MAKAN SEAFOOD SEGAR DI MAKAN KITCHEN DOUBLETREE by HILTON JOHOR BAHRU MEMANG PUASHATI. Baru-baru ni pada hujung minggu Sabtu, Sis ke DoubleTree by Hilton Johor Bahru bawa anak dan menantu makan seafood segar sempena Seafood Weekend Dinner Buffet mereka. Yaa bufet ni hanya ada pada hujung minggu sahaja, iaitu hari Jumaat dan Sabtu.
Hari lain, buffet dinnernya tema lain. Tapi nak makan seafood segar korang datang pada hujung minggu sahaja. Harga untuk seorang RM188nett unruk Dewasa dan RM108nett untuk Kanak-Kanak. Harga memang agak pricey, tapi bila dah masuk duduk makan, Sis boleh katakan, ianya sangatlah berbaloi-baloi.
Masa datang tu hampir fullhouse tempat duduk, nasiblah dah booking awal-awal. Mata dah tertumpu dengan kaunter-kaunter masakan dan menu yang terhidang, sangatlah meriah dan nampak menyelerakan ya. Terutama sekali kaunter seafood mereka, segarnya lahaiiii semua seafood, sampai tak sabar nak makan.
Yang paling terujanya, sampai aja korang di meja korang, mereka akan beri satu baucer berupa BAUCER Welcome platter, di mana korang boleh redeem King of Crustaceans – Green Lobster untuk seorang. Yaa baucer tu setiap sorang akan dapat satu baucer.
Sebelum makan lobster, Sis makan dulu menu-menu lain yang ada, konon nak makan lobster tu last sekali sebagai penutup. Menu yang ada memang banyak, tak tertulis nama-nama menu di sini, korang tengok aja laa gambar dan bayangkan aja yer. Jujurnya Sis cakap, apa yang Sis makan semua menepati tekak Sis, kalau ada kureng tu, biasalah. Sedap tu kan subjektif.
Nanti Sis kata sedap sangat, overclaim pulak, tekak memasing lelain, so far makan dengan anak dan menantu, mereka pun kata sedap. Sampaikan Cucu Sis pun kemain suka makan Pasta Cabonara mereka, licin sepinggan di makannya, siap anak Sis tambah lagi, hebat Khalish.
Bestnya makan di Makan Kitchen DoubleTree by Hilton Johor Bahru ni, pelbagai dapur masakan ada. Masakan Indian ada, Chinese ada, Malay ada Western pun ada. Dapurnya di asing-asingkan mengikut tema masing-masing, so memang kalau ke sini makan kena banyak berjalan dari hujung ke hujung.
Kalau tanya Sis pilihan masakan yang Sis suka apa, semestinya laa Seafood on Ice, cuma makan tu kenalah beringat-ingat yaa, dah ada penyakit ni makan kena sukat, bukan catu, amik salad lebih sikit dan selebihnya boleh makan protein dan karbo. Barulah balik rumah perut tak sebu hahaha..
Bila dah puas makan semua menu-menu main course, barulah Sis redeem baucer Welcome Platter tu, tu pun nampak meja sebelah makan, terliur pulak. Bau bakar lobster tu tak boleh tahan. Dan bila sampai atas meja, fulamakkk besar juga size dia, dan sangat menyelerakan betul.
Memang fresh laa lobster dia, sedap, manis dan sosnya tu buat lagi sedap makan dengan isi lobster tu, huishhhh (nak sepinggan lagi boleh tak?).. tiba-tiba menantu kata 'taknak' hahaha apalagi, laju Sis redeem sepinggan lagi, makaseh menantu bagi Mak makan lebih hahahaha..
Apa-apa pun, memang puashati lah makan dengan harga yang di tawarkan. Jika korang ada kesempatan, datanglah mencubanya dan enjoy the food dari jam 6.30pm sampailah ke jam 10:00pm. Sis memang duduk makan sampai akhir waktu, kasi puas makan. Takat makan sepinggan pastu balik ermmmm.. rasa rugi di situ kan.
Untuk lebih lihat banyak lagi gambar, korang boleh ke Facebook Page akusislin ni yerr..
Friday & Saturday | 6:30 pm – 10:00 pm
RM 188 nett per adult | RM108 nett per child
NOW RM752 for 5 adults
Welcome platter | Single-serving item
King of Crustaceans – Green Lobster
For bookings or more information:
☎️ +607 268 6868
📧 JohorBahru.FB@hilton.com
IG posting : akusislin
TikTok posting : akusislin
FB Pages posting : akusislin
P/S : Mood nak bercuti dah ON ni, tapi masa pulak rasa lambat betul hahahahaha ..
memang tak dinafikan seafood kat situ fresh dan sedap gila!!
ردحذفKann Ret.. puashati kan makan situ, berbaloi-baloi..
حذفkalau minat seafood memang puas hati la kan
ردحذفYerr betul.. puas makan seafood segar ..
حذف