OXY MENGUKUHKAN KOMITMEN TERHADAP TAHAP PENDIDIKAN YANG BAIK MELALUI KEMPEN “SENDING LOVE & CARE TO CHILDREN”

Sis Lin
0
OXY MENGUKUHKAN KOMITMEN TERHADAP TAHAP PENDIDIKAN YANG BAIK MELALUI KEMPEN “SENDING LOVE & CARE TO CHILDREN” MENYOKONG LEBIH 600 MURID ORANG ASLI. Menyedari kuasa transformatif pendidikan dalam membentuk masa depan, OXY, jenama penjagaan kulit anti-jerawat terkemuka untuk remaja di Malaysia, mengukuhkan komitmennya bagi menyokong pembelajaran murid-murid dari komuniti yang terpinggir untuk tahun ketiga. 

Melalui kempen edukatif ‘Sending Love & Care to Children’, OXY telah bekerjasama dengan Yayasan MyKasih dan Watsons Malaysia untuk memberikan sokongan pendidikan kepada lebih 600 murid dari empat buah sekolah Orang Asli di daerah Selangor.

OXY 'Sending Love & Care' Campaign

Inisiatif untuk menyokong murid Orang Asli ini diteruskan ke tahun kedua di mana Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A), Pulau Carey, yang merupakan penerima manfaat tahun lalu, menyaksikan peningkatan dalam kehadiran murid, meningkat daripada 69% kepada 80%, melebihi KPI yang ditetapkan sebanyak 72%, hasil sumbangan OXY dalam peralatan audio visual dan bahan-bahan pembelajaran.

Tiga buah sekolah lain yang merupakan penerima manfaat dalam kempen tahun ini termasuk Sekolah Kebangsaan Bukit Kemandol (A), Bandar Saujana Putra, Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A), Dengkil, dan Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan (A), Damansara Perdana.

OXY 'Sending Love & Care' Campaign

Program ini termasuklah kelas tambahan selepas waktu sekolah untuk 178 murid Orang Asli dari darjah 4 hingga 6 untuk meningkatkan kemahiran asas mereka dalam membaca, mengeja dan menulis. Inisiatif ini juga telah meningkatkan tahap literasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia selepas ia diperkenalkan tahun lalu di Sekolah Kebangsaan Sungai Judah (A), Pulau Carey. 

Selain daripada program literasi, kempen ‘Sending Love & Care to Children’ oleh OXY juga menyediakan sudut membaca atau perpustakaan mini di dalam bilik darjah untuk memupuk minat membaca. Sokongan lanjut dari segi makanan dan bahan pembelajaran lain akan diberikan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak dari golongan komuniti yang terpinggir ini.

OXY 'Sending Love & Care' Campaign

Untuk menggalakkan aktiviti fizikal dan juga semangat berpasukan di kalangan murid, OXY telah menganjurkan acara sukaneka di antara sekolah. Acara sukaneka yang merangkumi pelbagai bentuk permainan termasuklah Lumba Tarik Guni, Mengisi Botol Air dengan Span dan Lumba Bola Ping Pong-dan-Sudu. Setiap murid juga menerima cenderahati daripada OXY sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka.

Untuk merealisasikan kempen ini, OXY, bersama Watsons Malaysia, telah berjaya mengumpul jumlah sumbangan sebanyak RM50,000 untuk membiayai pendidikan dan pembelajaran murid Orang Asli.

Pihak sekolah memuji dedikasi OXY dalam memberikan bantuan pendidikan untuk murid Orang Asli yang terpinggir. Usaha Yayasan MyKasih dan Watsons Malaysia juga diiktiraf, dan menonjolkan komitmen besar mereka untuk memberikan masa depan yang lebih cerah bagi komuniti ini. Kempen ini dijangka dapat membantu merapatkan jurang pendidikan dan membuka peluang baharu untuk pertumbuhan dan perkembangan komuniti Orang Asli.

OXY 'Sending Love & Care' Campaign

Jenama penjagaan kulit untuk remaja, rangkaian produk OXY telah terbukti berkesan menangani masalah biasa kulit remaja seperti jerawat, kulit berminyak dan kulit yang terdedah kepada bintik hitam. Misi OXY melangkaui membantu remaja mencapai kulit dan keyakinan yang baik. OXY bertekad untuk menyokong pendidikan pelajar yang terpinggir dan memastikan peluang pendidikan yang setara untuk mereka.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan mereka, OXY akan terus menyediakan sokongan dan sumber untuk memperkasakan lebih ramai kanak-kanak, membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah. Dengan menggabungkan kepakaran penjagaan kulit dengan tanggungjawab sosial, OXY berusaha untuk memberi impak positif kepada kehidupan golongan muda, memupuk kesejahteraan dan keyakinan holistik mereka.

Untuk maklumat lanjut atau menyokong kempen 'Sending Love & Care to Children’ pada masa hadapan, sila layari https://oxy.com.my/ atau laman Facebook rasmi OXY Malaysia: https://www.facebook.com/OxyMalaysia/.


P/S : Hujung minggu gini hujan, memang sedaplah lepak rehat aja di rumah kannn.. 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!