad Salleh Perang
Zon E - Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak.
Perkhidmatan bas 'shuttle' ada disediakan di lokasi parkir awam ini untuk memudahkan pergerakan orang ramai ke tapak festival. Orang ramai tidak digalakkan meletakkan kenderaan dibahu jalan kawasan berhampiran tapak festival bagi mengelakkan kenderaan korang akan ditunda oleh penguatkuasa yang bertugas.
Korang boleh ikuti info dan maklumat terkini MFJ di facebook/intagram Tourism Johor juga di facebook/instagram MaQanFoodFest.
Tarikh : 28 Ogos 2024 hingga 1 September 2024
Masa : 11.00 pagi hingga 11.00 Malam
Lokasi : Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor
Masuk adalah PERCUMA ..
Jumapa korang di sana ...
P/S : Kalau nampak kita, Hi Hi tauu hahahahaha ...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.