NONOSUGAR MEMPERKENALKAN TAN SRI ONG P90 DAN TAN SRI ONG RED P90, MINYAK MASAK SIHAT DAN BERKHASIAT

Sis Lin
2
NONOSUGAR MEMPERKENALKAN TAN SRI ONG P90 DAN TAN SRI ONG RED P90, MINYAK MASAK SIHAT DAN BERKHASIAT. Nonosugar Health Tech Sdn Bhd, pengeluar makanan sihat dan berkhasiat, dengan kolaborasi bersama Tan Sri Augustine Ong telah memperkenalkan Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90, sejenis minyak masak campuran Olein Sawit dan Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ yang disasarkan kepada mereka yang mengutamakan kesihatan.

Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 merupakan campuran unik 90 peratus Sawit Olein dan 10 peratus Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ untuk meningkatkan rasa dan aroma dalam masakan korang.

 Varian Tan Sri Ong Red P90 menonjol dengan kemasukan Minyak Sawit Merah yang terkenal dengan sifat antioksidannya, menjadikannya pilihan yang menarik secara visual untuk peminat kulinari dan bagi mereka yang mengutamakan kesihatan.

Nonosugar Memperkenalkan Campuran Baharu Minyak Masak yang Sihat Olein Sawit dan Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’
Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90,

Menurut Tan Sri Augustine Ong yang menghasilkan minyak masak ini berdasarkan 50 tahun penyelidikan saintifk yang mendalam mengenai Minyak Sawit, kedua-dua produk ini mempunyai banyak manfaat sebagai minyak masak. 

Dengan kandungan lemak yang rendah, minyak masak ini tidak menyebabkan keradangan disebabkan kandungan Omega 6 yang rendah, bebas lemak tepu, kandungan Tocotrienols yang tinggi dan tahan panas. 

Nonosugar Memperkenalkan Campuran Baharu Minyak Masak yang Sihat Olein Sawit dan Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’
90 peratus Sawit Olein dan 10 peratus Minyak Zaitun ‘Extra Virgin

Oleh itu, Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong P90 Red sesuai untuk pelbagai jenis juadah dan kaedah masakan, termasuk membuat salad. Tan Sri Ong Red P90 amat sesuai untuk menyediakan sos merah, termasuk kari, sos berasaskan tomato, tom yam dan banyak lagi.

Olein Sawit mengandungi Vitamin E yang tinggi, lemak mono-tepu dan poli-tepu, tidak menyebabkan darah beku. Penambahan Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ menambah kebaikan di mana Minyak Zaitun merupakan sumber yang kaya dengan antioksidan dan lemak mono-tepu.

Nonosugar Memperkenalkan Campuran Baharu Minyak Masak yang Sihat Olein Sawit dan Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’
Sis dah mencubanya, moga bermanfaat untuk kesihatan Sis dan keluarga

Jeff Kong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Nonosugar Health Tech, mengumumkan bahawa syarikat mereka begitu teruja meletakkan Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 dalam barisan produk berkhasiat mereka.

Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 akan dipek di dalam botol kaca premium 500ml dan dipasarkan oleh Nonosugar Health Tech dan diedarkan oleh Hai Seng Huat Fisheries Sdn Bhd. Ia boleh didapati melalui www.nonosugar.com.my dan di pasar-pasar raya pada harga RM38.00 sebotol.


P/S : Tahniah JDT, JUARA Piala FA 6-1 semalam malam.. fuhhhhh #nokomen
Tags

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Botolnya baguuuuus. Saya kira awalnya botol wine 🤣.

    Saya sendiri dah mulai pakai minyak zaitun dalam memasak kak. Tp hanya sebatas masakan yg di tumis atau tak pakai minyak banyak.

    Krn zaitun mahaaal kan. JD hanya masakan tertentu saja. Kalo nak goreng ayam misalnya, masih pakai minyak sawit 😅.

    Pernah juga pakai minyak kelapa, sedaaap wanginya. Tp tuh lah lebih mahal juga drpd minyak sawit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama kawan Sis, fikir wine hahahaha
      Betul Fanny, olive oil ni ada masakan tertentu aja boleh guna, masak pasta enak.. kalau masak harian, tak berapa praktik laa sebab minyaknya mahal hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!