Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 merupakan campuran unik 90 peratus Sawit Olein dan 10 peratus Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ untuk meningkatkan rasa dan aroma dalam masakan korang.
Varian Tan Sri Ong Red P90 menonjol dengan kemasukan Minyak Sawit Merah yang terkenal dengan sifat antioksidannya, menjadikannya pilihan yang menarik secara visual untuk peminat kulinari dan bagi mereka yang mengutamakan kesihatan.
Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90, |
Menurut Tan Sri Augustine Ong yang menghasilkan minyak masak ini berdasarkan 50 tahun penyelidikan saintifk yang mendalam mengenai Minyak Sawit, kedua-dua produk ini mempunyai banyak manfaat sebagai minyak masak.
Dengan kandungan lemak yang rendah, minyak masak ini tidak menyebabkan keradangan disebabkan kandungan Omega 6 yang rendah, bebas lemak tepu, kandungan Tocotrienols yang tinggi dan tahan panas.
90 peratus Sawit Olein dan 10 peratus Minyak Zaitun ‘Extra Virgin |
Oleh itu, Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong P90 Red sesuai untuk pelbagai jenis juadah dan kaedah masakan, termasuk membuat salad. Tan Sri Ong Red P90 amat sesuai untuk menyediakan sos merah, termasuk kari, sos berasaskan tomato, tom yam dan banyak lagi.
Olein Sawit mengandungi Vitamin E yang tinggi, lemak mono-tepu dan poli-tepu, tidak menyebabkan darah beku. Penambahan Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ menambah kebaikan di mana Minyak Zaitun merupakan sumber yang kaya dengan antioksidan dan lemak mono-tepu.
Sis dah mencubanya, moga bermanfaat untuk kesihatan Sis dan keluarga |
Jeff Kong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Nonosugar Health Tech, mengumumkan bahawa syarikat mereka begitu teruja meletakkan Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 dalam barisan produk berkhasiat mereka.
Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 akan dipek di dalam botol kaca premium 500ml dan dipasarkan oleh Nonosugar Health Tech dan diedarkan oleh Hai Seng Huat Fisheries Sdn Bhd. Ia boleh didapati melalui www.nonosugar.com.my dan di pasar-pasar raya pada harga RM38.00 sebotol.
P/S : Tahniah JDT, JUARA Piala FA 6-1 semalam malam.. fuhhhhh #nokomen
Botolnya baguuuuus. Saya kira awalnya botol wine 🤣.
ردحذفSaya sendiri dah mulai pakai minyak zaitun dalam memasak kak. Tp hanya sebatas masakan yg di tumis atau tak pakai minyak banyak.
Krn zaitun mahaaal kan. JD hanya masakan tertentu saja. Kalo nak goreng ayam misalnya, masih pakai minyak sawit 😅.
Pernah juga pakai minyak kelapa, sedaaap wanginya. Tp tuh lah lebih mahal juga drpd minyak sawit.
Hahaha sama kawan Sis, fikir wine hahahaha
حذفBetul Fanny, olive oil ni ada masakan tertentu aja boleh guna, masak pasta enak.. kalau masak harian, tak berapa praktik laa sebab minyaknya mahal hahahaha