PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI - SOLAT

Sis Lin
2
PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI - SOLAT. Solat juga boleh menjadi pengukur yang membezakan antara umat Islam dan bukan Islam. Hanya umat Islam yang mempunyai ibadat khusus seperti ini dan cara melakukannya ditunjukkan satu persatu oleh Nabi Muhammad SAW. 

Oleh itu, pelaksanaan solat hendaklah dilakukan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu dengan postur pergerakan badan dan bacaan tertentu. Sekiranya umat Islam mengikut cara solat Nabi Muhammad SAW, solat akan menjadi satu terapi, sama ada secara fizikal atau mental. Terapi secara fizikal dapat mencegah penyakit fizikal dan terapi secara mental pula mampu mencegah penyakit mental. 

Secara fizikal, solat ialah satu kerehatan untuk tubuh badan setelah menjalani aktiviti seharian. Saintis membuktikan bahawa pergerakan dalam solat akan memberi manfaat kepada kesihatan apabila dilakukan dengan postur badan yang betul. Misalnya rukuk 90 darjah dan sujud dengan dahi menyentuh tempat sujud.

Postur rukuk yang betul akan membetulkan kembali sendi dan otot. Sujud yang betul pula akan melancarkan pengaliran darah ke bahagian otak. Dengan ini umat Islam tidak perlu kepada aktiviti lain seperti yoga yang terkenal sebagai kaedah membetulkan sendi, postur badan dan pengaliran darah. Solat dengan betul sahaja sudah cukup untuk mendapatkan semua itu.

Peringatan Buat diri Sendiri - Solat

1 - Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis, maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.

2 - Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jngan ditinggalkan setiap kali lepas solat.

3 - Berusahalah sedaya upaya untuk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, atau paling kurang berjemaah dengan anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4 - Jangan di lepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa.

5 - Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dalam setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik mengadu hal dengan Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dengan yang demikian hati kita sentiasa berada dalam solat, mudah-mudahan dengan asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yang sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6 - Jangan di lepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran, sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.

7 - Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 - Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yang utama.

9 - Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yang punyai wudhu' akan didampingi para malaikat-malaikat Allah.

10 - Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yang sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yang bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang-orang yang tak bersugi. Dua rakaat solat orang yang bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yang tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yang istiqamah bersugi.

11 - Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat atau kalimah-kalimah taubat atau kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi di katakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

12 - Lazimi pagi-pagi dengan kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bagi menjana hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yang positif setiap hari.

13 Rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu :

  • Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat ..
  • Berdiri Betul : Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur ..
  • Takbir-ratul Ihram : Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur ..
  • Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur ..
  • Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur ..
  • I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur ..
  • Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM ..
  • Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur ..
  • Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar ..
  • Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur ..
  • Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur ..
  • Salam : Memelihara kita di dalam kubur ..
  • Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah SWT..

Peringatan Buat diri Sendiri - Solat

Perbaiki solatmu - maka Allah akan perbaiki hidupmu.
Cintailah Nabimu - maka Allah akan mencintaimu.
Muliakanlah ibumu - maka Allah akan memuliakanmu.
Bahagiakan ayahmu - maka Allah akan bahagiakan hidupmu.

Cara menjaga solat waktu :
1 - Buat solat taubat ..
2 - Solat diawal waktu ..
3 - Qada solat jika tertinggal ..
4 - Paksa diri untuk solat walaupun rasa terpaksa ..
5 - Berdoa semoga diri diteguhkan keimanan ..
6 - lstighfar jika terniat untuk tinggalkannya ..

Masukkan 5 perkara dalam hati kita :
1 - Rasa ingin dekat dengan Allah ..
2 - Rasa ingin diampuni Allah ..
3 - Rasa ingin dibersihkan ..
4 - Rasa ingin diangkat darjat ..
5 - Rasa ingin diubah tabiat ..

Kesimpulannya : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah

"Wahai jiwa-jiwa yang sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yang berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

 

Kalaulah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita. Nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

Alhamdulillah ♥️


P/S : #PeringatanBuatDiriSendiri jua semua. Moga bermanfaat ..

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Terimakasih remindernya kak 🤗. Saya akui, terkadang saya pun masih lepas sholat 😔. Masih berusaha untuk selalu jaga sholat. Apalagi subuh.

    ردحذف
    الردود
    1. Kita semua tidak sempurna Fanny, yang penting kekalkan niat untuk istiqomah, mudah-mudahan Allah permudahkan ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!