MASAK-MASAK MENU PERMINTAAN ANAK-ANAK. Rumah Sis kalau bila kata anak yang sulung di Kuala Lumpur tu nak balik JB, memang akan meriahlah rumah. Meriah dengan semua anak menantu cucu berkumpul.
Alhamdulilah nikmat yang masih Allah beri peluang kepada Sis untuk rasai bahagia bersama insan-insan yang Sis sayang. Macam biasa, anak-anak akan request menu yang mereka nak makan.
Dan hari pertama anak menantu sampai, mereka minta Sis masakkan Sambal Tumis Udang dan Sayur Lemak Labu. Menantu Sis tu suka masakan pedas. Jenis tak cerewet senang kita masak kan. Yang lelain jenis tak kisah.
Menu permintaan anak-anak |
Boss besar kuasai TV! |
Anak-anak berkumpul sempena nak sambut birthday Ayahnya dan juga Ayahnya nak belanja makan sempena meraikan anak Sis LULUS cemerlang dalam result Viva Master dia baru ni. Selesai sudah pengajian Master anak Sis di MSU. Now tunggu date Konvo pulak.
Esoknya kami anak beranak semua kecuali menantu kedua Sis, kami pergi piknik. Plan last minit anak-anak. Makanan pun bawa mana yang ada aja, Sis masak Nasi Goreng Kampung dan lain-lain di bawa oleh Mira, kawan perempuan anak bujang Sis.
Healing anak-anak |
Nasi Goreng Kampung bekal piknik |
Yang paling happy Cucu Sis la. Tapi itulah entah kenapa dia takut betul nak pijak pasir pantai. Berpunca dari anak Sis,Yana bawa dia ke Pulau Tioman, tiber Cucu Sis jadi trauma dengan pasir pantai. Pelik betul, padahal sebelum ni, dia okayy aja.
Kami keluar dari Teluk Rumania hampir petang dan kami ke Yard.Co Cafe lepak-lepak minum petang. Lagipun anak-anak belum pernah sampai situ. Tak lama dan tak berapa makan apa pun sebab nanti malam kami nak keluar makan Seafood pulak.
Minum petang di Yard.Co |
Makan Seafood di Restoran Todak |
Cuaca panas giler masa tu, kepala jadi sakit di buatnya. Memang mood agak ke-laut sikit, nasiblah Cucu dan Suami elok aja mereka berjalan time panas tu. Balik rumah, mandi terus memasing tidur rehatkan badan.
Malamnya kami keluar makan malam di Todak Seafood Kampung Orang Asli. Apalagi makan seafood la. Anak-anak memang suka makan sini. Dan mereka akan order apa yang mereka nak makan. Ayahnya layankan aja. Janji anak-anak happy!.
Sarapan pagi di Kong Kong Laut |
Festival Alam dan Manusia |
Kebetulan sayur pun ada, buah-buahan pun ada, jadi penuhlah meja makan dengan lauk-pauk Sis masak. Siap masak Sis terus kejut dan panggil makan semua. Taknak makan lambat sebab malamnya nak keluar makan sambut birthday Ayahnya, kang kenyang pulak.
Asam Pedas Ikan Pari untuk anak-anak |
Dapat anak bawa bekal balik KL |
Belum panggil, memasing laju bangun dan turun makan, katanya terhidu bau asam pedas sedap hahahaha. Berselera memasing, lagi pulak makan beramai-ramai, memang seronok..
Sambil makan kami bincang plan nak bercuti dan juga bincang persiapan majlis perkahwinan anak bujang nanti. Moga Allah permudahkan semuanya dan kami semua sihat-sihat dan panjang umur. Inshaallah ..
Now tak sabar memasing nak balik Jb lagi bulan depan hahahahaa.. stanby jer laa Emaknya untuk masak-masak menu permintaan anak-anak.
P/S : Bahagia Cara Kami 🤍 #alhamdulilah ..
Mak...nak mintak masak menu kegemaran jugak boleh....
ReplyDeleteNak makan apa tu Nakk hahahaha
DeleteAlhamdulillah...seronoknya bila anak menantu cucu balik, berkumpul ramai2
ReplyDeleteAlhanmdulilah, syukur atas nikmat Allah ..
DeleteSemoga terus bahagia bersama suami, anak menantu serta cucu...
ReplyDeleteTerima kasih Yan mendoakan kami, aamiinnn ..
Delete